Saja simpan.. untuk jangan hilang... Hanilas Hellas pernah kerja kat cni (KKJB)satu masa dulu sebelum ditukar kepada (KSKBJB) pada Jun 2010.
1936 Pembinaan Rumah Sakit Umum Johor Bahru Calon-Calon Jururawat Pelatih Diperolehi Melalui Kempen Dan Galakan Serta Kerjasama Guru Besar Sekolah – Sekolah Perempuan Disekitar Johor Bahru
27 Februari 1936 Skim Latihan Jururawat Pertama Di Malaya Diperkenalkan Di Negeri Johor Di Rumah Sakit Umum Johor Bahru Seiringan Dengan Pembinaan Rumah Sakit Umum Johor Bahru, Sebuah Sekolah Latihan Dan Asrama Jururawat Telah Dibina Di Kawasan Rumah Sakit.
1938 Latihan Jururawat Pertama Dimulakan Di Rumah Sakit Umum Johor Bahru Matron Miss Scott Sebagai Pengajar Jururawat Pertama Mengendalikan Latihan Jururawat Tersebut
1942 Perang Dunia II Meletus.Negara Diistiharkan Darurat Latihan Jururawat Tergendala
1946 Latihan Kejururawatan Diteruskan Semula Di Sekolah Latihan Jururawat , Rumah Sakit Umum Johor Bahru. Matron Miss Henderson Mengendalikan Latihan Jururawat Tersebut. Kerajaan British Malaya Memperkenalkan Program Baru Bagi Meningkatkan Taraf Perkhidmatan Dan Latihan Jururawat Setaraf Dengan Di England Dan Wales.
1947 Latihan Pembantu Hospital Dijalankan Bersama Dengan Latihan Jururawat
1948 Peperiksaan Kemasukan Ke Latihan Jururawat Diadakan Bagi Calon Yang Tidak Mempunyai Sijil Senior Cambridge
1951 Latihan Diseragamkan Diseluruh Malaya. Peperiksaan Akhir Jururawat Diiktiraf Sebagai Peperiksaan Jabatan Pertama Bagi Pembantu Hospital Dan Mereka Layak Berdaftar Dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Latihan Kebidanan (Bhg. II) dilaksanakan di Rumah Sakit Umum Johor Bahru. Sekolah dinamakan D.M.T.C.Domicilliary Midwife Training Centre yang mengendalikan wad bersalin kelas 3.
1952 Lembaga Jururawat , mewajibkan pendaftaran bagi semua Jururawat dan Bidan. Program Latihan Jururawat dijalankan selama 3 tahun 4 bulan dengan kaedah Sistem Blok – 4 blok . Latihan mengandungi 9 bulan sesi teori dikelas dan 2 tahun 7 bulan latihan klinikal
1956 Sebuah Komiti Pendidikan Jururawat ditubuhkan bagi menetapkan polisi latihan. Sekolah Latihan Jururawat Pulau Pinang telah dipilih untuk memusatkan latihan jururawat Sekolah Latihan Jururawat di Johor Bahru dan Kuala Lumpur ditutup sementara.
1959 Latihan kebidanan (Bahagian I) untuk Jururawat terlatih dilaksanakan di Hospital Besar Johor Bahru. Latihan dilaksanakan secara latihan sambil belajar. Kurikulum Latihan berdasarkan kepada “ Central Midwife Board ” United Kingdom. Latihan dikendalikan oleh Ketua Jururawat dan syarahan diberi oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi.
Februari 1960 Latihan disambung semula di Sekolah Jururawat, Rumah Sakit Johor Bahru 25 orang pelatih yang mengikuti latihan terdiri daripada 19 Jururawat Pelatih dan 6 Pembantu Hospital Pelatih
1960 Latihan Jururawat dengan rasmi di bawah kuasa Lembaga Jururawat Latihan Asas Jururawat Bersijil Pelatih sebagai Anggota Perkhidmatan Kesihatan Program latihan mengikut “ General Nursing Council ”
1964 Sebuah Sekolah Latihan Jururawat siap dibina. Upacara Pembukaan Rasmi Bangunan Ini Telah Disempurnakan Oleh: Inche Bahaman Bin Shamsudin, Menteri Kesihatan Malaysia Pada Sabtu 5 Hb. September 1964 Dan Dirancang Dan Dikelolakan Oleh Jabatan Kerja Raya Johor Kementerian Kerja Raya, Pos Dan Talikom
1964 Era Latihan diuruskan oleh Pengajar Jururawat .Latihan Jururawat di Johor Bahru dikendalikan oleh seorang Pengetua, 4 orang Pengajar Jururawat dan 8 orang “ Clinical Sister ”. Pengetua pertama di Sekolah Jururawat Hospital Johor Bahru ialah Encik M.S.Murthy.
1965 Asrama 4 tingkat untuk Pembantu Hospital Pelatih disiapkan bersebelahan Sekolah Latihan Jururawat * Perasmian bangunan dilaksanakan pada 15 Februari 1965 oleh Y.B. Inche Bahaman bin Samsudin , Menteri Kesihatan Malaysia.
1967 Asrama 6 tingkat untuk Jururawat Pelatih siap dibina pada 1967. Bangunan dirasmikan pada 19 Julai 1967 oleh Inche Bahaman bin Samsudin Menteri Kesihatan Malaysia.
1970 Asrama Jururawat Pelatih 3 tingkat siap dibina dan dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Lee Siok Yew, Menteri Kesihatan Malaysia pada 28 September 1972.
Latihan Kebidanan diambil alih oleh Pengajar Jururawat Kebidanan di Sekolah Kebidanan Hospital Besar Johor Bahru. Pengajar pertama untuk latihan ini ialah Cik Boey Swee Kam. Pengambilan pelatih ialah 2 kali setahun. Sistem Pembelajaran secara Blok.
1972 Perubahan dalam Pentadbiran Latihan Jururawat. Pelatih mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Status Pelatih sebagai Pelajar Latihan dipendekkan menjadi hanya 3 tahun saja 33 minggu teori dan 117 minggu latihan klinikal kaedah penilaiannya secara teori dan praktikal “ Crash Programme ” – pengambilan calon dalam bilangan besar - dilaksanakan bagi memenuhi keperluan negara.
1992 Taraf Latihan Jururawat dinaikkan dari Sijil ke Diploma. Sekolah Latihan Jururawat dinaiktaraf kepada Kolej Kejururawatan. Jururawat yang lulus sebelum 1992 diwajibkan mengikuti Kursus Peningkatan Kejururawatan selama 2 minggu di Kolej Kejururawatan.
1992 Logo dan Moto Kolej diperkenalkan. Bendera Kolej juga dikibarkan. Lagu Kolej berjudul “Malar Bakti” dicipta dan dinyanyikan.
1995 Kursus Peralihan Penolong Jururawat ke Jururawat dilaksanakan di KKJB Kaedah latihan secara Konvensional/ Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Kumpulan pertama pelatih seramai 27 orang pelatih.
1995 Kursus Pos Basik
1Julai 1995 KKJB mengendalikan kursus pos basik berikut:-
• Perawatan Psikiatri – 1 tahun
• Perawatan Rapi – 6 bulan
• Perawatan Koronari – 6 bulan
KKJB juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia pelatih kursus pos basik Perawatan Renal secara PJJ yang mengikuti latihamal di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Pengetua KKJB :
Mr. M.S. Murthy 1965 - 1972
Cik Dorothy Khoo S.K. 1972 - 1979
Pn. Asmarani Siddik 1979 - 1985
En. Abd Hadi Hj Hamid 1989 - 2000
Cik Rafiah bt Zakaria 2000 - 2005
Pn. Hjh. Rosnah Abd. Aziz 2005
Cik Mariah Bt Rejab 2005 - 2008
Cik Ong Lee Hwa 2008 – 2010
2010 Bertukar ke Kempas Johor Bahru dengan nama KSKBJB.
LATIHAN KEBIDANAN
Kolej Kejururawatan Johor Bahru adalah kolej pertama yang menjalankan latihan kejururawatan di Malaysia. Latihan pertama dimulakan pada tahun 1936 hingga 1942 secara on the job training di Hospital Besar Johor bahru. Pada tahun 1942 hingga tahun 1945 latihan dihentikan sementara akibat perang dunia kedua. Latihan diteruskan semula pada tahun 1946 hingga 1956 dimana jangkamasa sesuatu latihan mengambil masa 3 tahun 4 bulan. Pada masa yang sama latihan Bidan bahagian 2 yang mengambil masa 2 tahun setiap satu kursus juga dijalankan.
Pada tahun 1947 laithan Pembantu Perubatan pada mula dijalankan bersama-sama dengan latihan Jururawat dimana latihan dimana latihan ini diiktiraf oleh Lembaga Jururawatat Malaysia pada tahun 1956. Pada tahun 1971 latihan Pembantu Perubatan dipindahkan ke Seremban