Thursday, 9 June 2016
Sabarjelah...♥
So..
Sabar..
Sabar itu indah...
Sabar Allah yang Cipta....
So..
Sabar...
Sabar dalam beribadat...
Sabar dengan orang...
Sabar... sabar.. sabar...
So...
Sabar dan yakin..
InsyaAllah...
So.. Sabar jer lah...
Sabar sampai tak tahan sabar...
Sampai bilakah harus bersabar...
So...
Sabar...
♥♥♥
Latar Belakang KKJB
Saja simpan.. untuk jangan hilang... Hanilas Hellas pernah kerja kat cni (KKJB)satu masa dulu sebelum ditukar kepada (KSKBJB) pada Jun 2010.
1936 Pembinaan Rumah Sakit Umum Johor Bahru Calon-Calon Jururawat Pelatih Diperolehi Melalui Kempen Dan Galakan Serta Kerjasama Guru Besar Sekolah – Sekolah Perempuan Disekitar Johor Bahru
27 Februari 1936 Skim Latihan Jururawat Pertama Di Malaya Diperkenalkan Di Negeri Johor Di Rumah Sakit Umum Johor Bahru Seiringan Dengan Pembinaan Rumah Sakit Umum Johor Bahru, Sebuah Sekolah Latihan Dan Asrama Jururawat Telah Dibina Di Kawasan Rumah Sakit.
1938 Latihan Jururawat Pertama Dimulakan Di Rumah Sakit Umum Johor Bahru Matron Miss Scott Sebagai Pengajar Jururawat Pertama Mengendalikan Latihan Jururawat Tersebut
1942 Perang Dunia II Meletus.Negara Diistiharkan Darurat Latihan Jururawat Tergendala
1946 Latihan Kejururawatan Diteruskan Semula Di Sekolah Latihan Jururawat , Rumah Sakit Umum Johor Bahru. Matron Miss Henderson Mengendalikan Latihan Jururawat Tersebut. Kerajaan British Malaya Memperkenalkan Program Baru Bagi Meningkatkan Taraf Perkhidmatan Dan Latihan Jururawat Setaraf Dengan Di England Dan Wales.
1947 Latihan Pembantu Hospital Dijalankan Bersama Dengan Latihan Jururawat
1948 Peperiksaan Kemasukan Ke Latihan Jururawat Diadakan Bagi Calon Yang Tidak Mempunyai Sijil Senior Cambridge
1951 Latihan Diseragamkan Diseluruh Malaya. Peperiksaan Akhir Jururawat Diiktiraf Sebagai Peperiksaan Jabatan Pertama Bagi Pembantu Hospital Dan Mereka Layak Berdaftar Dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Latihan Kebidanan (Bhg. II) dilaksanakan di Rumah Sakit Umum Johor Bahru. Sekolah dinamakan D.M.T.C.Domicilliary Midwife Training Centre yang mengendalikan wad bersalin kelas 3.
1952 Lembaga Jururawat , mewajibkan pendaftaran bagi semua Jururawat dan Bidan. Program Latihan Jururawat dijalankan selama 3 tahun 4 bulan dengan kaedah Sistem Blok – 4 blok . Latihan mengandungi 9 bulan sesi teori dikelas dan 2 tahun 7 bulan latihan klinikal
1956 Sebuah Komiti Pendidikan Jururawat ditubuhkan bagi menetapkan polisi latihan. Sekolah Latihan Jururawat Pulau Pinang telah dipilih untuk memusatkan latihan jururawat Sekolah Latihan Jururawat di Johor Bahru dan Kuala Lumpur ditutup sementara.
1959 Latihan kebidanan (Bahagian I) untuk Jururawat terlatih dilaksanakan di Hospital Besar Johor Bahru. Latihan dilaksanakan secara latihan sambil belajar. Kurikulum Latihan berdasarkan kepada “ Central Midwife Board ” United Kingdom. Latihan dikendalikan oleh Ketua Jururawat dan syarahan diberi oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi.
Februari 1960 Latihan disambung semula di Sekolah Jururawat, Rumah Sakit Johor Bahru 25 orang pelatih yang mengikuti latihan terdiri daripada 19 Jururawat Pelatih dan 6 Pembantu Hospital Pelatih
1960 Latihan Jururawat dengan rasmi di bawah kuasa Lembaga Jururawat Latihan Asas Jururawat Bersijil Pelatih sebagai Anggota Perkhidmatan Kesihatan Program latihan mengikut “ General Nursing Council ”
1964 Sebuah Sekolah Latihan Jururawat siap dibina. Upacara Pembukaan Rasmi Bangunan Ini Telah Disempurnakan Oleh: Inche Bahaman Bin Shamsudin, Menteri Kesihatan Malaysia Pada Sabtu 5 Hb. September 1964 Dan Dirancang Dan Dikelolakan Oleh Jabatan Kerja Raya Johor Kementerian Kerja Raya, Pos Dan Talikom
1964 Era Latihan diuruskan oleh Pengajar Jururawat .Latihan Jururawat di Johor Bahru dikendalikan oleh seorang Pengetua, 4 orang Pengajar Jururawat dan 8 orang “ Clinical Sister ”. Pengetua pertama di Sekolah Jururawat Hospital Johor Bahru ialah Encik M.S.Murthy.
1965 Asrama 4 tingkat untuk Pembantu Hospital Pelatih disiapkan bersebelahan Sekolah Latihan Jururawat * Perasmian bangunan dilaksanakan pada 15 Februari 1965 oleh Y.B. Inche Bahaman bin Samsudin , Menteri Kesihatan Malaysia.
1967 Asrama 6 tingkat untuk Jururawat Pelatih siap dibina pada 1967. Bangunan dirasmikan pada 19 Julai 1967 oleh Inche Bahaman bin Samsudin Menteri Kesihatan Malaysia.
1970 Asrama Jururawat Pelatih 3 tingkat siap dibina dan dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Lee Siok Yew, Menteri Kesihatan Malaysia pada 28 September 1972.
Latihan Kebidanan diambil alih oleh Pengajar Jururawat Kebidanan di Sekolah Kebidanan Hospital Besar Johor Bahru. Pengajar pertama untuk latihan ini ialah Cik Boey Swee Kam. Pengambilan pelatih ialah 2 kali setahun. Sistem Pembelajaran secara Blok.
1972 Perubahan dalam Pentadbiran Latihan Jururawat. Pelatih mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Status Pelatih sebagai Pelajar Latihan dipendekkan menjadi hanya 3 tahun saja 33 minggu teori dan 117 minggu latihan klinikal kaedah penilaiannya secara teori dan praktikal “ Crash Programme ” – pengambilan calon dalam bilangan besar - dilaksanakan bagi memenuhi keperluan negara.
1992 Taraf Latihan Jururawat dinaikkan dari Sijil ke Diploma. Sekolah Latihan Jururawat dinaiktaraf kepada Kolej Kejururawatan. Jururawat yang lulus sebelum 1992 diwajibkan mengikuti Kursus Peningkatan Kejururawatan selama 2 minggu di Kolej Kejururawatan.
1992 Logo dan Moto Kolej diperkenalkan. Bendera Kolej juga dikibarkan. Lagu Kolej berjudul “Malar Bakti” dicipta dan dinyanyikan.
1995 Kursus Peralihan Penolong Jururawat ke Jururawat dilaksanakan di KKJB Kaedah latihan secara Konvensional/ Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Kumpulan pertama pelatih seramai 27 orang pelatih.
1995 Kursus Pos Basik
1Julai 1995 KKJB mengendalikan kursus pos basik berikut:-
• Perawatan Psikiatri – 1 tahun
• Perawatan Rapi – 6 bulan
• Perawatan Koronari – 6 bulan
KKJB juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia pelatih kursus pos basik Perawatan Renal secara PJJ yang mengikuti latihamal di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Pengetua KKJB :
Mr. M.S. Murthy 1965 - 1972
Cik Dorothy Khoo S.K. 1972 - 1979
Pn. Asmarani Siddik 1979 - 1985
En. Abd Hadi Hj Hamid 1989 - 2000
Cik Rafiah bt Zakaria 2000 - 2005
Pn. Hjh. Rosnah Abd. Aziz 2005
Cik Mariah Bt Rejab 2005 - 2008
Cik Ong Lee Hwa 2008 – 2010
2010 Bertukar ke Kempas Johor Bahru dengan nama KSKBJB.
LATIHAN KEBIDANAN
Kolej Kejururawatan Johor Bahru adalah kolej pertama yang menjalankan latihan kejururawatan di Malaysia. Latihan pertama dimulakan pada tahun 1936 hingga 1942 secara on the job training di Hospital Besar Johor bahru. Pada tahun 1942 hingga tahun 1945 latihan dihentikan sementara akibat perang dunia kedua. Latihan diteruskan semula pada tahun 1946 hingga 1956 dimana jangkamasa sesuatu latihan mengambil masa 3 tahun 4 bulan. Pada masa yang sama latihan Bidan bahagian 2 yang mengambil masa 2 tahun setiap satu kursus juga dijalankan.
Pada tahun 1947 laithan Pembantu Perubatan pada mula dijalankan bersama-sama dengan latihan Jururawat dimana latihan dimana latihan ini diiktiraf oleh Lembaga Jururawatat Malaysia pada tahun 1956. Pada tahun 1971 latihan Pembantu Perubatan dipindahkan ke Seremban
SALAM RAMADHAN 2016
Sedar x sedar, da masuk 3 hari Ramadhan pada tahun ini.. Saje nak wish. Google jap ler imej.
Salam Ramadhan 2016. Semoga segala Amal yang kita jalankan mendapat rahmat dan keberketan dari Allah S.W.T. Aamin..♥♥♥
Salam Ramadhan 2016. Semoga segala Amal yang kita jalankan mendapat rahmat dan keberketan dari Allah S.W.T. Aamin..♥♥♥
Salam Ramadhan dari Hanilas Hellas |
SKRIP PENGACARA MAJLIS / KURSUS YANG SIMPLE
Kata Aluan
|
INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,
BERARAK DI CELAH POHON CEMARA;
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
BISMILLAH
HIRRAHMANIRRAHIM....
ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN...
RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLIAMRI
WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
|
VIP/
|
YANG DIHORMATI
VVIP
YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI
PENCERAMAH JEMPUTAN YANG
DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI PN/ENCIK. ______________________________
YANG DIKASIHI
KETUA-KETUA PROGRAM, PENGAJAR2,
JURURAWAT2 KLINIKAL, STAF PENTADBIRAN SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN ,
PESERTA-PESERTA KURSUS, WARGA DEWAN YG DIHORMATI SEKALIAN |
Ucapan MC
|
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
SALAM CERIA. DAN SALAM SEJAHTERA.
ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA
KE HADRAT ILAHI , KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA
BERKUMPUL PADA PAGI INI.
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN, TERIMA
KASIH DAN MENGALU-ALUKAN, KEHADIRAN TUAN-TUAN KE KURSUS “______________________________
” DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU. |
Bacaan Doa
|
HADIRIN SEKALIAN
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN KURSUS
KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH EN.
_________________________.
MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
--------------------DOA----------------
AMIN AMIN YA RABIBIL ALAMIN.
MAJLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH
KEPADA EN. _________________ DI
ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
|
Biodata Penceramah
|
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
SEBELUM TIRAI CERAMAH DIBUKA,SEBELUM KURSUS BERMULA, SUKA SAYA
MEMBACAKAN BIODATA PENCERAMAH KITA PADA HARI INI.
1.
NAMA DIBERI PN./ ENCIK
_____________________ .
2. BELIAU MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN NEGERI
____________.
3. BELIAU
MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK)
_______________________________________________________
4. DI
(UNVERSITI)_______________________________________
5. DAN KINI
MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI (JAWATAN)
_______________________________________________.
6. BELIAU SEMEMANGNYA ARIF DAN BERPENGETAHUAN
LUAS DALAM ________________________________. (XDE PON OK)
TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
PN. / ENCIK ____________________________ UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH
BELIAU.
MAJLIS DENGAN
SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.
|
REHAT MINUM PAGI
|
HADIRIN YANG
DIHORMATI SEKALIAN.
KITA BERHENTI
SEKETIKA UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA MINUM PAGI. DIJEMPUT TUAN PENCERAMAH KITA DIDIRINGI ____________________________,
SERTA PESERTA KURSUS JUGA UNTUK MINUM PAGI DI MEDAN PELATIH. PARA
PESERTA KURSUS DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI DEWAN KULIAH TEPAT JAM 11.00
PAGI. KERJASAM ANDA AMAT KAMI HARGAI.
|
SAMB. LEPAS MINUM PAGI
|
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
BERTEMU KITA SEKALI LAGI UNTUK
MENERUSKAN SESI KEDUA CERAMAH KITA PADA HARI INI SAYA SERAHKAN SEMULA MAJLIS
KEPADA PUAN PENCERAMAH KITA, PN. /ENCIK ______________________ @
PENCERAMAH LAIN.
|
REHAT MAKAN TENGAHARI
|
PARA HADIRIN YANG DIKASIHI
SEKALIAN.
SESI CERAMAH KITA BERHENTI SEKALI
LAGI UNTUK MAKAN TENGAHARI & SOLAT. DIJEMPUT TUAN PENCERAMAH @ PENCERAMAH LAIN _______________________ KITA
DIIRINGI PUAN/ ENCIK _______________ UNTUK JAMUAN MAKAN TENGAHARI DI MEDAN PELATIH.
PESERTA KURSUS JUGA DIJEMPUT UNTUK MAKAN TENGAHRI DAN MOHON
KERJASAMA SUPAYA BERADA DI DEWAN KULAIH TEPAT JAM _____ 11.00 PAGI. |
SAMB. MKN TENGAHRI
|
ASSALAMUALAIKUM W.B.T. SELAMAT
PETANG.. DAN SALAM 1 MALAYSIA
ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA
KE HADRAT ILAHI , KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA
BERKUMPUL SEKALI LAGI PADA PETANG INI.
HADIRIN SEKALIAN
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT SEKALI LAGI
TUAN PENCERAMAH KITA PN. /ENCIK ______________________ @
PENCERAMAH LAIN UNTUK
MENERUSKAN MAJLIS. |
PENUTUP MAJLIS
|
HADIRIN YANG BUDIMAN,
SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA URUSETIA UNIT LATIHAN ANGGOTA KSKBJB
MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN./PN. PENCERAMAH KITA EN./PN. ___________ ATAS SEGALA ILMU & NASIHAT YANG
AMAT PENTING DAN BERGUNA SEPANJANG CERAMAH KITA PADA HARI INI. HALALKAN
SEGALA TUNJUK AJAR DAN ILMU PUAN YER PADA HARI INI.
TIDAK LUPA JUGA MAJLIS JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK
YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM PEGANJURAN “_________________________________________________” HARI
INI.
SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN
SEPANJANG SAYA MENGENDALIKAN MAJLIS INI.
AKHIR KATA,
SEKIAN, WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH.
WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.
|
PERSIAPKAN SKRIP PENGACARA MAJLIS / EMCEE UNTUK KURSUS / BENGKEL
Kata Aluan
|
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....
ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN...
RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLIAMRI
WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
MELAYANG SERINDIT DI ATAS
PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA PEMANIS KATA SELAMAT DATANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA |
||
SALUTASI
|
YANG DIHORMATI
PUAN NAEIN @ CRISPINA BINTI LOJIWIN,
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK KSKBJB,
PUAN NABILA AL-MUNA BINTI MOHD
NOOR, TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN KSKBJB,
****YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI****
PENCERAMAH
JEMPUTAN YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI PN.
______________________________
YANG DIKASIHI
KETUA-KETUA PROGRAM, KETUA-KETUA
UNIT, PENGAJAR2, JURURAWAT2 KLINIKAL,
STAF PENGURUSAN SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN WARGA KSKBJB SEKALIAN
|
||
UCAPAN ALUAN MC
|
ASSALAMUALAIKUM W.B.T... SELAMAT
SEJAHTERA & SALAM MUAFAKAT JOHOR.
ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA
KE HADRAT ILAHI , KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA
BERKUMPUL PADA PAGI INI.
PIHAK URUSETIA BENGKEL MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH DAN MENGALU-ALUKAN,
KEHADIRAN TUAN-TUAN DI AUDITORIUM SRI PERDANA, KOLEJ SAINS KESIHATAN
BERSEKUTU JOHOR BAHRU
KE
“WORKSHOP:
CONQUER STRESS ACHIEVE SUCCESS
ATAU DENGAN BAHASA IBUNDA KITA
MENANGANI STRESS MENUJU KEJAYAAN”
|
||
DOA
|
HADIRIN SEKALIAN
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN BENGKEL
KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH EN.
UMAR BIN MISNAN.
MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
--------------------DOA----------------
AMIN AMIN YA RABIBIL ALAMIN.
MAJLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH
KEPADA EN. UMARBIN MISNAN DI
ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
|
||
SLOT
1 : MENGENALI
PERSONALITI STRES
|
PARA HADIRIN YANG
DIKASIHI SEKALIAN.
PEMBUKA SLOT
PERTAMA KITA PADA PAGI YANG MULIA INI, MAJLIS DENGAN SUKACINTANYAHORMATNYA MEMPERSILAKAN PN. HJH HAJI BONNISA BINTI MD ABDUL KADIR, PEGAWAI PSIKOLOGI, KOLEJ
SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU UNTUK MENERUSKAN SLOT PERTAMA BENGKEL KITA PADA HARI INI DENGAN TAJUK MENGENALI PERSONALITI STRES. MAJLIS
DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.
|
||
SLOT
2: STRESS VS BURNOUT
Biodata Penceramah
|
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HAJAH HAJIBONNISA DIATAS PERKONGSIAN ILMU MENGENALI PERSONALITI STRES DI SLOT
PERTAMA TADI. SAYA PASTI SEMUA DAPAT MENGENALI STRES LEPAS SLOT INI YE.
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
SLOT
KEDUA YANG AKAN MENYUSUL DENGAN
TAJUK STRESS VERSUS BURNOUT INI KAMI
DATANGKAN KHAS PENCERAMAH DARI HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU.
SEBELUM BERMULA, IZINKAN SAYA MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PENCERAMAH
KITA PADA HARI INI.
NAMA DIBERI ENCIK
MOHD YASIN BIN KAMIS
BELIAU MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN NEGERI
____________.
BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK)
_______________________________________________________
DI (UNVERSITI)_______________________________________
DAN KINI MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI (JAWATAN) PEGAWAI PSIKOLOGI DI HOSPITAL SULTANAH
AMINAH JOHOR BAHRU.
TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN ENCIK MOHD
YASIN BIN KAMIS UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.
|
||
REHAT
10.00 – 10.30 PAGI
|
HADIRIN YANG
DIHORMATI SEKALIAN.
MAJLIS
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN.
MOHD YASIN BIN KAMIS DIATAS SEGALA PENERANGAN DAN PENGETAHUAN BARU YANG
DIKONGSIKAN BERSAMA KITA SEBENTAR TADI.
MAJLIS DENGAN
SUKACITANYA MENJEMPUT (TUAN/PUAN) ______________________ ,
(JAWATAN)______________ UNTUK MENYAMPAIKAN CEDERAHATI KEPADA TUAN PENCERAMAH
KITA. MAJLIS SEKALI LAGI MENJEMPUT ENCIK MOHD YASIN BIN KAMIS KE ATAS PENTAS. MAJLIS
MEMPERSILAKAN.
PARA HADIRIN SEKALIAN.
BENGKEL BERHENTI SEKETIKA UNTUK MEMBERI PELUANG SEMUA
PESERTA KURSUS BEREHAT SEBENTAR. PIHAK PENGANJUR JUGA MEMOHON MAAF KERANA
SAJIAN TIDAK DISEDIAKAN PADA BENGKEL KITA HARI INI BAGI MENGHORMATI BULAN RAMADHAN
AL- MUBARAK.
PARA PESERTA
KURSUS DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI AUDITORIUM SRI PERDANA TEPAT JAM
11.00 PAGI BAGI MENERUSKAN SLOT KE-3. KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI.
|
||
SLOT
3: MEMBINA KETAHANAN DIRI (SELF
RESILIENCE)
|
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
BERTEMU KITA SEKALI LAGI UNTUK
MENERUSKAN SLOT KE 3 BENGKEL KITA DENGAN TAJUK MEMBINA KETAHANAN DIRI (SELF RESILIENCE). SAYA SERAHKAN SEMULA MAJLIS KEPADA PUAN HAJAH HAJI BON NISSA BINTI MD ABDUL
KADIR, PEGAWAI PSIKOLOGI KITA BAGI ACARA SETERUSNYA.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.
|
||
SLOT
4: MINDFULLNESS (MINDA KETARA SEDAR)
|
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADA PUAN HAJAH HAJIBON NISSA DENGAN
SLOT KETIGA SEBENTAR TADI.
BAIKLAH.PARA HADIRIN YANG DIKASIHI
SEKALIAN.
BENGKEL KITA DITERUSKAN LAGI
DENGAN PENGISIAN SLOT KE -4 PADA PAGI INI. SLOT KE 4 DENGAN TAJUK MINDFULLNESS ATAU MINDA KETARA SEDAR YANG
AKAN DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN KITA PADA PAGI INI.
SERBA SEDIKIT INFORMASI BELIAU.
NAMA DIBERI ENCIK
BACHAN SINGH
BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK)
_______________________________________________________
DI (UNVERSITI)_______________________________________
DAN KINI MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI PENSYARAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA UTM.
TANPA MEMBUANG MASA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN ENCIK BACHAN SINGH
UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.
CERAMAH………..
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
PENCERAMAH KITA EN BACHAN SINGH DIATAS PERKONGSIAN ILMU SEBENTAR TADI.
MAJLIS DENGAN SUKACINTANYA MENJEMPUT __________________ TIMBALAN
PENGARAH _________ UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA TUAN PENCERAMAH
KITA. DIJEMPUT SEKALI LAGI EN. BACHAN
SINGH KE ATAS PENTA UNTUK MENERIMA CENDERAHATI DARI PIHAK KOLEJKSKBJB.
|
||
SEBELUM
REHAT
|
PARA HADIRIN SEKALIAN.
BENGKEL KITA BERHENTI SEKALI LAGI UNTUK REHAT
TENGAHARI DAN SOLAT ZOHOR.
PESERTA KURSUS JUGA DIINGATKAN SUPAYA BERADA SEMULA DI
AUDITORIUM SRI PERDANA TEPAT JAM 2.00 PETANG UNTUK SLOT SETERUSNYA.
KERJASAMA DARI SEMUA PESERTA KURSUS AMATLAH
DIHARGAI. TERIMA KASIH
|
||
SELEPAS REHAT
SLOT
5:
NEURO LANGUAGE PROGRAMME (NLP)
DALAM MENANGANI STRESS
&
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
|
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
SELAMAT
PETANG DAN SALAM MUAFAKAT JOHOR.
ALHAMDULILLAH,
SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T, KERANA DENGAN IZINNYA, DAPAT
KITA BERKUMPUL SEKALI LAGI UNTUK MENERUSKAN BENGKEL KITA PADA PETANG
INI.
HADIRIN
SEKALIAN
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SLOT KE-5 BENGKEL DENGAN TAJUK NEURO LANGUAGE PROGRAMME (NLP) DALAM
MENANGANI STRES.
DENGAN INI SAYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PUAN
PENCERAMAH KITA DOKTOR RAHAYU BINTI M. YUSOF PEGAWAI PERUBATAN PEJABAT KESIHATAN KOTA
TINGGI UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU. MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.
CERAMAH...............
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA DOKTOR RAHAYU BINTI M. YUSOF DIATAS
PERKONGSIAN ILMU DI SLOT -5 KITA SEBENTAR TADI.
MAJLIS JUGA INGIN MENJEMPUT (PN/TUAN)______________________ (JAWATAN)________________ UNTUK
NAIK KE ATAS PENTAS BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH KITA PADA
PETANG INI. DIJEMPUT DOKTOR RAHAYU
UNTUK MENERIMA CENDERAHTI DARI PIHAK KOLEJ.
****TERIMA KASIH PUAN/TUAN.
|
||
SLOT
6:
PERKASAKAN EMOSI, MINDA DAN TUBUH
DENGAN HIPNOSIS DIRI
|
PARA HADIRIN SEKALIAN.
SEPERTI SEMUA SEDIA MAKLUM,
TINGGAL 1 LAGI SLOT KITA PADA PETANG INI. SLOT KE – 6 PADA PETANG INI DENGAN TAJUK PERKASAKAN EMOSI, MINDA DAN TUBUH
DENGAN HIPNOSIS DIRI PASTI DINANTI-NANTI. DENGAN INI, SAYA TERUS
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN TUAN PENCERAMAH KITA, ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN, SEORANG
PENSYARAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM UNTUK
BERKONGSI ILMU BAGI SLOT KALI INI.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.
|
||
PENUTUP:
|
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN
PENCERAMAH KITA ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN, DIATAS PERKONGSIAN ILMU YANG AMAT BERMAKNA BUAT PERSERTA
KURSUS SEMUANYA PADA PETANG INI.
MAJLIS JUGA INGIN MENJEMPUT (PN/TUAN)______________________ (JAWATAN)________________ UNTUK
NAIK KE ATAS PENTAS BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH KITA PADA
PETANG INI. DIJEMPUT ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN UNTUK MENERIMA CENDERAHTI DARI PIHAK KOLEJ.
TERIMA KASIH TUAN/ PUAN.***lepas bagi cenderahati*****
PARA HADIRIN SEKALIAN,
DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI SEBENTAR TADI MAKA BENGKEL : CONQUER STRESS ACHIEVE SUCCESS HAMPIR KEPADA PENGHUJUNGNYA.
SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA
& URUSETIA UNIT LATIHAN ANGGOTA KSKBJB MERAKAMKAN
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA BENGKEL DAN SEMUA PIHAK YANG
TERLIBAT DALAM MEMASTIKAN PENGANJURAN BENGKEL BERJALAN DENGAN JAYANYA PADA
HARI INI.
MOHON MAAF DARI SAYA SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA,
TERLANJUR BICARA SEPANJANG MENGENDALIKAN BENGKEL PADA HARI INI. SESUNGGUHNYA,
YANG TERBAIK ITU DATANGYA DARI ALLAH S.W.T. JUA DAN YANG KEKURANGAN ITU
ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI.
AKHIR
KATA,
SEKIAN.
WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH. WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.
MAJLIS
BERSURAI
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)