Thursday 9 June 2011

Diet Rasulullah

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
JancCN !on:aKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN
* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
o Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan antara lain:
o Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
o Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
o Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
o Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

MUSIM CINTA SUDAH BERLALU.

Bila cinta semakin terungkai.......
Fikir dan renung renungkanlah.....mungkin ia sangat membantu ....

Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang mengirim pesanan ringkas berisikan kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu. Mungkin hanya sepatah OK, "ya" atau "tidak" sahaja yang tertera di layar telefon bimbit.
Apakah dia sudah jemu? Atau cintanya sudah berkurang? Begitulah detik hati si isteri. Kadang-kadang suami sudah semakin mahal dengan senyuman.
Kata-katanya boleh dikira. Sudah banyak diam. Pujuk rayu? Ah, jauh sekali.

Memang begitulah resmi lelaki, semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan. Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan. Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan. Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh. Jika tidak pandai mengawal hati, mengurus emosi...semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi.
Namun, saya sedar apa yang saya tulis ini kemungkinan akan dicebikkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta. Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS (kekadang sampai mencecah 100 kali sehari!) atau "bergayut" berjam-jam lamanya di gagang telefon boleh menjadi beku dan kaku seperti itu. Tidak mungkin "kami" ataupun aku jadi begitu. Mungkin itulah yang berbunga di hati kini. Tetapi nanti dulu, pesan saya cinta itu pasti diuji.

Image removed by sender.Seorang sahabat saya secara bergurau menjelaskan betapa mulut seorang wanita semakin becok apabila berumah tangga, sebaliknya mulut seorang lelaki menjadi semakin terkunci bila bergelar suami. Mengapa? Menurutnya lagi, isteri yang mula diasak oleh kesibukan tugas sebagai suri rumah (lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ibu), akan banyak bercakap, mengarah, menegur itu dan ini. Jika tidak dikawal, seorang isteri boleh bertukar daripada seorang wanita penyengap menjadi peleter yang tidak pernah rehat.

Manakala suami yang dahulunya begitu besar ketawa dan lebar senyumnya, perlahan-lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam. Kesukaran tugas dan beban tanggung-jawab menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Ya, potensi lelaki menjadi "ahli falsafah" semakin menyerlah apabila menjadi seorang suami apatah lagi menjadi seorang ayah!

Rupa-rupanya ketawa yang lebar dahulu bukan kerana benar-benar gembira tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan. Begitu juga yang senyap dahulu bukan kerana benar-benar pemalu tetapi kerana belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan. Hakikatnya, lelaki dan wanita sama-sama teruji di dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan sebuah rumah tangga.

Musim cinta sudah berlaku. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati.

Benarlah kata hukama, perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.

Apa maksud tanggung jawab? Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita "tanggung" di dunia, "disoal" di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak. Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab. Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia
tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.

Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk (dalam konteks ini antara suami dengan isteri), Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan keredaan-Nya. Bukan cinta isteri atau
cinta suami yang menjadi matlamatnya, tetapi itu hanya alat. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat. Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah. Bila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.

Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggung jawab. Gabungan keduanya yang melahirkan rumah tangga yang bahagia. Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggung jawab, lambat laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggung jawab tetapi tidak ada rasa cinta, maka hilanglah seri dan kemanisan sebuah rumah tangga... umpama hidup segan, mati tak mahu.

Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggung jawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambing atau seakan-akan mula meminggir, tetapi rasa tanggung jawablah yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Begitulah kekuatan satu tanggung jawab, yang mampu bertahan
ketika cuaca rumah tangga tenang ataupun bergelombang.

Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga ialah terserlahnya warna
sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba. Dan jangan terkejut jika kita
dapati dia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali. Hairan
melihat perubahannya? Jangan, kerana dia pun hairan juga melihat
perubahan kita.

Hakikatnya, kita dan dia sama-sama berubah. Warna sebenar (true
colours) yang menurut pakar-pakar psikologi hanya akan muncul apabila
mencecah lima tahun usia perkahwinan.

Justeru, jangan sekali-kali kita merasakan sudah kenal dengan pasangan
kita walaupun telah lama hidup bersama sebagai suami isteri. Proses
perkenalan antara sesama pasangan mestilah diusahakan dan diteruskan secara
konsisten.

Ini adalah satu langkah ke arah pengukuhan cinta dalam rumah tangga.
Bukankah tak kenal maka tak cinta? Jadi, apabila cinta tergugat, itu
adalah petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Teruskanlah berkenalan dengan pasangan anda
dengan cara bertanya, berkongsi, meluahkan dan meminta pandangan. Jangan
sekali-kali menggunakan "fail lama" untuk mencipta keserasian baru.
Terimalah hakikat bahawa kesukaan, minat, hobi dan kecenderungan
pasangan kita berubah. Warna yang terang kesukaannya dahulu mungkin bertukar
menjadi warna redup seiring pertambahan usianya kini. Mungkin corak seleranya
juga turut berubah bersama penyakit fizikalnya yang mula singgah.
Begitu jugalah dengan apa yang gemar ditonton, didengar, dilihat dan dirasainya.
Mungkin jauh berbeza daripada saat mula-mula kahwin dahulu.

Membina cinta ketika tarikan fizikal dan keinginan seksual sudah menurun
memerlukan keikhlasan. Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali
kepada iman? Ertinya, kembali kepada Allah. Percayalah keadaan yang
serba-serbi tak kena, hilang tumpuan, kurang selera makan, tidak ada "mood"
untuk bercerita dan berbicara adalah bukti terhakisnya ketenangan dalam
hati.
Dan itu semua adalah berpunca darinya lalai dan alpanya hati daripada zikirullah (mengingati Allah).

Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." Ar Ra'd:28

Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggung-jawab.
Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumah tangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah. Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah... dan terus tersenyum di hadapan suaminya
justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah. Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.

Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah "pohon" tanggung jawab.
Insya-Allah, musim cinta akan kembali dan ketenangan dan kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!

Tip untuk bertanggung jawab:

* Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
* Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
* Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
* Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
* Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
* Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
* Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati... itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.

♥♥♥A Beautiful Hadith ♥♥♥ Hadis yang Menarik♥♥♥

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya... Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati..



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:



'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Wednesday 8 June 2011

SELAWAT....NABI....

Assalamualaikum warahmatullah,

Dari anak kecil hingga yang dewasa, sebagai seorang muslim kita pasti tahu bagaimana untuk berselawat. Jika dahulu sewaktu kecil apabila sakit atau berada dalam ketakutan, orang tua biasanya akan menyuruh kita berselawat sebanyak mungkin.

Kita sebenarnya sudah lama didedahkan dengan selawat dan telah banyak kali juga diberitahu akan kelebihan selawat, namun tidak ramai yang memahaminya kerana tiada rasa dalam berselawat. Ada kemungkinan, ketiadaan rasa ini terbit dari tiada rasa cinta yang mendalam terhadap baginda Rasulullah SAW.

Dahulu semasa kecil, mak dan ayah selalu berpesan, “Kamu kalau berdoa jangan sekali-kali lupa berselawat. Nanti doa tak sampai.” Begitu juga mak selalu pesan, “Minum air ini, jangan lupa selawat 3 kali.”

Zaman dahulu, kebiasaannya, anak-anak hanya mendengar dan jarang benar bertanya itu ini. Ini mungkin kerana rasa takut atau hormat kepada mak dan ayah yang akan membuatkan anak-anak patuh setiap tutur kata tanpa banyak persoalan. Jauh bezanya dengan anak-anak zaman PS2 yang serba maju hari ini, mereka lebih kritikal dalam berfikir. Mereka lebih sukakan penjelasan logik yang dapat diterima oleh akal mereka.

Kita sebagai ibu bapa harus mempunyai ilmu dalam menyampaikan hal-hal kebaikan. Ini tidak bermaksud kita tidak boleh menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan agama. Maksudnya, kita perlu mempunyai teknik penyampaian yang betul, sesuai dengan keadaan hari ini. Tentu kita juga tidak mahu dikatakan mengajar anak-anak tetapi kita sendiri tidak memahami apa yang kita ajarkan.

Selawat boleh jadi salah satu perkara yang kian dipinggirkan dalam kehidupan hari ini. Mungkin tidak bagi golongan yang berpendidikan agama, namun, tidak mustahil jika mereka juga mula meminggirkannya kerana banyak ilmu teori dari praktikal.

Apakah amalan kita sehari-hari, selain daripada amalan wajib? Tidak ramai yang dapat meluangkan masa untuk mengerjakan solat sunat pada waktu siang hari akibat kekangan masa, kecuali bertahajud pada malam hari. Sebenarnya, keperluan banyaknya amalan tidak begitu penting tetapi yang paling penting adalah sesuatu yang dibuat atau amal itu biarlah berterusan walaupun sedikit. Berselawat juga merupakan amalan yang tidak rugi kita amalkan bila-bila masa, di mana saja... (NB: ….kecuali dalam toiletlah, ya...)

Selawat begitu penting dalam kehidupan kita. Mengapa dikatakan penting? Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.” (Surah al-Ahzab 33:56)

Umat Muhammad SAW sepatutnya tidak memandang remeh akan kepentingan ber kerana Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memperlihatkan betapa kasih dan sayang-Nya kepada Rasulullah SAW dengan berselawat kepadanya sebagai pujian-Nya dan memuliakan serta mengutamakan Rasulullah SAW di hadapan para malaikat-Nya. Para malaikat juga turut melahirkan keutamaan ke atas Rasulullah SAW dengan mendoakan, mengucap selawat dan memohon keampunan baginya.

Kaum Muslimin sebagai umat Nabi SAW berkewajipan melahirkan rasa kasih, pujian, sanjungan dan penghormatan yang tinggi kepada baginda, kerana kedudukan dan kemuliannya melebihi para Nabi dan Rasul dengan memperbanyakkan ucapan selawat dan salam sebagai memperkuatkan iman serta berpegang teguh kepada sunnah dan mengamalkan segala ajarannya sebagai pedoman hidup.

Dengan membaca selawat kepada Rasulullah SAW, setiap doa dan amalan-amalan yang lain akan diterima oleh Allah. Justeru itu selawat memainkan peranan penting dalam segala amalan hidup kerana ianya dapat mempengaruhi keberkatan dalam hidup manusia yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Lihatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ad-Dailami yang bermaksud, “Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat ke atas Nabi SAW.” (Hadis riwayat ad-Dailami)

Kita tentu tidak mahu penat-penat berdoa berjela-jela, tetapi tunggu-punya-tunggu, tidak juga dimakbulkan Allah SWT. Kenalah semak balik adab berdoa, sama ada cara kita betul ataupun salah.

Seterusnya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak duduk satu kaum dalam satu majlis, dan mereka tidak berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi mereka (Nabi Muhammad SAW) melainkan penyesalan akan menimpa mereka.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

Demi cinta pada Rasulullah SAW

Hari ini sudah ramai pemandu menggunakan GPS dalam pemanduan supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju tanpa perlu menempuhi jalan sesat. Jika dahulu kita memandu tanpa GPS, kita mungkin tersesat jalan, menemui jalan mati dan menghabiskan banyak masa di atas jalanraya serta terpaksa berhenti beberapa kali untuk bertanyakan arah. Kini dengan adanya GPS, pemanduan kita menjadi lebih mudah, lebih efisien, lebih cepat dan produktiviti meningkat apabila cepat sampai ke destinasi yang dituju. Ini bukanlah satu promosi GPS, tetapi satu analog keperluan selawat.

Hebatnya berselawat boleh ditamsilkan sebagai GPS hidup tetapi ianya juga sebagai penghapus dosa yang amat mudah seperti yang diriwayatkan oleh ad-Dailami, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang siapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis riwayat ad-Dailami)

Inilah lagi satu rahsia kenapa selawat itu penting dalam kehidupan kita. Berdasarkan hadis di atas, seandainya kita ingin mencintai baginda Rasulullah SAW, kita perlu mengikut apa yang dikatakannya dan apabila kita melihat pula bukti kebaikan dari perbuatan yang Baginda sarankan, maka kasih sayang kita kepadanya akan lebih bertambah dari hari ke hari hingga terasa satu perasaan yang dalam ketika menyebut namanya.

Mulai hari ini, cubalah kita meletakkan satu peringatan untuk berselawat di telefon bimbit setiap satu jam, terutamanya sewaktu bangun tidur dan sebelum tidur. Jangan ditanya berapa kali kita perlu berselawat, sebaik-baiknya janganlah diperhitungkan berapa banyak kita harus berselawat sebaliknya hitunglah berapa ikhlas kita berselawat.

Jika nombor menjadi objektif, hilang rasa ‘nikmat’ dan timbullah tension sengsara kerana terkejar-kejar hendak mencukupkan angka. Biar sekali asalkan ada rasa ikhlas, biar sekali asalkan datangnya dari jiwa kerana ini akan membuatkan kita lebih dekat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud, “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah) dan dalam hadis yang lain pula disebut, “Barangsiapa berselawat untukku di pagi hari sepuluh kali dan di petang hari sepuluh kali, mendapatlah ia syafa’atku pada hari kiamat.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Setiap hari tanpa sedar, kita akan mengalami tekanan, sama ada kecil mahupun besar dan kita perlukan penurunan gelombang otak yang stres dengan kadar segera. Bagaimana caranya? Selepas membaca entry ini, mulai hari ini, marilah kita mengamalkan selawat dan mari juga kita mulakan berselawat setiap kali kita hendak minum. Minumlah apa saja yang berkenan di tekak, asalkan tidak melanggar syarak, baik air limau, air bandung, air tebu, air soya, air cincau, teh tarik, nescafe tarik atau apa saja, tidak semestinya seperti fahaman selalu yang memerlukan air kosong.

Berselawatlah kerana baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu.” (Hadis riwayat Ibn Murdaweh) dan sabda baginda lagi yang bermaksud, “Manusia yang paling utama terhadap diriku pada hari qiamat, ialah manusia yang paling banyak bershalawat untukku.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Renung-renungkan dan mari beramal!

Rujukan asal kompilasi : Mudahnya hidup dengan selawat ~ Dr Azhar Sarip, MW#1384 dan blog.its.ac.id

Capaian entry berkaitan :
• Kelebihan selawat
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

MAMA.....

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat
itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang
curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang
penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta
itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang
kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu
untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang
pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. " Redha "Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

Tuesday 29 March 2011

Kedamaian...





kU cAri dAMAi di hAti...

TIAP kETIKA...Ada SaaTNye... SUke Gembira... Pilu BErdukA....
SemACaM AsaM GaraM DaLAm KeHiduPan Kita...
Yang KAdANGkaLA Tanpa DIMinta... MengHUni Di SanuBAri...
MenYUsup DI SetIAp LIang ROnggA KeHIduPAN...

KeDAmiaN yaNg DiImPikan PerlU DIcari...
AgaR SegaLA KeSuliTAn Hidup DAPAt DIjalaNI DenGAn TAbah...
SetiaP yang BerLaku MesTI Ader HIkMahnyer...

Allah Maha MenyaYangi SeTiap HambaNya...

Kamu Sembahyang Lima Waktu Tetapi....

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya
kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu
padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang
memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu ,
membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum puas ,
kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu ,
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak
tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu ,
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di
sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan
wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada
fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu
hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu
raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu
sesuatu musibah itu datang daripada Allah.
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun
menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal
ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".

KeberhUTAnGAn...

Menurut sebuah hadis yang di riwayatkan oleh al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Muaz r.a pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnye kepada seorang Yahudi, Nabi s.a.w. lantas mengajarnye membaca ayat ini.

Maksudnya: "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yg Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemeintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki . Engkaulah juga yangmemuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya."
(Surah Ali-'Imran ayat 26-27)

Khasiat dan Kaifiat Beramal.
Amalkan membaca ayat ini sebelum tidur.Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.Di samping berdoa kita juga di suruh berusaha dengan apa cara sekalipun baik segi fizikal atau mental.Baik cara yang mudah atau pun susah.Berusaha la dengan yakin tapi jangan mengharap rezeki jatuh ke langit.