Wednesday, 22 November 2017

Aktiviti Lawatan Bersama Persatuan PRK ILKKM Johor Bahru

Assalamualaikum W.B.T.
Pada 19  November 2017 yang lalu dapat mengikuti lawatan sambil belajar pelatih PRK ILKKMJB ke UTHM Johor. Terima Kasih unit Kaunseling & Kerjaya.
 Dihadapan Masjid Biru UTHM 

Skrip / Teks Emcee Majlis Penyampaian Sijil Yang Simple II


SALUTASI / VIP


ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SLM SEJAHTERA & SLM MUAFAKAT JHR
YANG DIHORMATI

·         PUAN NAEIN @ CRISPINA BINTI LOJIWIN, PENGARAH ILKKM JOHOR BAHRU,
·         PN. DAWINDAR KAUR , TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL PELATIH ILKMJB,
·         PUAN HJH HAJI BON NISSA PEGAWAI PSIKOLOGI ILKKMJB,
·         YANG DIHORMATI DOKTOR FAUZIA BINTI ABD MAJID, PAKAR PERUNDING KESIHATAN KELUARGA, KLINIK KESIHATAN KEMPAS,
·         WARGA KERJA ILKKM JOHOR BAHRU SERTA YANG DIRAIKAN PELATIH-PELATIH GRADUASI PROGRAM BERHENTI MEROKOK SEKALIAN.
UCAPAN ALUAN MC

ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,  KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL PADA PETANG INI.
           
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH DAN MENGALU-ALUKAN, KEHADIRAN TUAN-TUAN KE MAJLIS HARI GRADUASI KEJAYAAN  PELATIH BERHENTI MEROKOK PERINGKAT ILKKM JOHOR BAHRU.
BACAAN DOA

HADIRIN SEKALIAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS  KITA PADA PETANG INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH SAUDARA ___________________________ _________.
 MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

AMIN AMIN  YA RABAL ALAMIN

MAJLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA  SAUDARA ___________________________ _________ ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
UCAPAN PERTAMA

PERGI KE KOTA BELI SELASIH
SAYANG SI DARA BUAT HALWA
BERILAH KATA SIMPULAN KASIH
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA

SETERUSNYA, TIRAI UCAPAN DIBUKA.
 MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG DIKASIHI, PUAN HJH HAJI BON NISSA BINTI MD ABDUL KADIR  PEGAWAI PSIKOLOGI ILKKMJB YANG JUGA PENYELARAS KLINIK BERHENTI MEROKOK UNTUK MENYAMPAIKAN KATA-KATA ALUAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN .
---------UCAPAN---------------

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN  TERIMA KASIH KEPADA PUAN HJH HAJI BON NISSA BINTI MD ABDUL KADIR  ATAS KATA-KATA ALUAN SEBENTAR TADI.
UCAPAN KE-2

PARA HADIRIN SEKALIAN.

SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN & MENJEMPUT  YANG DIKASIHI, PN. NAIEN @ CRISPINA BINTI LOJIWIN PENGARAH ILKKM JOHOR BAHRU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
---------UCAPAN---------------
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN. NAIEN @ CRISPINA BINTI LOJIWIN ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
UCAPAN TETAMU

HADIRIN YANG DIKASIHI ALLAH SEKALIAN.

MAJLIS DITERUSKAN MENGIKUT TERTIB ACARA, DENGAN INI INGIN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN DR. FAUZIAH BINTI ABD MAJID, PAKAR PERUNDING KESIHATAN KELUARGA, KLINIK KESIHATAN KEMPAS UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
---------UCAPAN---------------
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN  TERIMA KASIH KEPADA DR. FAUZIAH BINTI ABD MAJID ATAS AMANAT & PESANAN SEBENTAR TADI.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

HADIRIN SEKALIAN

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN ACARA PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN. DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN NAEIN @ CRISPINA BINTI LOJIWIN PENGARAH ILKKM JOHOR BAHRU UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN.

DIJEMPUT  __________________________________V ANGGOTA KLINIK KEMPAS
DIJEMPUT ___________________________________ FASILITATOR KLINIK BERHENTI MEROKOK.

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN PUAN NAIEN @ CRISPINA MENYAMPAIAKN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PENERIMA SIJIL SEBENTAR TADI.

SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT DR. FAUZIAH BINTI ABD MAJID, PAKAR PERUNDING KESIHATAN KELUARGA, KLINIK KESIHATAN KEMPAS UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL KEPADA PELATIH ILKKM JOHOR BAHRU YANG TELAH BERJAYA BERHENTI MEROKOK MELALUI PROGRAM INI.

DIJEMPUT _____________________________ (WAKIL KUMPULAN 1)

DIJEMPUT _____________________________ (WAKIL KUMPULAN 2)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELATIH YANG BERJAYA. DAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA DR. FAUZIAH BINTI ABD MAJID, ATAS MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SEBENTAR TADI.
PENUTUP MAJLIS

HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN,
SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA &  URUSETIA MAJLIS GRADUASI PELATIH BERHENTI MEROKOK  MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELATIH YANG BERJAYA DENGAN PROGRAM INI.

TIDAK LUPA JUGA MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM  PEGANJURAN MAJLIS GRADUASI PELATIH BERHENTI MEROKOK PADA HARI INI.

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA
ANAK DUSUN PASANG PELITA
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA

MOHON MAAF DARI SAYA SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA, TERLANJUR BICARA SEPANJANG MENGENDALIKAN MAJLIS GRADUASI KEJAYAAN PELATIH BERHENTI MEROKOK SEBENTAR TADI. SESUNGGUHNYA, YANG TERBAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH S.W.T. YANG KEKURANGAN ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI.

AKHIR KATA SEKIAN, WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH. WSALAMUALIKUM W.B,.T.

TERIMA KASIH.

DIJEMPUT PN. HAJAH HJ BON NISSA BINTI MD ABDUL KADIR MENGIRINGI PUAN NAIEN @ CRIPINA BINTI LOJIWIN, DR. FAUZIAH BINTI ABD MAJID DAN WARGA KERJA UNTUK MINUM PETANG DI MEDAN PELATIH.

PARA PELATIH BOLEH BERSURAI.

Tuesday, 14 November 2017

Cubaan buat Coffee-Table Book

Walaupun baru buat draff jer Coffee table Book untuk tempat kerja.... memamng sakit kepala selama setahun yang lepas... kita bukan pandai sangat... IT... siap ler juga.... lepastu... hantar printing sekali ade lah orang nak design... lega.... ni yang raw yer... yang da siap nanti kita tunggu awal tahun depan 2018 sempena Majlis Persaraan Pengarah kini ler.. hasil idea kreatif dier... dengan idea Pengarah kreatif ni, maka buku tu terhasil yang dapat memuatkan semua coretan kskbjb mulai tahun 2010-2016. lepas ni KSKBJB akan bertukar nama sebagai ILKKMJB. kenangan... Sandarkan pada kenangan... Mana tahu, tahun 2018 kena transfer, mintak pindah.... dapat.. Alhamdulillah... kenangan.....Seribu kenangan di KSKBJB... yang baik ingat... yang sedih... dilupakan..

 
 KENANGAN COVER MUKA DEPAN  DAN JUGA IMPRINT DARIKU YANG X PRO... HEHEHEHEH

Simple Je


harini, kak nissa... mintak tolong buatkan satu benda... macam ni ler... plat kata-kata nak letak kat plat ke plak ker... untuk cenderahati.... semoga dier suka... Aaminn...

Selalu fikir... senangkan orang lain.. mana tahu satu hari... atau hari-hari susah kita Allah datangkan pula sesorang untuk menolong kita. mana tahukan.... Wallahuallam...