Monday, 11 August 2014
Skrip Mc berkursus
Kata
Aluan
|
MELAYANG
SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA PEMANIS KATA SELAMAT DATANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA
Bismillah
Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI
WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
|
VIP/
|
YANG DIHORMATI
YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI
PENCERAMAH
JEMPUTAN YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI PN. ______________________________
YANG DIKASIHI
KETUA-KETUA
PROGRAM, KETUA-KETUA SUBJEK, PENGAJAR2, JURURAWAT2 KLINIKAL, STAF PENTADBIRAN
SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN , PESERTA-PESERTA KURSUS, WARGA
DEWAN YG DIHORMATI SEKALIAN
|
Ucapan
MC
|
ASSALAMUALAIKUM W.B.T... SALAM CERIA. DAN SALAM 1 MALAYSIA
ALHAMDULILLAH,
SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI , KERANA
DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA
BERKUMPUL PADA PAGI INI.
PIHAK
MAJLIS MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH DAN MENGALU-ALUKAN, KEHADIRAN TUAN-TUAN KE
KURSUS “PELUPUSAN REKOD AWAM BERDASARKAN JADUAL PELUPUSAN REKOD” DI KOLEJ
SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU.
|
Bacaan
Doa
|
HADIRIN
SEKALIAN
BAGI
MENAMBAH KEBERKATAN KURSUS KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG
AKAN DIBACAKAN OLEH EN. UMAR BIN MISNAN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.
DOA
AMIN
AMIN YA RABIBIL ALAMIN.
MAJLIS
MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN.
UMAR BIN MISNAN DI ATAS BACAAN DOA
SEBENTAR TADI.
|
Biodata
Penceramah
|
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
SEBELUM TIRAI CERAMAH DIBUKA,SEBELUM
KURSUS BERMULA, SUKA SAYA MEMBACAKAN
BIODATA PENCERAMAH KITA PADA HARI INI. NAMA DIBERI PN. ________________________ . BELIAU MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN NEGERI _________.
BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK)
_________________________________________ DI (UNVERSITI)______________________
DAN KINI MENJAWAT JAWATAN
SEBAGAI (JAWATAN) _______________________________________________.
BELIAU SEMEMANGNYA ARIF DAN BERPENGETAHUAN LUAS DALAM
TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN.
______________ UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU
DAN TATACARA YANG SEBENARNYA TENTANG PROSES PELUPUSAN REKOD ITU SENDIRI.
MAJLIS DENGAN
SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.
|
REHAT
MINUM PAGI
|
HADIRIN YANG
DIHORMATI SEKALIAN.
KITA BERHENTI
SEKETIKA UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA MINUM PAGI. DIJEMPUT TUAN PENCERAMAH
KITA DIDIRINGI PN. NORULHUDA,SERTA PESERTA KURSUS JUGA DIJEMPUT UNTUK MINUM
PAGI DI MEDAN PELATIH. PARA PESERTA KURSUS DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI DEWAN KULIAH
TEPAT JAM 11.00 PAGI. KERJASAM ANDA AMAT KAMI HARGAI.
|
SAMB.
LEPAS MINUM PAGI
|
PARA
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN
BERTEMU
KITA SEKALI LAGI UNTUK MENERUSKAN SESI KEDUA CERAMAH KITA PADA HARI INI SAYA
SERAHKAN SEMULA MAJLIS KEPADA PUAN PENCERAMAH KITA, PN.______________________
|
REHAT
MAKAN TENGAHARI
|
PARA
HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN.
SESI
CERAMAH KITA BERHENTI SEKALI LAGI UNTUK MAKAN TENGAHARI & SOLAT. DIJEMPUT TUAN PENCERAMAH KITA
DIDIRINGI _______________ UNTUK JAMAUN
MAKAN TENGAHARI DI MEDAN PELATIH. PESERTA KURSUS JUGA DIJEMPUT UNTUK MAKAN
TENGAHRI DAN MOHON KERJASAMA SUPAYA BERADA DI DEWAN KULAIH TEPAT JAM
_____ 11.00 PAGI.
|
SAMB.
MKN TENGAHRI
|
ASSALAMUALAIKUM
W.B.T. SELAMAT PETANG.. DAN SALAM 1 MALAYSIA
ALHAMDULILLAH,
SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI , KERANA
DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA
BERKUMPUL SEKALI LAGI PADA
PETANG INI.
HADIRIN
SEKALIAN
MAJLIS DITERUSKAN
LAGI DENGAN MENJEMPUT SEKALI LAGI TUAN PENCERAMAH KITA UNTUK MENERUSKAN
MAJLIS.
|
PENUTUP
MAJLIS
|
HADIRIN YANG BUDIMAN,
SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA URUSETIA UNIT LATIHAN ANGGOTA KSKBJB
MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA
PUAN PENCERAMAH KITA PN. _________________ ATAS SEGALA ILMU & NASIHAT
YANG AMAT PENTING DAN BERGUNA SEPANJANG CERAMAH SEHARI SUNTUK KITA PADA HARI
INI. HALALKAN SEGALA TUNJUK AJAR DAN ILMU PUAN YER PADA HARI INI.
TIDAK LUPA JUGA MAJLIS JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK
YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM PEGANJURAN “KURSUS PELUPUSAN
REKOD AWAM BERDASARKAN JADUAL PELUPUSAN REKOD” HARI INI.
SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA
TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SAYA MENGENDALIKAN MAJLIS INI.
AKHIR KATA,
DARI KEDAH KE PEKAN SARI,
BELI SUASA DI KOTA TINGGI,
SELESAI SUDAH TUGAS DIBERI,
DI LAIN MASA BERSUA LAGI.
SEKIAN, WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH.
WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.
|
Salam 15 Syawal 1435
Salam Lebaran...
Salam Maaf Zahir & Batin...
Semoga Syawal 2014 memberikan seribu makna.
Ilmu yang baik dapat dikongsikan...
Aamiin Ya-Rabb... Atas segala limpahan rahmat-Mu...
Catatan... Ogos 2014
Salam Maaf Zahir & Batin...
Semoga Syawal 2014 memberikan seribu makna.
Ilmu yang baik dapat dikongsikan...
Aamiin Ya-Rabb... Atas segala limpahan rahmat-Mu...
Catatan... Ogos 2014
Skrip MC di Majlis Harijadi Staf 2014
Kata Aluan
|
Indah Berbalam Si
Awan Petang
Berarak Di Celah
Pepohon Ara
Pemanis Kata Selamat
Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Kami Bawakan Kepada Anda
Majlis “Sambutan Hari Jadi Warga Kolej Bagi Bulan Januari – Jun 2014 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor
Bahru”
|
Enna
|
Vip/
|
Bismillahir Rahmanir Rahi
M
Assalamu `Alaikum W.B.T.
& Salam 1 Malaysia
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zulkifli Bin
Hj. Mohd Tahir,
Pengarah Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Johor Bahru
Pn. Fauziah Bt Mokhti
Timbalan Pengarah Akademik,
Pn. Nabila Al-Muna Binti
Mohd Nor
Timbalan Pengarah
Pengurusan
Pn. Hj Rokiah Binti Md
Yusuf
Timbalan Pengarah Hep
Yang Diraikan
Warga Kolej Yang Menyambut
Hari Jadi Pada Bulan Januari Hingga Jun 2014.
Barisan Pengajar –Pengajar
Kskbjb
Staf-Staf Klinikal,
Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja Kskbjb , Hadirin Dan Hadirat Yang
Dirahmati Allah Sekalian.
|
En.Enal
|
Ucapan Mc
|
Kami Mewakili Kelab Warga Kskbjb & Seluruh
Warga Kolej Mengucapkan Jutaan Terima
Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Kedatangan Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Ke Majlis Sambutan Hari Jadi Warga
Kolej Pada Petang Ini.
Sesungguhnya
Majlis Yang Kita Adakan Ini, Adalah Untuk Meraikan Warga Kolej Yang Menyambut
Hari Lahir Pada Bulan Januari Hingga Jun. Diharapakan Sambutan Ini Juga Dapat
Mengeratkan Lagi Ukhuwah Sesama Kita Agar Dapat Mewujudkan Suasana
Keseronokan Bekerja Seperti Saranan Tuan Pengarah Yang Kita Sayangi .
|
Enna
|
|
Hadirin Sekalian
Sarung Ketupat Berisi Inti
Dibawa Budak Sambil
Berlari
Kehadiran Semua Sangat
Dihargai
Moga Majlis Bertambah Seri
Bagi
Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada Petang Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa
Yang Akan Dibacakan Oleh En. _______________.
Majlis Dengan Segala Hormatnya
Mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabibil
Alamin.
Majlis
Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada En.
_______________ Di Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.
|
En.Enal
|
Ucapan Pengarah
|
Puteri Bongsu Cantik
Mejelis,
Dari Kayangan Turun Ke
Pekan,
Untuk Menambahkan Keserian
Majlis,
Ucapan Tuan Pengarah Kita Dengarkan.
Seterusnya, Majlis Dengan
Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput
Yang Dikasihi, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj.Mohd Tahir , Pengarah
Kskbjb Untuk Menyampaikan Sepatah Dua
Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan
Ucapan Terima Kasih Kepada Tuan
Pengarah Diatas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb
Yang Dikasihi Sekalian.
|
Enna
|
Potong Kek
|
Majlis Memohon Sekali
Lagi Kepada Tuan Pengarah Untuk
Bersama-Sama Warga Kolej Yang Meraikan Hari Jadi Bagi Bulan Januari Hingga
Jun. Kepada Warga Kolej Yang Lahir Pada Bulan Januari Hingga Jun Tu,
Jemputlah Bersama-Sama Tuan Pengarah Kita Untuk Meneruskan Acara Seterusnya Iaitu Acara
Memotong Kek
Hadirin Yang Dihormati
Sekalian Diminta Berdiri Dan Sama-Sama Menyanyikan Lagu “Selamat Hari Jadi”
♫♫♫♫♫-----Pasang
Lagu ----♫♫♫♫
|
En.Enal
|
Potong kek
|
Sampai
Habis Potong Kek .
Selesai
Sudah Majlis Upacara Sinonim Dengan Hari Jadi Iaitu Memotong Kek Dari Tuan Pengarah & Warga
Kolej Yang Diraikan . Tuan Pengarah Dan Tetamu Diraikan Dipersilakan Untuk Mengambil
Tempat Duduk Semula.
Para
Hadirin Dipersilakan Duduk.
|
Enna
|
Makan
|
Limau Purut Berbuah Sarat
Dipetik Datuk Simpan Di Para Makanan Terhidang Tanda Isyarat Isyarat Untuk Menjamu Selera
Hadirin Warga Kolej Yang
Dirahmati Sekelian
Majlis Menjemput Tuan
Pengarah Dan Seluruh Warga Kolej Untuk Menjamu Selera Dengan Juadah Yang
Disediakan.
|
En.Enal
|
Bagi Hadiah Harijadi
Jun & Mei
|
Para Hadirin Yang Kami Hormati Sekalian.
Sementara Para Hadirin Menjamu Selera, Majlis Diteruskan Lagi Dengan
Acara Penyampaian Hadiah Hari Jadi Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari
Jadi Pada Bulan Ini, Iaitu Bulan Jun.
Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Pn. Nabilah Al-Muna , Timbalan
Pengarah Pengurusan Kskbjb Untuk Menyampaikan Hadiah. Majlis Dengan Segala
Hormatnya Mempersilakan.
Dijemput Staf Yang Lahir Pada Bulan Jun.
Seterusnya, Dijemput Staf Yang Lahir
Pada Bulan Mei 2014.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Nabila Al-Muna Diatas Kesudian
Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada Mei
Dan Jun. Puan Nabilah Boleh Teruskan Menjamu Selera Yer.
|
Enna
|
Bagi Hadiah Harijadi
April & Mac
|
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Pn. Fauziah Binti
Mokhti Timb. Pengarah Akademik Untuk Meneruskan Lagi Upacara Penyampaian
Hadiah Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Mac &
April.So Siap Sedia Lah Yer Namanya
Untuk Dipaggil.
Senarai Nama April
Senarai Nama Mac
Terima Kasih Diucapkan Kepada Pn. Fauziah Binti Mokhti Diatas
Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari
Lahir Pada April & Mac. Puan Fauziah Pon
Boleh Teruskan Tambah Nasi Lah Yer.
|
En.Enal
|
Bagi Hadiah Harijadi
Jan & Feb
|
Anda Mahu Hadiah Lagi. Ada Siapa Yang Belum Dapat Hadiah Lagi.
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Tuan Pengarah, Tn. Hj. Mohd Zulkifli Bin
Mohd Tahir Untuk Meneruskan Lagi
Upacara Penyampaian Hadiah Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada
Bulan Januari Dan Februari .
Senarai Nama Feb & Januari
Terima Kasih Diucapkan Kepada Tuan Hj, Pengarah Kskbjb Diatas Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah
Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada Januari & Feb.. Jemput
Makan Lagi Tn. Hj.
|
Enna
|
Penutup Majlis
|
Tuan Puan Para Hadirin
Yang Dihormati Sekalian
Bak Kata Orang…
Kalau Memanjat, Sudah Sampai Ke Puncak,
Kalau Menurun, Sudah Sampai Ke Lembah,
Kalau Terjun, Sudah Sampai Ke Tanah
Kalau Berenang Sudah Sampai Ke Pantai
Dengan Penyempurnaan
Penyampaian Hadiah Kepada Semua Yang Diraikan Sebentar Tadi, Maka Majlis Kita
Pada Petang Ini Nampknya Sudah Sampai Ke Penghujungnya.
|
En. Enal
|
Penutup
|
Majlis Turut Merakamkan
Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Tetamu Dan Hadirin Yang Sudi Meluangkan Masa
Bersama-Sama Memeriahkan Majlis “Sambutan Hari Jadi Warga Kolej” Ini.
Pergi Ke Dusun Memetik
Kelapa
Kelapa Muda Si Kelapa
Barli
Jari Disusun Maaf Dipinta
Panjang Usia Bersua
Kembali
Dikesempatan Ini Juga,
Kami Ingin Memohon Ribuan Kemaafan Andai Ada Salah Dan Silap Sepanjang Kami
Mengacarakan Majlis Ini
|
Enna
|
penutup
|
Akhir Kata,
Kalau Ada Sumur Diladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi
Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah. Wsalamualikum W.B,.T.
Terima Kasih.
|
En. Enal & Enna
|
Skrip Emcee Majlis Persaraan Di tempat Kerjaku...
SKRIP
|
TURN
|
|
PENGUMUMAN
|
Mengumumkan ketibaan
Yang Diraikan Yang Berbahagia En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman & Pn.Hasnah binti Hashim diiringi dif-dif kehormat masuk ke Auditorium.
Semua hadirin diminta berdiri.
Hadirin dipersilakan
duduk.
|
FAIRUS
|
INTRO
|
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung
tempua
Salam sembah pembuka
bicara
Selamat datang untuk semua
Kami bawakan kepada anda
Majlis “Jasamu Dikenang Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Johor Bahru” sempena persaraan staf Kolej yang amat kita
hormati.
|
ENNA
|
KATA ALUAN
|
BismilLahir Rahmanir Rahi m
Assalamu `Alaikum W.B.T.
& Salam 1 Malaysia
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zulkifli bin Hj.
Mohd Tahir,
Pengarah Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Johor Bahru
Pn. Fauziah Bt Mokhti
Timbalan Pengarah Akademik,
Pn. Nabila Al-Muna binti
Mohd Nor
Timbalan Pengarah
Pengurusan
PN. Hj Rokiah binti Md
Yusuf
Timbalan Pengarah HEP
Yang Diraikan
EN. Vijeyakumaran A/L
Kanjiraman
Pemandu Kenderaan KSKBJB
Dan
Pn. Hasnah binti Hashim
Pembantu Operasi KSKBJB
Barisan Pengajar –pengajar
kskbjb
Staf-staf klinikal,
staf-staf sokongan dan warga kerja KSKBJB , hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.
|
FAIRUS
|
KATA ALUAN
|
Kami mewakili bahagian pengurusan , KELAB WARGA
KSKBJB & seluruh warga kolej mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga di atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis persaraan pada pagi ini.
Alhamdulillah, bersyukur
kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita sekali lagi
bersama-sama berkumpul di auditorium yg
megah nan indah ini bagi menemukan semula staf kolej untuk meraikan, bukan 1 tapi 2, warga kolej yang kami kasihi Beliau seperti yang kita ketahui adalah
Yang Diraikan
En. Vijeyakumaran A/L
Kanjiraman &
Pn. Hasnah binti Hashim,
Selamat datang kembali diucapkan kepada tuan & puan ke KSKBJB semula.
Sesungguhnya
majlis yang kita adakan ini, tidak mampu rasanya untuk membalas segala
keringat dan jasa yang diberikan oleh tuan puan terhadap kolej ini.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil
berlari
Kehadiran semua sangat
dihargai
Moga Majlis bertambah seri
|
ENNA
|
BACAAN DOA
|
Kalau pergi tanjung
keramat
Anak manis jangan diangkat
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis mendapat
berkat
Bagi menambah keberkatan
Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En. Zainal Abidin Bin
Abdul Rahman .
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
___________doa____________
Amin Amin Ya Rabbal
`Alamin
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Zainal Abidin bin
Abdul Rahman atas bacaan doa sebentar tadi.
|
FAIRUS
FAIRUS
|
KATA2 UCAPAN
AM
|
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Baktimu gemilang
Begitulah yang boleh kita
perkatakan atas segala keringat dan jasa
yang dilakukan oleh Tetamu Yang Diraikan sepanjang perkhidmatan beliau di kolej ini.
Hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian
Tiada kata secantik
bahasa, tiada lafaz semanis bicara yang bisa diungkapkan bagi menggambarkan
betapa besarnya pengorbanan serta jasa yang dicurahkan oleh tetamu yang
diraikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Tak begitu En. Fairus.
|
ENNA
|
Nyayian
by Sister Nor Aini
Diminta
unit ict bersedia
|
Betul tu Pn. Ina.
Para hadirin yang dikasihi
sekalian.
Tidak lengkap dan moleknya
majlis kita pada pagi ini tanpa menyaksikan persembahan daripada warga kolej
kita ini.
Marilah kita sama-sama
menikmati alunan lunak merdu suara seorang staf kita yang berbakat ni ina.
Majlis dengan sukacitanya
menjemput Sister. Noraini binti Ishak
untuk mempersembahkan sebuah yang bertajuk _________________ ditujukan
khas sempena Majlis Persaraan Jasamau Dikenang. Majlis mempersilakan.
|
FAIRUS
FAIRUS
|
Nyanyian
by En. Ngamin
Diminta
unit ict bersedia
|
Terima kasih diucapkan
kepada Sister Noraini kita ni. Sungguh hebat dan berbakat sungguh ye En.
Fairus. Lepas ni, mana tahu boleh ganti Shila Amzah ye tak.
Hadirin sekalian
Tak lengkap kalau kita
hanya dengar nyanyian dari wakil wanita KSKBJB sahaja. Apa kata kita
menjemput wakil dari staf lelaki idaman kskbjb pula untuk mendendangkan lagu, khas untuk kita semua yang bertuah yang
berada di Auditorium pada pagi ini.
Tanpa membuang masa lagi,
untuk persembahan seterusnya, persembahan yang amat kita nantikan dari Lelaki
IDaman Malaya , saya dengan sukacitanya menjemput En. Ngamin bin Satiman
untuk naik ke atas pentas dan menghiburkan kita dengan lagunya
________________________.
Majlis mempersilakan.
|
ENNA
|
SHOW
MULTIMEDIA & UCAPAN YG DIRAIKAN by unit ict + lagu sedih
|
Wah… Bukan main hebatnya
En. Ngamin kita ye tuan-tuan & puan-puan sekalian. Lepas ni, Anuar Zain pon tak boleh carik
makan. Majli mengucapakn terima kasih kepada En. Ngamin Bin Satiman diatas
kesudian beliau menghiburkan kita semua. Berikan tepukan gemuruh untuk beliau
sekali lagi.
Para hadirin sekalian.
Meneruskan acara seterusnya
, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang dihasilkan khas
untuk “Majlis Jasamu Dikenang Budimu Terbilang” sempena persaraan Yang Diraikan
En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman & Pn. Hasnah binti Hashim
---------------tayangan
slide------------
Itulah sebentar tadi dapat
kita saksikan persembahan multimedia mengenai serba sedikit tentang tetamu
yang diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman & Pn. Hasnah binti Hashim. Mudah-mudahan
ianya dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua
Tanpa membuang masa saya dengan
rasa bangganya menjemput insan berjasa
yang diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua
kata beliau.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
--------------------ucapan
--------------------
Majlis merakamkan
setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Vijeyakumaran A/L
Kanjiraman atas
ucapan itu tadi.
|
FAIRUS
|
Tuan Puan para hadirin
yang dikasihi sekalian
Tidak lengkap rasanya jika
kita tidak mendengar ucapan dan kata-kata dari seorang lagi tetamu yang kita
raikan pada pagi ini. Saya percaya ramai yang mempunyai kenangan yang
tersendiri dengan beliau ini.
Tanpa membuang masa saya dengan
rasa sukacitanya menjemput yang diraikan Puan Hasnah binti Hashim bagi
menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
-----------------Puan
Hasnah binti Hashim.---------------
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hasnah binti Hashim atas ucapan sebentar tadi.
|
ENNA
|
|
UCAPAN
PENGARAH
|
Puteri bongsu cantik
mejelis,
Dari kayangan turun ke
pekan,
Untuk menambahkan keserian
majlis,
Ucapan Tuan Pengarah kita dengarkan.
Seterusnya, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan & menjemput Yang Dikasihi, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj.Mohd
Tahir , pengarah KSKBJB untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dengan hormatnya majlis mempersilakan .
---------ucapan---------------
Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Tuan
Pengarah diatas kata-kata perangsang kepada bukan sahaja yang diraikan, tetapi kepada kita semua hendaknya. Diminta
tuan pengarah berada diatas pentas
untuk upacara penyampaian cenderamata kepada tetamu yang diraikan
|
FAIRUS
|
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA
|
Hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan
upacara penyampaian cenderahati.
Sebelum itu, Majlis
mempersilakan Pn. Fauziah bt mokhti naik ke atas pentas mengiringi tuan pengarah untuk memnyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada tetamu yang kita raikan
Dengan segala hormatnya
dipersilakan naik ke pantas untuk menerima cenderahati.
Dipersilakan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman naik ke atas
pentas untuk menerima cenderahati dari pihak kolej , para
hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN GEMURUH kepada beliau. En. Vijeyakumaran
diminta berada terus di atas pentas.
Setrusnya dijemput
~~~~~~~ Pn. HASNAH HASHIM, BERIKAN naik ke atas pentas
untuk menerima cenderahati dari pihak kolej , para hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN
GEMURUH kepada beliau . Pn. Hasnah Hashim diminta terus berada di atas
pentas.
|
ENNA
|
Diminta
unit ict pasang lagu ‘kenangan
terindah by Samson part yg korus jer…. & masa turun lagu Kau Pergi by Aizat.. (lg dr
Sharifah)
♫♫♫
|
Itulah tadi upacara
penyampaian cenderahati kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan. Majlis meminta kepada tuan pengarah untuk berada di atas
pentas bersama-sama tetamu yang diraikan untuk meneruskan acara seterusnya
iaitu acara memotong kek sebagai simbolik dan tanda perpisahan kita dan
kemuncak majlis kita pada pagi ini.
Hadirin yang dihormati
sekalian diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu “Kenangan Yang Terindah” dari sammson
sebagai tanda persahabatan yang kekal abadi.
♫♫♫♫♫-----pasang
lagu yang menyentuh perasaan----♫♫♫♫
Sampai
Habis potong kek .
Selesai
sudah majlis upacara simbolik memotong kek dari Tuan Pengarah & Tetamu
Yang diraikan . Tuan Pengarah dan tetamu diraikan dipersilakan untuk
mengambil tempat duduk semula.
Para
hadirin dipersilakan duduk.
|
Fairus
|
KATA AKHIR
|
Hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah
Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah
sampai di muara
Umpama berjalan telah
sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian,
kita telah pun berada di hujung acara
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam
jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
|
ENNA
|
PANTUN AKHIR
|
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah
sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang dirai
EN. VIJEYAKYUMARAN A/L
KANJIRAMAN &
PN. HASNAH HASHIM
kerana sudi untuk
bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan
agar tetamu Yang kita raikan bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
|
ENNA
|
Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Jasamu DIkenang” ini.
Pergi ke dusun memetik
kelapa
Kelapa muda si kelapa
barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua
kembali
Dikesempatan ini juga, kami
ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
Hadirin & hadirat yang
dihormati sekelian.
Majlis menjemput Tuan
Pengarah & tetamu yang diraikan beserta semua warga kolej untuk menjamu
selera di medan pelatih.
|
ENNA
|
|
PENUTUP
|
Sekian sahaja, salam
hormat, & Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
♫♫♫--------LAGU
SEDIH-------♫♫♫
|
FAIRUS &
ENNA
|
Subscribe to:
Posts (Atom)