SKRIP
|
TURN
|
|
PENGUMUMAN
|
Mengumumkan ketibaan
Yang Diraikan Yang Berbahagia En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman & Pn.Hasnah binti Hashim diiringi dif-dif kehormat masuk ke Auditorium.
Semua hadirin diminta berdiri.
Hadirin dipersilakan
duduk.
|
FAIRUS
|
INTRO
|
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung
tempua
Salam sembah pembuka
bicara
Selamat datang untuk semua
Kami bawakan kepada anda
Majlis “Jasamu Dikenang Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Johor Bahru” sempena persaraan staf Kolej yang amat kita
hormati.
|
ENNA
|
KATA ALUAN
|
BismilLahir Rahmanir Rahi m
Assalamu `Alaikum W.B.T.
& Salam 1 Malaysia
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zulkifli bin Hj.
Mohd Tahir,
Pengarah Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Johor Bahru
Pn. Fauziah Bt Mokhti
Timbalan Pengarah Akademik,
Pn. Nabila Al-Muna binti
Mohd Nor
Timbalan Pengarah
Pengurusan
PN. Hj Rokiah binti Md
Yusuf
Timbalan Pengarah HEP
Yang Diraikan
EN. Vijeyakumaran A/L
Kanjiraman
Pemandu Kenderaan KSKBJB
Dan
Pn. Hasnah binti Hashim
Pembantu Operasi KSKBJB
Barisan Pengajar –pengajar
kskbjb
Staf-staf klinikal,
staf-staf sokongan dan warga kerja KSKBJB , hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.
|
FAIRUS
|
KATA ALUAN
|
Kami mewakili bahagian pengurusan , KELAB WARGA
KSKBJB & seluruh warga kolej mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga di atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis persaraan pada pagi ini.
Alhamdulillah, bersyukur
kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita sekali lagi
bersama-sama berkumpul di auditorium yg
megah nan indah ini bagi menemukan semula staf kolej untuk meraikan, bukan 1 tapi 2, warga kolej yang kami kasihi Beliau seperti yang kita ketahui adalah
Yang Diraikan
En. Vijeyakumaran A/L
Kanjiraman &
Pn. Hasnah binti Hashim,
Selamat datang kembali diucapkan kepada tuan & puan ke KSKBJB semula.
Sesungguhnya
majlis yang kita adakan ini, tidak mampu rasanya untuk membalas segala
keringat dan jasa yang diberikan oleh tuan puan terhadap kolej ini.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil
berlari
Kehadiran semua sangat
dihargai
Moga Majlis bertambah seri
|
ENNA
|
BACAAN DOA
|
Kalau pergi tanjung
keramat
Anak manis jangan diangkat
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis mendapat
berkat
Bagi menambah keberkatan
Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En. Zainal Abidin Bin
Abdul Rahman .
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
___________doa____________
Amin Amin Ya Rabbal
`Alamin
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Zainal Abidin bin
Abdul Rahman atas bacaan doa sebentar tadi.
|
FAIRUS
FAIRUS
|
KATA2 UCAPAN
AM
|
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Baktimu gemilang
Begitulah yang boleh kita
perkatakan atas segala keringat dan jasa
yang dilakukan oleh Tetamu Yang Diraikan sepanjang perkhidmatan beliau di kolej ini.
Hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian
Tiada kata secantik
bahasa, tiada lafaz semanis bicara yang bisa diungkapkan bagi menggambarkan
betapa besarnya pengorbanan serta jasa yang dicurahkan oleh tetamu yang
diraikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Tak begitu En. Fairus.
|
ENNA
|
Nyayian
by Sister Nor Aini
Diminta
unit ict bersedia
|
Betul tu Pn. Ina.
Para hadirin yang dikasihi
sekalian.
Tidak lengkap dan moleknya
majlis kita pada pagi ini tanpa menyaksikan persembahan daripada warga kolej
kita ini.
Marilah kita sama-sama
menikmati alunan lunak merdu suara seorang staf kita yang berbakat ni ina.
Majlis dengan sukacitanya
menjemput Sister. Noraini binti Ishak
untuk mempersembahkan sebuah yang bertajuk _________________ ditujukan
khas sempena Majlis Persaraan Jasamau Dikenang. Majlis mempersilakan.
|
FAIRUS
FAIRUS
|
Nyanyian
by En. Ngamin
Diminta
unit ict bersedia
|
Terima kasih diucapkan
kepada Sister Noraini kita ni. Sungguh hebat dan berbakat sungguh ye En.
Fairus. Lepas ni, mana tahu boleh ganti Shila Amzah ye tak.
Hadirin sekalian
Tak lengkap kalau kita
hanya dengar nyanyian dari wakil wanita KSKBJB sahaja. Apa kata kita
menjemput wakil dari staf lelaki idaman kskbjb pula untuk mendendangkan lagu, khas untuk kita semua yang bertuah yang
berada di Auditorium pada pagi ini.
Tanpa membuang masa lagi,
untuk persembahan seterusnya, persembahan yang amat kita nantikan dari Lelaki
IDaman Malaya , saya dengan sukacitanya menjemput En. Ngamin bin Satiman
untuk naik ke atas pentas dan menghiburkan kita dengan lagunya
________________________.
Majlis mempersilakan.
|
ENNA
|
SHOW
MULTIMEDIA & UCAPAN YG DIRAIKAN by unit ict + lagu sedih
|
Wah… Bukan main hebatnya
En. Ngamin kita ye tuan-tuan & puan-puan sekalian. Lepas ni, Anuar Zain pon tak boleh carik
makan. Majli mengucapakn terima kasih kepada En. Ngamin Bin Satiman diatas
kesudian beliau menghiburkan kita semua. Berikan tepukan gemuruh untuk beliau
sekali lagi.
Para hadirin sekalian.
Meneruskan acara seterusnya
, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang dihasilkan khas
untuk “Majlis Jasamu Dikenang Budimu Terbilang” sempena persaraan Yang Diraikan
En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman & Pn. Hasnah binti Hashim
---------------tayangan
slide------------
Itulah sebentar tadi dapat
kita saksikan persembahan multimedia mengenai serba sedikit tentang tetamu
yang diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman & Pn. Hasnah binti Hashim. Mudah-mudahan
ianya dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua
Tanpa membuang masa saya dengan
rasa bangganya menjemput insan berjasa
yang diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua
kata beliau.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
--------------------ucapan
--------------------
Majlis merakamkan
setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Vijeyakumaran A/L
Kanjiraman atas
ucapan itu tadi.
|
FAIRUS
|
Tuan Puan para hadirin
yang dikasihi sekalian
Tidak lengkap rasanya jika
kita tidak mendengar ucapan dan kata-kata dari seorang lagi tetamu yang kita
raikan pada pagi ini. Saya percaya ramai yang mempunyai kenangan yang
tersendiri dengan beliau ini.
Tanpa membuang masa saya dengan
rasa sukacitanya menjemput yang diraikan Puan Hasnah binti Hashim bagi
menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
-----------------Puan
Hasnah binti Hashim.---------------
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hasnah binti Hashim atas ucapan sebentar tadi.
|
ENNA
|
|
UCAPAN
PENGARAH
|
Puteri bongsu cantik
mejelis,
Dari kayangan turun ke
pekan,
Untuk menambahkan keserian
majlis,
Ucapan Tuan Pengarah kita dengarkan.
Seterusnya, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan & menjemput Yang Dikasihi, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj.Mohd
Tahir , pengarah KSKBJB untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dengan hormatnya majlis mempersilakan .
---------ucapan---------------
Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Tuan
Pengarah diatas kata-kata perangsang kepada bukan sahaja yang diraikan, tetapi kepada kita semua hendaknya. Diminta
tuan pengarah berada diatas pentas
untuk upacara penyampaian cenderamata kepada tetamu yang diraikan
|
FAIRUS
|
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA
|
Hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan
upacara penyampaian cenderahati.
Sebelum itu, Majlis
mempersilakan Pn. Fauziah bt mokhti naik ke atas pentas mengiringi tuan pengarah untuk memnyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada tetamu yang kita raikan
Dengan segala hormatnya
dipersilakan naik ke pantas untuk menerima cenderahati.
Dipersilakan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman naik ke atas
pentas untuk menerima cenderahati dari pihak kolej , para
hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN GEMURUH kepada beliau. En. Vijeyakumaran
diminta berada terus di atas pentas.
Setrusnya dijemput
~~~~~~~ Pn. HASNAH HASHIM, BERIKAN naik ke atas pentas
untuk menerima cenderahati dari pihak kolej , para hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN
GEMURUH kepada beliau . Pn. Hasnah Hashim diminta terus berada di atas
pentas.
|
ENNA
|
Diminta
unit ict pasang lagu ‘kenangan
terindah by Samson part yg korus jer…. & masa turun lagu Kau Pergi by Aizat.. (lg dr
Sharifah)
♫♫♫
|
Itulah tadi upacara
penyampaian cenderahati kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan. Majlis meminta kepada tuan pengarah untuk berada di atas
pentas bersama-sama tetamu yang diraikan untuk meneruskan acara seterusnya
iaitu acara memotong kek sebagai simbolik dan tanda perpisahan kita dan
kemuncak majlis kita pada pagi ini.
Hadirin yang dihormati
sekalian diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu “Kenangan Yang Terindah” dari sammson
sebagai tanda persahabatan yang kekal abadi.
♫♫♫♫♫-----pasang
lagu yang menyentuh perasaan----♫♫♫♫
Sampai
Habis potong kek .
Selesai
sudah majlis upacara simbolik memotong kek dari Tuan Pengarah & Tetamu
Yang diraikan . Tuan Pengarah dan tetamu diraikan dipersilakan untuk
mengambil tempat duduk semula.
Para
hadirin dipersilakan duduk.
|
Fairus
|
KATA AKHIR
|
Hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah
Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah
sampai di muara
Umpama berjalan telah
sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian,
kita telah pun berada di hujung acara
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam
jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
|
ENNA
|
PANTUN AKHIR
|
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah
sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang dirai
EN. VIJEYAKYUMARAN A/L
KANJIRAMAN &
PN. HASNAH HASHIM
kerana sudi untuk
bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan
agar tetamu Yang kita raikan bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
|
ENNA
|
Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Jasamu DIkenang” ini.
Pergi ke dusun memetik
kelapa
Kelapa muda si kelapa
barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua
kembali
Dikesempatan ini juga, kami
ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
Hadirin & hadirat yang
dihormati sekelian.
Majlis menjemput Tuan
Pengarah & tetamu yang diraikan beserta semua warga kolej untuk menjamu
selera di medan pelatih.
|
ENNA
|
|
PENUTUP
|
Sekian sahaja, salam
hormat, & Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
♫♫♫--------LAGU
SEDIH-------♫♫♫
|
FAIRUS &
ENNA
|
Monday, 11 August 2014
Skrip Emcee Majlis Persaraan Di tempat Kerjaku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment