Bulan Februari ni dilamar jadi MC bersama-sama seorang lagi rakan sekerja.
So... simple & nice jer skrip yang telah diubah suai mengikut tertib acara perhimpunan bulanan staf yang baru..
♥♥♥
Kata Aluan |
Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat
mengambil tempat masing-masing.
Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar,
mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya
dalam mode senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.
Mengumukan
ketibaan dif-dif kehormat ke dalam Auditorium Sri Perdana
Para
hadirin diminta berdiri.
|
Nyanyian Lagu
|
Memulakan
perhimpunan rasmi kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama berdiri dan
menyanyikan lagu kebangsaan kita iaitu:
1. LAGU
NEGARAKU
2. LAGU
BANGSA JOHOR
3. LAGU
MUAFAKAT JOHOR
4. LAGU
KAMI SEDIA MEMBANTU &
5. LAGU
SUKU-SUKU SEPARUH
Dengan
penuh bersemangat.
|
IKRAR
|
Para
hadirin diminta terus berdiri bagi bacaan ikrar penjawat awam yang akan
diketuai oleh En. Herman bin Mohamed dari Unit kewangan. Majlis mempersilakan.
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada En.
Herman bin Mohamed atas
pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.
Tuan/Puan
Dif-dif kehormat serta para hadirin sekalian
dipersilakan duduk.
|
Vip/
|
Assalamualaikum W.B. T.
Salam Sejahtera , Salam Muafakat Johor & Salam 1 ILKKM Johor Bahru…
Yang
Berusaha
Pn.
Naien @ Crispina binti Lojiwin
Pengarah
ILKKM Johor Bahru
Pn.
Chin Wan King
Timbalan
Pengarah Akademik,
Pn.
Dawindar Kaur
Timbalan
Pengarah HEP
Pn.
Nabilah Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan
Pengarah Pengurusan
Barisan
Ketua-Ketua Program, Ketua-ketua Teras, Ketua-ketua Unit ,
Pengajar
–Pengajar , Staf-Staf Klinikal, Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja ILKKM
Johor Bahru , Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian.
|
Bacaan Doa
|
Bersyukur Kita Pada Pagi Yang Mulia Ini, Kita Semua
Dapat Bersama – Sama menghadirkan diri di Majlis Perhimpunan Pada Hari Ini.
Warga ILKKM Johor Bahru Sekalian,
Bagi Menambah Keberkatan Perhimpunan Kita
Pada Pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En.
Mohd Hashim bin Rahman dari
Unit Kejuruteraan. Majlis Dengan Segala Hormatnya
Mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabibil Alamin.
Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada En. Mohd Hashim bin Rahman Di Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi..
|
Ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pn. Nabilah)
|
Seterusnya,
mengikut tertib acara, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan &
Menjemput Yang Dikasihi, Pn. Nabilah
Al Muna binti Mohd Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan ILKKM Johor Bahru Untuk Menyampaikan ucapan dan amanat.
Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis
Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan
Nabilah Al Muna binti Mohd Nor atas Amanat
& pesanan sebentar tadi.
|
Ucapan Pengarah
|
Seterusnya,
Majlis Dengan penuh takzimnya Mempersilakan
Yang
Dikasihi, Pn. Naien @ Crispina binti Lojiwin, Pengarah ILKKM Johor Bahru Untuk
Menyampaikan Ucapan dan Amanat Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis
Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan
Pengarah atas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb ILKKM
Johor Bahru Yang Dikasihi Sekalian.
|
Hal-hal lain
|
Para
hadirin sekalian.
Majlis
diteruskan dengan acara penyampaian hadiah.
Justeru
itu majlis dengan sukacitanya menjemput _____________ bagi mengiringi Pn.
Pengarah Pn. Naien @ Cripina binti Lojiwin untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
-----ikut senarai-----
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada PN. Naien @ Crispina atas acdara
penyampaian hadiah sebentar tadi.
|
Penutup
|
Para
hadirin sekalian. Kini Kita Telah Sampai Ke Penghujung Majlis Perhimpunan
Kita Pada Pagi Ini. Akhir kata selamat berjumpa Lagi Pada Perhimpunan Akan Datang .
Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah... Wassalamualaikum W.B.T Majlis Bersurai |