Tuesday, 25 July 2017

Monday, 17 July 2017

Harini Kita Berduka, Esok Kita Gembira

(Gambar sekadar hiasan kegembiraan ketika Majlis Konvokesyen)

Orang dulu-dulu selalu pesan, jangan gembira sangat nanti berduka. Hehe... Ada masanya kita rasa sangat sedih, orang cakap DOWN sangatlah. Tapi tanpa kita sedari, hidup ini mudah jika kita mengikut landasan Agama Islam yang telah diasyariatkan. Sebenarnya hidup ini ada 3 hari sahaja. SEMALAM, HARI INI dan ESOK. Sedih semalam akan terubat pada hari ini dan esok. Gembira semalam semoga berkekalan hari ini hingga esok. InsyaAllah TIME WILL HEAL. Masa akan mengubati. Biar masa yang akan menentukan. Semoga kita dilimpakan rezki didunia dan rahmat berlipatkali ganda di Akhirat yang kekal abadi kelak.♥♥♥


Sabar

Menarik qoutes ni....
Sebenarnya... dimana-mana tempat sama sahaja... Seorang teman pernah membuat kenyataan macam tu... Semua tempat ada cabaran dan rintangan masing-masing. Setiap tempat kerja mesti ada macam-macam perangai manusia yang menguji kesabaran seseorang. Tidak semestinya seseorang itu meluahkan apa yang dirasa dikatakan emosional atau EMO(perkataan orang sekarang), tapi sebenarnya dia sudah lama bersabar. Walaubagaimanapun sabarlah selagi boleh.

Semoga terus istiqamah dalam bersabar dengan karenah manusia dan kehidupan. Ada juga kawan menyatakan tempat kerjanya memang terbaik tetapi orang nya pula. Nak tak nak kita bekerja dengan manusia, kenalah hadap semua tu. Kalau kerja dengan mesin, lainlah pula cara nak handle nye.

Akhir kalam, semoga kita bersabar dan menjalankan amanah sebaiknya kerana KERJA ADALAH IBADAH. Anggaplah seperti ibadah solat ke, puasa ke, yang membantu kita menjadi insan yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T. bukan pada pandangan manusia. InsyaAllah... Aamin...♥♥♥

Pengarah KSKB Johor Bahru

Kolej Sains kesihatan Bersekutu Johor Bahru mula beroperasi pada Jn 2010 dengan gabungan 2 kolej menjadi satu iaitu Kolej Kejururawatan Johor Bahru dan Kolej Radiografi Johor Bahru yang sebelum ini terletak di kawasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru...

Wah... banyak betul Johor Bahru nyer ni...

Untuk simpanan dan peringatan....
 
Pengarah Pertama KSKBJB
Allahyarham Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Mohd Tahir
Jun 2010 - Jan 2014

Pengarah Kedua KSKBJB
Puan Zaleha binti Abu Bakar
Jan 2014 - Jan 2017

Pengarah terkini
Puan Naien @ Crispina binti Lojiwin
Feb 2017 - kini

Semoga KSKB Johor Bahru terus mantap dan sukses...

Bulat air kerana pembentung....
        Bulat manusia kerana muafakat...

Salam Muafakat Johor

Monday, 10 July 2017

Syawal, Keriangan & Air Mata

Sesuci Aidilfitri 2017
Dengan niat yang ikhlas dari hati ingin memohon ampun dan maaf...
Akhirnya niat tinggal niat...
Tidak dapat dizahirkan...

Hanya masa penentu segalanya.

Thursday, 25 May 2017

Salam Ramadhan

Ramadhan bakal menjelang lagi 2 hari lagi ni...
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap, terlanjur kata, terguris hati tanpa menyedari atau sengaja...
Semoga semua kita dilindungi & dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari ALLAh S.W.T.
Aaaminnn....♥♥♥

Tuesday, 23 May 2017

TEKS PENGACARAAN MAJLIS AADK

InsyaAllah kalau jadi minggu depan majlis nye... Stat 2 Ramadhan.. Alhamdulillah... So try cut & paste untuk student nanti jadi MC... Gud Luck yer... Salam Ramadhan...

So Sya'aban da nak ke penghujungnye.... Semoga kita semua berada didalam rahmat-Nya...
Saya sayang Allah Sgt.... hihihihi....♥♥♥

ARAHAN UMUM
MOHON PERHATIAN.
MAJLIS AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI. DIHARAPKAN HADIRIN DAPAT MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING.

UNTUK MEMASTIKAN PERJALANAN MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR, MOHON PARA HADIRIN SEKALIAN DAPAT MEMATIKAN TELEFON BIMBIT ATAU MENUKARKANNYA DALAM MOD SENYAP SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG AGAR TIDAK MENGGANGGU PERJALANAN MAJLIS.KERJASAMA HADIRIN SEKALIAN AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH.
KATA ALUAN






 doa terang hati

APABILA SEMUA TELAH BERI PERHATIAN
/ SALUTASI VIP & PENCERAMAH JEMPUTAN
SI DARA MANIS  MEMETIK NANGKA
RASANYA ENAK  SEDAP DIMAKAN
WAKIL AADK  TELAHPUN TIBA
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN

YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI
PENCERAMAH JEMPUTAN YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI  EN.______________________________ PEGAWAI DARI AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN JOHOR BAHRU

YANG BERUSAHA, EN. MAJID BIN KAMALDIN , PENGERUSI JAWATANKUASA KEMPEN ANTI DADAH KSKBJB,

YANG DIHORMATI,
KETUA-KETUA PROGRAM, PENGAJAR-PENGAJAR, JURURAWAT-JURURAWAT  KLINIKAL DAN  SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN , PELATIH-PELATIH KSKBJB  YANG DIKASIHI  SEKALIAN.
Ucapan MC
ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SLM SEJAHTERA & SLM MUAFAKAT JHR

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,  KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL PADA PAGI INI.
           
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH DAN MENGALU-ALUKAN, KEHADIRAN TUAN-TUAN KE  “CERAMAH AADK:_____________________” DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU PADA PAGI INI.
Bacaan Doa




HADIRIN SEKALIAN
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN KURSUS KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH
EN. ________________________. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

~~~~~DOA~~~~

AMIN YA RABAL ALAMIN
MAJLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA  EN. ______________  DI  ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
Biodata Penceramah




HADIRIN YANG DIMULIAKAN,

TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN. ____________________________  UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU. DIPERSILAKAN.

CERAMAH
REHAT MINUM PAGI 10.30 – 11.00
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
KITA BERHENTI SEKETIKA UNTUK BEREHAT SEBENTAR.
PELATIH DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI AUDITORIUM TEPAT JAM 11.00 PAGI. KERJASAM ANDA AMAT KAMI HARGAI.
SAMB. LEPAS REHAT
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

BERTEMU KITA SEKALI LAGI UNTUK MENERUSKAN SESI KEDUA CERAMAH KITA PADA HARI INI SAYA SERAHKAN SEMULA MAJLIS KEPADA TUAN  PENCERAMAH KITA EN.. _______________ 
                    
PENUTUP MAJLIS
HADIRIN YANG  DIHORMATI SEKALIAN.

MAJLIS INGIN MEMINTAN (EN. MAJID  / _________________________) MENGIRINGI TUAN PENCERAMAH KITA UNTUK MENERIMA CENDERAHATI KENANG-KENANGAN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DIATAS PERKONGSIAN ILMU YANG DIBERIKAN KEPADA KITA SEMUA SEBENTAR TADI.
TERIMA KASIH TUAN.

HADIRIN SEKALIAN.  KITA SEMAKIN MENGHAMPIRI KE AKHIR ACARA.
SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA &  URUSETIA AJK KEMPEN ANTIDADAH  KSKBJB   MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA  TUAN PENCERAMAH KITA EN. _________________ ATAS SEGALA ILMU YANG DISAMPAIKAN SEPANJANG CERAMAH KITA PADA HARI INI.

TIDAK LUPA JUGA MAJLIS JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM  PEGANJURAN “________________  PADA HARI INI.  SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SAYA MENGENDALIKAN MAJLIS INI.

 AKHIR KATA,SEKIAN, WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH. WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.

MAJLIS BERSURAI

Tuesday, 18 April 2017

Skrip MC Pengacaraan Majlis Research Conference

Selamat petang...
Petang ni da lama x update skrip mc... sekarang baru dipanggil balik untuk jadik mc lahai... so kiter edit2 ler sket sempena majlis esok petang... ni yang simple2 jer...
 nanti senang nak searching balik... hihihih.... 

Kata Aluan
Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu perjalanan majlis.Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Muafakat Johor…
Vip/
Yang Berusaha

Pn. Naein @  Crispina binti Lojiwin
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Chin Wan King
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Dawindar Kaur
Timbalan Pengarah HEP

Barisan Ketua-Ketua Program, Ketua-ketua Unit , Wakil Speaker Research, Pengajar –Pengajar  Kskbjb, Staf-Staf Klinikal, Warga Kerja Kskbjb serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian.

Ucapan Mc
Bersyukur Kita Pada ke hadrat Ilahi,  Kita Semua Dapat Bersama – Sama menghadirkan diri di sempena   Majlis Research Conference  pada petang yang berbahagia ini…………… Terima Kasih saya ucapkan
Bacaan Doa
Hadirin Sekalian

Bagi Menambah Keberkatan Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En.________________   Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.    Amin Amin Ya Rabibil Alamin. Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada  ________________  Di  Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.
Pengenalan
Hadirin Sekalian
Tanpa membuang masa, ingin saya menerangkan serba sedikit tentang perjalanan majlis kita pada petang.


................tggu makluman penting ni.................







Speaker 1
Para hadirin sekalian. Tanpa membuang masa, kita memulakan pembentangan kajian kita yang akan dimulakan dengan Program Sains perubatan Asas dengan tajuk ...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 2
Terima kasih diucapkan kepada speaker pertama dari Program  Sains Perubatan Asas. Seterusnya , kita menjemput Speaker Kedua dari Program Pengkhususan dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 3
Terima kasih diucapkan kepada speaker kedua dari Program Pengkhususan. Seterusnya , kita menjemput Speaker Ketiga dari Program Fisioterapi dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 4
Terima kasih diucapkan kepada speaker ketiga dari Program Pengkhususan. Seterusnya , kita menjemput Speaker Keempat dari Program Kejururawatan  dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 5
Terima kasih diucapkan kepada Speaker Keempat dari Program Kejururawatan  . Seterusnya , kita menjemput Speaker Kelima dari Program Radiografi  dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 6
Terima kasih diucapkan Speaker Kelima dari Program Radiografi  . Seterusnya , kita menjemput Speaker Keenam dari Program Klinikal dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 7
Terima kasih diucapkan kepada Speaker Keenam dari Program Klinikal. Seterusnya , kita menjemput Speaker ketujuh  dari Program Cara kerja dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 8
Terima kasih diucapkan kepada Speaker ketujuh  dari Program Cara kerja. Seterusnya , kita menjemput Speaker terakhir  dari Program Pembantu Perubatan dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Penutup
Terima kasih diucapkan kepada Speaker kelapan dari Program Pembantu Perubatan. Dengan berakhirnya pembentangan kajian dari program pembantu Perubatan tadi, majlis research conference kita sudah sampai ke Penghujungnya.
Majlis  mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Speaker  kerana telah memberikan kerjasama yang baik dan juga para hadirin  yang sudi hadir meluangkan masa  ke  persidangan Research Conference
yang julung kalinya diadakan di Kskb Johor Bahru.  Akhir kata, Sekian Wabilahitaufik Walhidayah. WSlmualaikum W.B.T. Majlis Bersurai.

Skrip Pengacaraan Majlis Perhimpunan Bulanan

ni skrip majlis perhimpunan bulanan tempat kerja saya.... so bley ler edit2 ekh.... supaya x hilang... nanti nak cari balik jus google and edit jer sket2... hihhi♥♥♥

Kata Aluan
Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.

Untuk memstikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Selamat pagi, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia…
Vip/
Yang Berusaha

Pn. Zaleha binti Abu Bakar
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Naein @  Crispina binti Lojiwin
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Nabila Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan

Pn. Dawindar Kaur
Timbalan Pengarah HEP

Barisan Ketua-Ketua Program, Ketua-ketua Unit ,
Pengajar –Pengajar  Kskbjb, Staf-Staf Klinikal, Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja Kskbjb , Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian.

Ucapan Mc & Nyanyian lagu
Bersyukur Kita Pada Pagi Yang Mulia Ini, Kita Semua Dapat Bersama – Sama menghadirkan diri di  Majlis Perhimpunan Pada Hari Ini.
Warga Kskbjb Sekalian,
Majlis Perhimpunan Kita Pada Hari Ini Dimulakan Dengan Nyanyian Lagu Negaraku,  Lagu Negeri Johor , Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu Kami Sedia Membantu.
 Justeru Itu, Majlis Menjemput Dan Mempersilakan Puan Pengarah dan Staf  Kskbjb Sekalian Untuk Berdiri Tegak Bagi Menyanyi Dan Menghormati Lagu Kebangsaan  Kita.
Bacaan Doa
Hadirin Sekalian

Bagi Menambah Keberkatan Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En.  Arifin Junior bin Zainal Arifin.   Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.    Amin Amin Ya Rabibil Alamin.
Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada  En. Sharudin bin Jamin  Di  Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.
Bacaan Ikrar
Hadirin Sekalian

Meneruskan tertib acara Perhimpunan kita pada pgi ini, marilah kita sama-sama melafazkan ikrar aku janji yang akan diketuai oleh En. Amri bin Biman.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
_________ikrar________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ikrar yang telah diketuai oleh En. Amri bin Biman sebentar tadi.
Ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan
(pn. Nabilah)
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput  Yang Dikasihi, Pn. Nabilah Al Muna , Timbalan Pengarah Pengurusan  Kskbjb  Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Puan Nabilah Diatas Amanat & pesanan sebentar tadi.
Ucapan Pengarah
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput  Yang Dikasihi, Puan Zaleha binti Abu Bakar,  Pengarah Kskbjb  Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Puan Pengarah Diatas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb Yang Dikasihi Sekalian.
Penutup
Kini Kita Telah Sampai Ke Penghujung Majlis Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini. Akhir Jumpa Lagi Pada Perhimpuanan Akan Datang .Majlis Bersurai