BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM….
ASSALAMU `ALAIKUM W.B.T.
& SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERPISAHAN PUAN
NURUL FARHAH BINTI DALAIIL PADA
PAGI INI
YANG DIHORMATI
·
DR. AFTAS TPSA PSA
·
EN. JASNI KETUA JPPF
·
DR. AINUL KETUA UNIT
·
PUSTAKAWAN KANAN PSA
YANG DIRAIKAN
PUAN NURUL FARHAH BINTI DALAIIL
DAN STAF- STAF PERPUSTAKAAN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN
SAYA DIANA DEWI PELAJAR
LI UITM REMBAU SEBAGAI MC PADA HARI INI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG
TIDAK TERHINGGA DI ATAS KEDATANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.
ALHAMDULILLAH,
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH RAHMATNYA DAPAT KITA
SEKALI LAGI BERSAMA-SAMA BERKUMPUL PADA
HARI INI BAGI MERAIKAN, PUAN NURUL FARHAH BINTI DALAIIL YANG KAMI
KASIHI, UNTUK MAKLUMAN SEMUA BELIAU SEPERTI YANG KITA TAHU AKAN BERPINDAH KE
HOSPITAL SERDANG PETALING JAYA BERKUATKUASA PADA ISNIN 6 DISEMBER 2021 ATAS
ARAHAN PERTUKARAN PIHAK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.
MAJLIS JUGA MENGALUKAN EN. MUHAMMAD AFIQ FAISAL BIN MOHD ILIAS PENOLONG PEGAWAI
PERPUSTAKAAN LANTIKAN BARU DARI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA KE PSA. SELAMAT
DATANG EN. AFIQ.
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN
MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH
TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN OLEH EN. MUHAMMAD
AFIQ FAISAL BIN MOHD ILIAS
MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
******************
DOA *******************
AMIN AMIN YA RABBAL
`ALAMIN
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA EN. MUHAMMAD AFIQ FAISAL BIN MOHD ILIAS
DI ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
PARA HADIRIN YANG
DIKASIHI SEKALIAN
TANPA MEMBUANG MASA SAYA DENGAN SUKACITANYA
MENJEMPUT DR. AFTAS TPSA PSA BAGI
MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA.
MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DR. AFTAS ATAS UCAPAN RINGKAS SEBENTAR TADI.
SETERUSNYA MAJLIS INIGN
MENJEMPUT EN. JASNI KETUA JPPF UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA.
MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH EN. JASNI KETUA JPPF ATAS UCAPAN RINGKAS SEBENTAR
TADI.
PARA HADIRIN SEKALIAN.
SETERUSNYA, MAJLIS
MENJEMPUT PULA YANG DIRAIKAN PUAN NURUL
FARHAH BINTI DALAIIL BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SERTA SEPATAH DUA
KATA BELIAU.
MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
******************
UCAPAN. *********************
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA
KASIH KEPADA PUAN NURUL FARHAH BINTI
DALAIIL ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
HADIRIN DAN HADIRAT YANG
DIHORMATI SEKALIAN
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN
UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA YANG DIRAIKAN PADA HARI INI.
SEBELUM ITU, MAJLIS
MEMPERSILAKAN DR. AFTAS TPSA PSA DAN DIDIRINGI OLEH DR. AINUL UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI
KENANG-KENANGAN KEPADA PUAN NURUL FARHAH
BINTI DALAIIL
DENGAN
SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN PUAN NURUL FARHAH BINTI DALAIIL KEHADAPAN UNTUK MENERIMA CENDERAHATI
PARA HADIRIN SEKALIAN,
KITA TELAH PUN BERADA DI HUJUNG ACARA
DENGAN ITU, BERAKHIRLAH
SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.
MAJLIS JUGA INGIN
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KERANA BERSAMA-SAMA MERAIKAN
MAJLIS PERPISAHAN PADA HARI INI. HADIRIN & HADIRAT YANG DIHORMATI SEKELIAN.
MAJLIS MENJEMPUT TETAMU
YANG DIRAIKAN BESERTA SEMUA YANG HADIR DI SINI UNTUK MENJAMU SELERA. SEBELUM
ITU, DIMINTA SEKALI LAGI EN. MUHAMMAD AFIQ FAISAL BIN MOHD ILIAS UNTUK
MEMBACAKAN DOA MAKAN.
BACA DOA
AAMIN…
SEKIAN SAHAJA, SALAM
HORMAT, & WA BILLAHIT TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMU `ALAIKUM WA
RAHMATULLAHI WA BARAKATUH.
JEMPUT SEMUA UNTUK MENJAMU
SELERA