Thursday, 21 May 2015

Skrip Pengacara Majlis Perasmian Program Semarak Jawi

BIL
AGENDA
TEKS

1.

Pengumuman Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Puan Pengarah KSKBJB, dan semua tetamu kehorrmat, masuk ke dalam auditorium Seri Perdana KSKBJB

Hadirin-hadirat diminta berdiri.
Bismillahhirrahmannirrahimm….


2.

Ucapan protokol


1.    Yang Berbahagia Puan Zaleha binti Abu Bakar,  Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekut Johor Bahru
2.    Yang berusaha Pn. Nabila Al Muna binti Mohd Nor , Timbalan Pengarah Akademik
3.    En/Pn __________________________________ (Jwtn) ______________ (Jcorp) selaku penyelaras bersama Pertandingan Jelajah Jawi
4.    En/Pn __________________________________ (Jwtn) ______________ (Utusan) selaku penyelaras bersama Pertandingan Jelajah Jawi
5.    Hakim-hakim pertandingan Jelajah jawiJcorp Corporation & Utusan Malaysia
6.      Peserta pertandingan jelajah jawi, tetamu-tetamu jemputan, warga KSKBJB seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekelian

3.
Ucapan  alu-aluan MC 1

Assalammualaikum w.b.t  , Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia


Alhamdullillah….  bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di Auditorium Sri perdana KSKBJB  bagi meraikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMARAK JAWI  & PENYAMPAIAN HADIAH  PERTANDINGAN JELAJAH JAWI ANJURAN PUSTAKA BISTARI DENGAN KERJASAMA J.CORP CORPORATION DAN UTUSAN MALAYSIA.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Puan Zaleha binti Abu Bakar, Puan Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru,
Pn. ___________________________________ (Jcorp) ,
 En. __________________________________ wakil utusan, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian. 

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

BIL
AGENDA
TEKS

4.

Bacaan Doa


Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Justeru,  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  En. __________________________  untuk memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

****************************BACAAN DOA*************************

Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. ______________________ Atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

5.
Ucapan  alu-aluan MC 1 (objektif)

Hadirin yang di rahmati sekelian

Pertandingan Jelajah Jawi anjuran Pustaka Bistari KSKBJB dengan kerjasama bersama J.corp Corporation  dan Utusan Malaysia sempena Kempen Semarak Jawi Pustaka Bistari KSKBJB,  julung kali diadakan di Kolej ini secara objektifnya adalah

·         Untuk menarik minat pelatih KSKBJB mempelajari tulisan jawi secara amnya dan memperingati sejarah sebagaimana yang telah kita ketahahui sebelum ini bahawa tulisan Jawi telah wujud di Tanah Melayu bermula dari abad kesepuluh Masihi lagi.
·          
Pernyataan ini telah dibuktikan dengan penemuan batu nesan  di Permatang Pasir, Pekan pada 419Hijriah /1028Masihi  dan juga Batu Bersurat Terengganu pada 702 Hijirah /1303 Masihi).

6.
Perasmian majlis

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.


BIL
AGENDA
TEKS
6.
Perasmian majlis

Jesteru  majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Puan Zaleha binti Abu Bakar, Pengarah KSKBJB untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP SEMARAK JAWI  & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN JELAJAH JAWI .
majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***********Ucapan Perasmian Puan Pengarah***********
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia Puan Zaleha binti Abu Bakar, Pengarah KSKBJB atas ucapan dan penyempurnaan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Jelajah jawi sebentar tadi

7.
Taklimat hakim pertandingan Ucapan JCORP
Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Seterusnya sebelum keputusan diumumkan,  kita akan mendengar ulasan tentang pertandingan Jelajah Jawi yang dianjurkan Pustaka Bistari KSKBJB dengak kerjasama Jcorp Corporation dan  Utusan Malaysia.
Dengan itu majlis mempersilakan
Pn.___________________________  
selaku ____________________  dari syarikat JCORP CORPORATION  untuk memberikan ulasan dan sepatah diua kata beliau.
dengan segala hormatnya dipersilakan.

**************Ulasan JCORP********************

Demikianlah tadi ulasan Pertandingan Jelajah Jawi yang telah disampaikan oleh Pn. ________________  .Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
8.
Penyampaian Hadiah Oleh Wakil J-Corp.
Hadiah utk  10 saguhati Jelajah Jawi & pemenang Coretan Jawi
 Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg  berusaha Pn. Haminani Abdul Rajab, Penolong Pustakawan KSKBJB  untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia (nama)__________________________, wakil JCORP  bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BIL
AGENDA
TEKS
8.
Penyampaian Hadiah Oleh Wakil J-Corp.
Hadiah utk  10 saguhati Jelajah Jawi & pemenang Coretan Jawi
Majlis Dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Coretan Jawi. Untuk makluman para hadirin sekalian, pemenang pertandingan coretan jawi ini dipilih berdasarkan kreativiti dan ketepatan peserta dalam tulisan jawi. Coretan tersebut telah dipaparkan di Medan Pelatih KSKBJB.

Tanpa membuang masa lagi dijemput
Tempat Ke-3 Coretan Jawi En/Pn.___________________________
Tempat Ke-2 Coretan Jawi En/Pn ____________________________
Tempat Pertama Coretan Jawi En/Pn _____________________________

Naik ke atas pentas untuk meneima hadiah.

Seterusnya, bagi pertandingan Jelajah Jawi yang telah di adakan pagi tadi, kami menjemput, kumpulan yang mendapat hadiah saguhati. Dijemput Kumpulan
1.      Kump. ___________________           6. Kump. ___________________
2.      Kump.____________________           7. Kump. ___________________
3.      Kump.____________________           8. kump. ___________________
4.      Kump.____________________           9.Kump. ____________________
5.      Kump.____________________         10.Kump. ____________________

Tahniah kepada pemenang saguhati Pertandingan Jelajah Jawi dan Pemenang coretan Jawi.

Terima kasih di ucapakan kepada Pn. Haminani Abdul Rajab, (nama)__________________________, wakil JCORP  bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. 
9.
Hadiah utama Jelajah Jawi  1 – 3  & Cenderamata Utk Urusetia Terlibat oleh Pengarah KSKBJB
Pohon ciku pohon bacang
Tumbuh berapit dengan pulasan
Berdegup jantung bertambah kencang
Berdebar hati menunggu keputusan

Hadirin warga dewan bestari sekelian,

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg  berusaha Pn. Nabila AL Muna binti Muhammad Nor  untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Pengarah KSKBJB, Pn. Zaleha binti Abu Bakar  bagi menyempurnakan penyampaian hadiah yang seterusnya.  Majlis dengan segala  hormatnya mempersilakan.
BIL
AGENDA
TEKS
9.
Hadiah utama Jelajah Jawi  1 – 3  & Cenderamata Utk Urusetia Terlibat oleh Pengarah KSKBJB
Hadirin warga dewan bestari sekelian,

Kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang utama Pertandingan Jelajah Jawi.

Dimulakan dengan tempat ke 3 diberikan kepada
Kumpulan - _______________________________________________

Naib Johan : Kumpulan  -_____________________________________

Johan pertandingan jelajah Jawi anjuran Pustaka Bistari, Jcorp Corporation & Utusan malaysia  di sandang oleh
Kumpulan : ______________________________________________

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Seterusnya, penyampaian cenderamata kepada Uruasetia bersama program Semarak Jawi dan Pertandingan Jelajah Jawi Pustaka Bistari

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn.________________ dari JCORPORATION naik ke pentas untuk menerima cenderahati daripada Pengarah KSKBJB.

Seterusnya, dijpersilakan dengan segala hormatnya  EN. __________________ Wakil UTUSAN MALAYSIA

Seterusnya dipersilakan EN. __________________________ wakil dari KEMENTERIAN DALAM NEGERI yang turut serta dalam menjayakan program Semarak Jawi ini.

Akhir Sekali dipersilakan __________________________________________
Dari____________________ untuk menerima cenderahati

Terima kasih diucapakan kepada Puan Zaleha Abu Bakar Pengarah KSKBJB dan Pn. Nabila Al-Muna bt Mohamad Nor diatas kesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang dan uruasetia.


BIL
AGENDA
TEKS
10.
Penutup & Jemput Makan

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan pelatih yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan kami mendoakan selamat maju jaya di dalam pertandingan akan datang
  
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekelian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Seterusnya dijemput yang berusaha Penolong Pustakawan Pn. Haminani Abdul Rajab untuk mengiringi Puan Pengarah KSKBJB,  Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan, barisan panel urusetia  untuk  ke bilik kaca untuk  majlis makan tengahari  yang telah disediakan…..   Majlis mempersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.