Kata Aluan
|
Indah Berbalam Si
Awan Petang
Berarak Di Celah
Pepohon Ara
Pemanis Kata Selamat
Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Kami Bawakan Kepada Anda
Majlis “Sambutan Hari Jadi Warga Kolej Bagi Bulan Januari – Jun 2014 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor
Bahru”
|
Enna
|
Vip/
|
Bismillahir Rahmanir Rahi
M
Assalamu `Alaikum W.B.T.
& Salam 1 Malaysia
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zulkifli Bin
Hj. Mohd Tahir,
Pengarah Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Johor Bahru
Pn. Fauziah Bt Mokhti
Timbalan Pengarah Akademik,
Pn. Nabila Al-Muna Binti
Mohd Nor
Timbalan Pengarah
Pengurusan
Pn. Hj Rokiah Binti Md
Yusuf
Timbalan Pengarah Hep
Yang Diraikan
Warga Kolej Yang Menyambut
Hari Jadi Pada Bulan Januari Hingga Jun 2014.
Barisan Pengajar –Pengajar
Kskbjb
Staf-Staf Klinikal,
Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja Kskbjb , Hadirin Dan Hadirat Yang
Dirahmati Allah Sekalian.
|
En.Enal
|
Ucapan Mc
|
Kami Mewakili Kelab Warga Kskbjb & Seluruh
Warga Kolej Mengucapkan Jutaan Terima
Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Kedatangan Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Ke Majlis Sambutan Hari Jadi Warga
Kolej Pada Petang Ini.
Sesungguhnya
Majlis Yang Kita Adakan Ini, Adalah Untuk Meraikan Warga Kolej Yang Menyambut
Hari Lahir Pada Bulan Januari Hingga Jun. Diharapakan Sambutan Ini Juga Dapat
Mengeratkan Lagi Ukhuwah Sesama Kita Agar Dapat Mewujudkan Suasana
Keseronokan Bekerja Seperti Saranan Tuan Pengarah Yang Kita Sayangi .
|
Enna
|
|
Hadirin Sekalian
Sarung Ketupat Berisi Inti
Dibawa Budak Sambil
Berlari
Kehadiran Semua Sangat
Dihargai
Moga Majlis Bertambah Seri
Bagi
Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada Petang Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa
Yang Akan Dibacakan Oleh En. _______________.
Majlis Dengan Segala Hormatnya
Mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabibil
Alamin.
Majlis
Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada En.
_______________ Di Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.
|
En.Enal
|
Ucapan Pengarah
|
Puteri Bongsu Cantik
Mejelis,
Dari Kayangan Turun Ke
Pekan,
Untuk Menambahkan Keserian
Majlis,
Ucapan Tuan Pengarah Kita Dengarkan.
Seterusnya, Majlis Dengan
Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput
Yang Dikasihi, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj.Mohd Tahir , Pengarah
Kskbjb Untuk Menyampaikan Sepatah Dua
Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan
Ucapan Terima Kasih Kepada Tuan
Pengarah Diatas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb
Yang Dikasihi Sekalian.
|
Enna
|
Potong Kek
|
Majlis Memohon Sekali
Lagi Kepada Tuan Pengarah Untuk
Bersama-Sama Warga Kolej Yang Meraikan Hari Jadi Bagi Bulan Januari Hingga
Jun. Kepada Warga Kolej Yang Lahir Pada Bulan Januari Hingga Jun Tu,
Jemputlah Bersama-Sama Tuan Pengarah Kita Untuk Meneruskan Acara Seterusnya Iaitu Acara
Memotong Kek
Hadirin Yang Dihormati
Sekalian Diminta Berdiri Dan Sama-Sama Menyanyikan Lagu “Selamat Hari Jadi”
♫♫♫♫♫-----Pasang
Lagu ----♫♫♫♫
|
En.Enal
|
Potong kek
|
Sampai
Habis Potong Kek .
Selesai
Sudah Majlis Upacara Sinonim Dengan Hari Jadi Iaitu Memotong Kek Dari Tuan Pengarah & Warga
Kolej Yang Diraikan . Tuan Pengarah Dan Tetamu Diraikan Dipersilakan Untuk Mengambil
Tempat Duduk Semula.
Para
Hadirin Dipersilakan Duduk.
|
Enna
|
Makan
|
Limau Purut Berbuah Sarat
Dipetik Datuk Simpan Di Para Makanan Terhidang Tanda Isyarat Isyarat Untuk Menjamu Selera
Hadirin Warga Kolej Yang
Dirahmati Sekelian
Majlis Menjemput Tuan
Pengarah Dan Seluruh Warga Kolej Untuk Menjamu Selera Dengan Juadah Yang
Disediakan.
|
En.Enal
|
Bagi Hadiah Harijadi
Jun & Mei
|
Para Hadirin Yang Kami Hormati Sekalian.
Sementara Para Hadirin Menjamu Selera, Majlis Diteruskan Lagi Dengan
Acara Penyampaian Hadiah Hari Jadi Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari
Jadi Pada Bulan Ini, Iaitu Bulan Jun.
Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Pn. Nabilah Al-Muna , Timbalan
Pengarah Pengurusan Kskbjb Untuk Menyampaikan Hadiah. Majlis Dengan Segala
Hormatnya Mempersilakan.
Dijemput Staf Yang Lahir Pada Bulan Jun.
Seterusnya, Dijemput Staf Yang Lahir
Pada Bulan Mei 2014.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Nabila Al-Muna Diatas Kesudian
Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada Mei
Dan Jun. Puan Nabilah Boleh Teruskan Menjamu Selera Yer.
|
Enna
|
Bagi Hadiah Harijadi
April & Mac
|
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Pn. Fauziah Binti
Mokhti Timb. Pengarah Akademik Untuk Meneruskan Lagi Upacara Penyampaian
Hadiah Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Mac &
April.So Siap Sedia Lah Yer Namanya
Untuk Dipaggil.
Senarai Nama April
Senarai Nama Mac
Terima Kasih Diucapkan Kepada Pn. Fauziah Binti Mokhti Diatas
Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari
Lahir Pada April & Mac. Puan Fauziah Pon
Boleh Teruskan Tambah Nasi Lah Yer.
|
En.Enal
|
Bagi Hadiah Harijadi
Jan & Feb
|
Anda Mahu Hadiah Lagi. Ada Siapa Yang Belum Dapat Hadiah Lagi.
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Tuan Pengarah, Tn. Hj. Mohd Zulkifli Bin
Mohd Tahir Untuk Meneruskan Lagi
Upacara Penyampaian Hadiah Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada
Bulan Januari Dan Februari .
Senarai Nama Feb & Januari
Terima Kasih Diucapkan Kepada Tuan Hj, Pengarah Kskbjb Diatas Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah
Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada Januari & Feb.. Jemput
Makan Lagi Tn. Hj.
|
Enna
|
Penutup Majlis
|
Tuan Puan Para Hadirin
Yang Dihormati Sekalian
Bak Kata Orang…
Kalau Memanjat, Sudah Sampai Ke Puncak,
Kalau Menurun, Sudah Sampai Ke Lembah,
Kalau Terjun, Sudah Sampai Ke Tanah
Kalau Berenang Sudah Sampai Ke Pantai
Dengan Penyempurnaan
Penyampaian Hadiah Kepada Semua Yang Diraikan Sebentar Tadi, Maka Majlis Kita
Pada Petang Ini Nampknya Sudah Sampai Ke Penghujungnya.
|
En. Enal
|
Penutup
|
Majlis Turut Merakamkan
Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Tetamu Dan Hadirin Yang Sudi Meluangkan Masa
Bersama-Sama Memeriahkan Majlis “Sambutan Hari Jadi Warga Kolej” Ini.
Pergi Ke Dusun Memetik
Kelapa
Kelapa Muda Si Kelapa
Barli
Jari Disusun Maaf Dipinta
Panjang Usia Bersua
Kembali
Dikesempatan Ini Juga,
Kami Ingin Memohon Ribuan Kemaafan Andai Ada Salah Dan Silap Sepanjang Kami
Mengacarakan Majlis Ini
|
Enna
|
penutup
|
Akhir Kata,
Kalau Ada Sumur Diladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi
Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah. Wsalamualikum W.B,.T.
Terima Kasih.
|
En. Enal & Enna
|
Monday, 11 August 2014
Skrip MC di Majlis Harijadi Staf 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment