Friday, 21 September 2018

Skrip Majlis Perpisahan Yang Simple

Skrip untuk Rerakan. Semoga berguna untuk semua.♥♥♥

SALUTASI
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM….   
ASSALAMU `ALAIKUM W.B.T. & SELAMAT DATANG KE MAJLIS HARIJADI DAN MAJLIS PERPISAHAN STAF PENYELIA ASRAMA  SEDAP CORNE PADA HARI INI.

YANG BERUSAHA           
PN. NABILAH AL-MUNA BINTI MOHD NOR,TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN
PN. AIDA DARI UNIT PENTADBIRAN
PN. NANY HARYATI DARI UNIT KEWANGAN
PN. FAZILAH SELAKU PERANCANG MAJLIS DAN KETUA UNIT ASRAMA

YANG DIRAIKAN
PN. HAJAH HASNAH BINTI SAAID YANG AKAN BERSARA
PN. ROZLIN BINTI WAHID YANG TELAH BERPINDAH KELUAR DAN DINAIKAN PANGKAT KE KK MELAKA

YANG DIKASIHI
RAKAN-RAKAN SEPERJUAGAN IAITU STAF PENYELIA ASRAMA, HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN

SAYA  MEWAKILI SEMUA PENYELIA ASRAMA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS KEDATANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN  KE MAJLIS JAMUAN MAKAN HARI INI..

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH RAHMATNYA DAPAT KITA SEKALI LAGI BERSAMA-SAMA BERKUMPULPADA HARI INI  BAGI MERAIKAN, PN. HASNAH YANG AKAN BERSARA WAJIB DAN PUAN ROZLIN YANG DINAIKAN PANGKAT SERTA RAKAN-RAKAN YANG MENYAMBUT HARIJADI PADA _________________ . TAHNIAH SAYA UCAPAKAN.

DOA
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN OLEH EN. EZRY ____________________.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

******************   DOA    *******************
AMIN AMIN YA RABBAL `ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA  EN. EZRY ____________________DI ATAS BACAAN DOA SEBENTAR  TADI.
UCAPAN PN. NABILAH
SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN & MENJEMPUT  YANG DIHORMATI,  PN. NABILAH AL-MUNA BINTI MOHD NOR,TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA.

DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN .

*************   UCAPAN ************************

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN  TERIMA KASIH KEPADA  PN. NABILAH AL-MUNA BINTI MOHD NOR,TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN DIATAS KATA-KATA PERANGSANG KEPADA BUKAN SAHAJA YANG DIRAIKAN,  TETAPI KEPADA KITA SEMUA HENDAKNYA

UCAPAN YAGN DIRAIKAN 1
TUAN PUAN PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN

TIDAK LENGKAP RASANYA JIKA KITA TIDAK MENDENGAR UCAPAN DAN KATA-KATA DARI TETAMU YANG KITA RAIKAN PADA TENGAHARI  INI.

TANPA MEMBUANG MASA SAYA DENGAN RASA SUKACITANYA  MENJEMPUT  PN. HAJAH HASNAH BINTI SAAID BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SERTA SEPATAH DUA KATA BELIAU
.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

******************  UCAPAN.   *********************

 MAJLIS MERAKAMKAN SETINGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN  PN. HAJAH HASNAH BINTI SAAID  ATAS UCAPAN SEBENTAR  TADI

UCAPAN YAGN DIRAIKAN 2
PARA HADIRIN SEKALIAN.

SETERUSNYA,  MAJLIS MENJEMPUT PULA YANG DIRAIKAN  PN. ROZLIN BINTI WAHID  BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SERTA SEPATAH DUA KATA BELIAU.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

******************  UCAPAN.   *********************

 MAJLIS MERAKAMKAN SETINGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA  PN. ROZLIN BINTI WAHID ATAS UCAPAN SEBENTAR  TADI

PENYAMPAIAN HADIAH
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA YANG DIRAIKAN PADA HARI INI.

SEBELUM ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN  PN. NABILAH AL-MUNA BINTI MOHD NOR,TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN    DAN DI IRINGI OLEH  PN. FAZILLAH KETUA UNIT ASRAMA  UNTUK  MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KENANG-KENANGAN KEPADA TETAMU YANG KITA RAIKAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN  PN. HAJAH HASNAH BINTI SAAID KEHADAPAN UNTUK MENERIMA CENDERAHATI.

SETERUSNYA DIJEMPUT PULA PN. ROZLIN BINTI WAHID.

DAN TERAKHIR SEKALI DIJEMPUT SEMUA STAF ASRAMA UNTUK ACARA POTONG KEK HARIJADI BERSAMA

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN. NABILAH AL MUNA BINTI MOHD NOOR DAN PUAN FAZILLAH ATAS PENYAMPAIAN HADIAH SEBENTAR TADI.

HADIRIN & HADIRAT YANG DIHORMATI SEKELIAN.
MAJLIS MENJEMPUT TETAMU YANG DIRAIKAN BESERTA SEMUA STAS PENYELIA ASRAMA  UNTUK MENJAMU SELERA
.
SEKIAN SAHAJA,SALAM HORMAT,  & WA BILLAHIT TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMU `ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH.
JEMPUT PARA HADIRIN & DIRAIKAN MENJAMU SELERA