Tuesday 18 April 2017

Skrip MC Pengacaraan Majlis Research Conference

Selamat petang...
Petang ni da lama x update skrip mc... sekarang baru dipanggil balik untuk jadik mc lahai... so kiter edit2 ler sket sempena majlis esok petang... ni yang simple2 jer...
 nanti senang nak searching balik... hihihih.... 

Kata Aluan
Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu perjalanan majlis.Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Muafakat Johor…
Vip/
Yang Berusaha

Pn. Naein @  Crispina binti Lojiwin
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Chin Wan King
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Dawindar Kaur
Timbalan Pengarah HEP

Barisan Ketua-Ketua Program, Ketua-ketua Unit , Wakil Speaker Research, Pengajar –Pengajar  Kskbjb, Staf-Staf Klinikal, Warga Kerja Kskbjb serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian.

Ucapan Mc
Bersyukur Kita Pada ke hadrat Ilahi,  Kita Semua Dapat Bersama – Sama menghadirkan diri di sempena   Majlis Research Conference  pada petang yang berbahagia ini…………… Terima Kasih saya ucapkan
Bacaan Doa
Hadirin Sekalian

Bagi Menambah Keberkatan Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En.________________   Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.    Amin Amin Ya Rabibil Alamin. Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada  ________________  Di  Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.
Pengenalan
Hadirin Sekalian
Tanpa membuang masa, ingin saya menerangkan serba sedikit tentang perjalanan majlis kita pada petang.


................tggu makluman penting ni.................







Speaker 1
Para hadirin sekalian. Tanpa membuang masa, kita memulakan pembentangan kajian kita yang akan dimulakan dengan Program Sains perubatan Asas dengan tajuk ...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 2
Terima kasih diucapkan kepada speaker pertama dari Program  Sains Perubatan Asas. Seterusnya , kita menjemput Speaker Kedua dari Program Pengkhususan dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 3
Terima kasih diucapkan kepada speaker kedua dari Program Pengkhususan. Seterusnya , kita menjemput Speaker Ketiga dari Program Fisioterapi dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 4
Terima kasih diucapkan kepada speaker ketiga dari Program Pengkhususan. Seterusnya , kita menjemput Speaker Keempat dari Program Kejururawatan  dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 5
Terima kasih diucapkan kepada Speaker Keempat dari Program Kejururawatan  . Seterusnya , kita menjemput Speaker Kelima dari Program Radiografi  dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 6
Terima kasih diucapkan Speaker Kelima dari Program Radiografi  . Seterusnya , kita menjemput Speaker Keenam dari Program Klinikal dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 7
Terima kasih diucapkan kepada Speaker Keenam dari Program Klinikal. Seterusnya , kita menjemput Speaker ketujuh  dari Program Cara kerja dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Speaker 8
Terima kasih diucapkan kepada Speaker ketujuh  dari Program Cara kerja. Seterusnya , kita menjemput Speaker terakhir  dari Program Pembantu Perubatan dengan tajuk …...BACA DALAM BUKU PROGRAM…..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Penutup
Terima kasih diucapkan kepada Speaker kelapan dari Program Pembantu Perubatan. Dengan berakhirnya pembentangan kajian dari program pembantu Perubatan tadi, majlis research conference kita sudah sampai ke Penghujungnya.
Majlis  mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Speaker  kerana telah memberikan kerjasama yang baik dan juga para hadirin  yang sudi hadir meluangkan masa  ke  persidangan Research Conference
yang julung kalinya diadakan di Kskb Johor Bahru.  Akhir kata, Sekian Wabilahitaufik Walhidayah. WSlmualaikum W.B.T. Majlis Bersurai.

No comments:

Post a Comment