Sunday, 22 April 2018

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS KE PROGRAM “JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT” DI PUSTAKA BISTARI ILKKM JOHOR BAHRU TAHUN 2018

KATA ALUAN & SALUTASI JEMPUTAN
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH & SALAM SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE PROGRAM “JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT” DI PUSTAKA BISTARI ILKKM JOHOR BAHRU.

SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,
TERBANG SEIRING DITEPI KALI,
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
MOGA DIIRINGI RESTU ILAHI.

YANG BERBAHAGIA
1.     PN. CHIN WAN KING, TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK ILKKM JB,

YANG DIHORMATI
1.     PN. NABILA AL-MUNA BINTI MOHD NOOR, TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN ILKKM JB,

2.     PN. HAMINANI BINTI ABDUL RAJAB, PENOLONG PEGAWAI PUSTAKAWAN ILKKMJB SELAKU PENGERUSI PROGRAM MEMBACA PADA HARI INI

BARISAN TETAMU JEMPUTAN, PENGAJAR-PENGAJAR ILKKMJB, KETUA-KETUA UNIT, STAF-STAF SOKONGAN,  WARGA KERJA SERTA PELATIH-PELATIH YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIA-NYA MAKA KITA SAMA-SAMA DAPAT BERKUMPUL DALAM PROGRAM PERASMIAN PROGRAM “JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT” DI PUSTAKA BISTARI ILKKM JOHOR BAHRU TAHUN 2018.

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA DIFT-DIFT JEMPUTAN KERANA SUDI MEGHADIRKAN DIRI DAN MELUANGKAN MASA  PADA HARI INI BERSAMA-MENJAYAKAN PROGRAM INI.

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN,.
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUH TAUTAN;
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN,
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA MALAM INI, DENGAN SUKACITANYA DIJEMPUT SAUDARA ______________________________ UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.  
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN.

******************************************************************************
AMIN-AMIN YARABBALALAMIN. TERIMA KASIH ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

UCAPAN PENOLONG PEGAWAI
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

ADAT BERBAHASA MENYAMPAIKAN PESAN,
ADAT MAJLIS MENYAMPAIKAN UCAPAN,

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI  UCAPAN MAJLIS JOM BACA 10 MINIT PADA PAGI INI, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN HAMINANI BINTI ABDUL RAJAB,PENOLONG PEGAWAI PUSTAKAWAN  MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS JOM BACA 10 MINIT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

********UCAPAN*****

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HAMINANI BINTI ABDUL RAJAB ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN SEBENTAR TADI.

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH

& PERMULAAN MEMBANCA 10 MINIT
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,

CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN YANG BERUSAHA MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI
.
MAJLIS SETERUSNYA  MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA

1.     PN. CHIN WAN KING, TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK ILKKM JB,

2.     PN. NABILA AL-MUNA BINTI MOHD NOOR, TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN ILKKM JB,
                                        
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MEMULAKAN PROGRAM “JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT” DI PUSTAKA BISTARI ILKKM JOHOR BAHRU TAHUN 2018 TEPAT JAM 11.00 PAGI

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

******UCAPAN********

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERUSAHA

1.     PN. CHIN WAN KING, TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK ILKKM JB,

2.     PN. NABILA AL-MUNA BINTI MOHD NOOR, TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN ILKKM JB,

 ATAS UCAPAN DAN PEMBUKAAN  MAJLIS SEBENTAR TADI. MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM MEMBACA 10 MINIT DENGAN MEMBACA PELBAGAI BAHAN BACAAN TERSEDIA DI PUSTAKA BISTARI. KERJASAMA ANDA AMATLAH KAMI HARGAI.

************ PROGRAM BACA 10 MINIT SEMUA TETAMU****************************

PENYAMPAIAN HADIAH
PARA HADIRIN SEKALIAN.
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH. UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PUSTAKA BISTARI TELAH MENGANJURKAN 2 PERTANDINGAN SEPANJANG PERTENGAHAN BULAN APRIL BARU-BARU INI.
2 PERTANDINGAN TELAH DIJALANKAN SECARA SERENTAK IAITU, PERTANDINGAN FLIP THE BOOK DAN JUGA PERTANDINGAN CARI DAN SUSUN BUKU.  PERTANDINGAN TERSEBUT DISERTAI OLEH SEMUA WARGA KOLEJ YANG TERDIRI DARI KAKITANGAN DAN JUGA PARA PELATIH.

JUSTERU ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT PN. HAMINANI BINTI ABDUL RAJAB UNTUK MENGIRINGI PN.___________________________ BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG.

KITA MULAKAN DENGAN PENERIMA HADIAH BAGI PERTANDINGAN FLIP THE BOOK. DIJEMPUT PEMENANG :

TEMPAT KE 3 : NURSYAFIQAH BT. HARON (PROGRAM RADIOGRAFI)
TEMPAT KE 2 : TEOH JIAN XIANG (PROGRAM PEMBANTU PERUBATAN)
TEMPAT PERTAMA : NUR AMIRAH (MA 1/2018)

SETERUSNYA BAGI PERTANDINGAN CARI DAN SUSUN BUKU

DIJEMPUT PEMENANG :

TEMPAT KE 3 : NUR HARNEY RNEY RAINSOH ABDULLAH (PROGRAM FISIOTERAPI)
TEMPAT KE 2 : ELIESER ANAK ANGKIN (PROGRAM RADIOGRAFI)
TEMPAT PERTAMA : ALLERYEN JAMRIN (PROGRAM FISIOTERAPI)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PATRA PEMENANG YANG BERJAYA. YANG TIDAK BERJAYA DIUCAPKAN CUBA LAGI DI MASA AKAN DATANG.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN. ______________ ATAS ACARA PENYAMPAIAN HADIAH SEBENTAR TADI.

PENUTUP
SEBELUM KITA BERSURAI,PIHAK MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
SEGALA KELEMAHAN YANG BERLAKU SEMASA MAJLIS INI BERLANGSUNG, KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF

PERGI KE DUSUN MEMETIK KELAPA
KELAPA MUDA SI KELAPA BARLI
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
PANJANG USIA BERSUA KEMBALI

BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI, MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI.
MEWAKILI JAWATANKUASA PROGRAM JOM BACA 10 MINIT DI PUSTAKA BISTARI TAHUN 2018, URUSETIA  MERAKAMKAN PENGHARGAAN  TERIMA KASIH SEKALI LAGI  KEPADA YANG BERUSAHA DIF-DIF JEMPUTAN ATAS KESUDIAN HADIR  KE MAJLIS INI. SEKIAN SAHAJA, SALAM HORMAT, WABILLAHITAUFIK WAL HIDAYAH... WASSALAMUALAIKUM W.B.T
MAJLIS BERSURAI.