Thursday, 8 February 2018

Skrip Perhimpunan Bulanan Staf ILKKM Johor Bahru

Bulan Februari ni dilamar jadi MC bersama-sama seorang lagi rakan sekerja. 
So... simple & nice jer skrip yang telah diubah suai mengikut tertib acara perhimpunan bulanan staf yang baru..

♥♥♥

Kata Aluan

Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mode senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Mengumukan ketibaan dif-dif kehormat ke dalam Auditorium Sri Perdana
Para hadirin diminta berdiri.

Nyanyian Lagu

Memulakan perhimpunan rasmi kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama berdiri dan menyanyikan lagu kebangsaan kita iaitu:

1.    LAGU NEGARAKU
2.    LAGU BANGSA JOHOR
3.    LAGU MUAFAKAT JOHOR
4.    LAGU KAMI SEDIA MEMBANTU &
5.    LAGU SUKU-SUKU SEPARUH

Dengan penuh bersemangat.

IKRAR
Para hadirin diminta terus berdiri bagi bacaan ikrar penjawat awam yang akan diketuai oleh  En. Herman bin Mohamed dari Unit kewangan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Herman bin Mohamed atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.

Tuan/Puan Dif-dif kehormat serta para hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Vip/
Assalamualaikum W.B. T.
Salam Sejahtera , Salam Muafakat Johor &  Salam 1 ILKKM Johor Bahru…

Yang Berusaha
Pn. Naien @ Crispina binti Lojiwin
Pengarah ILKKM Johor Bahru

Pn. Chin Wan King
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Dawindar Kaur
Timbalan Pengarah HEP

Pn. Nabilah Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan

Barisan Ketua-Ketua Program, Ketua-ketua Teras, Ketua-ketua Unit ,
Pengajar –Pengajar , Staf-Staf Klinikal, Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja ILKKM Johor Bahru , Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian.

Bacaan Doa
Bersyukur Kita Pada Pagi Yang Mulia Ini, Kita Semua Dapat Bersama – Sama menghadirkan diri di  Majlis Perhimpunan Pada Hari Ini.

Warga ILKKM Johor Bahru Sekalian,

Bagi Menambah Keberkatan Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En.  Mohd Hashim bin Rahman dari Unit Kejuruteraan.   Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.  

Amin Amin Ya Rabibil Alamin.

Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada  En.  Mohd Hashim bin Rahman Di  Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi..
Ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pn. Nabilah)
Seterusnya, mengikut tertib acara, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput  Yang Dikasihi, Pn. Nabilah Al Muna binti Mohd Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan  ILKKM Johor Bahru  Untuk Menyampaikan ucapan dan amanat. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------

Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Puan Nabilah Al Muna binti Mohd Nor  atas Amanat & pesanan sebentar tadi.
Ucapan Pengarah
Seterusnya, Majlis Dengan penuh takzimnya Mempersilakan
Yang Dikasihi, Pn. Naien @ Crispina binti Lojiwin, Pengarah ILKKM Johor Bahru Untuk Menyampaikan Ucapan dan Amanat Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Puan Pengarah atas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb ILKKM Johor Bahru Yang Dikasihi Sekalian.
Hal-hal lain

Para hadirin sekalian.
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah.

Justeru itu majlis dengan sukacitanya menjemput _____________ bagi mengiringi Pn. Pengarah Pn. Naien @ Cripina binti Lojiwin untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

-----ikut senarai-----

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada PN. Naien @ Crispina atas acdara penyampaian hadiah sebentar tadi.
Penutup
Para hadirin sekalian. Kini Kita Telah Sampai Ke Penghujung Majlis Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini. Akhir kata selamat berjumpa  Lagi Pada Perhimpunan Akan Datang .
Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah... Wassalamualaikum W.B.T

Majlis Bersurai