Saturday 27 September 2014

Gambar Kenangan KKJB &KRJB

Kolej Radiografi Johor Bahru (KRJB) sebelum pindah ke KSKBJB Jun 2010

Kolej Kejururawatan Johor Bahru (KKJB) sebelum combine dengan KRJB...

Tuesday 19 August 2014

Disini lahirnya sebuah cinta...

Tema kemerdekaan 2014 - 1957 = 57 tahun Merdeka
Same date ngn my mom nyer umo cume lebey 9 hari jer... 
mak saya 9/9/1957...
alahai...♥

Membaca Jambatan Ilmu

Boleh lagi guna ker " Membaca jambatan Ilmu"
Memang boleh ler... Hanya membaca jer paling byk dpt ilmu pengetahuannyer... IQRA...


Thursday 14 August 2014

Hari Bertemu Pelangga

Program Membudayakan Amalan Membaca










Perjalanan Menemu Pencipta

Perjalanan Menaiki Kenderaan Udara...
Permandangan yang menarik... Alhamdulillah...
Moga dapat pergi kesana...
Aaminn. Ya Rabb...

P/s: That all my mommy pic... hikhik...♥


Wednesday 13 August 2014

Hurm...

So... da nak balik nie... 
Tapi macam tak siat jer aryni...
Update blog nie...
Lamer sgt terbiar...
Bobye....♥


Salam Lebaran.. 
P/s: duet rayer... nie jer ado... hik...

Lawatan Sehari Ke Kota Tinggi

Lawatan ni jusz g Kota Tinggi.. Sehari jer.. Bawak anak2 Cik Enna ni jenjalan...
COmEl sangat... 
YaAllah.. Permudahkan ler yer... AaMinn....
Tempat Yg kami Lawati... :

1. Muzium Kota Tinggi ( tapi tutup plak mase tue bln 12/2013)


 2. Makam Laksamana Bentan



 3. Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang & Kuncing Bertanduk





 4. Muzium Kota Johor Lama, Teluk Sengat
 5. Muzium Nelayan, Tanjung Balau



 *** ni diorng tengah dengar taklimat di Makam Sultan

Bobyee.... Nnti kalo Pustaka Bistari buat event lagi... jgn luper Join yer anak2....♥♥♥

Sambutan Hari Kanak-Kanak Di Tempat Kerja

Tahun 2013.. In Memory... Tp nk post gak.. coz suker tgk pic dengan anak-anak...
Sume comel2.. Anak2 cik Enna... Muaah....





Monday 11 August 2014

Amalan 5S di tempat kerja






Sebelum & Selepas

Lawatan Ke PNM, KL

Lawatan Staf Ke Perpustakaan Negara Malaysia
Sempena Pameran Anatarabangsa Manuskrip Melayu 2014


Bahan Pameran

Skrip Mc berkursus

Kata Aluan
MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...

VIP/
YANG DIHORMATI



YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI
PENCERAMAH JEMPUTAN YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI  PN. ______________________________

YANG DIKASIHI
KETUA-KETUA PROGRAM, KETUA-KETUA SUBJEK, PENGAJAR2, JURURAWAT2 KLINIKAL, STAF PENTADBIRAN SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN , PESERTA-PESERTA KURSUS,   WARGA  DEWAN YG DIHORMATI SEKALIAN

Ucapan MC
ASSALAMUALAIKUM  W.B.T... SALAM CERIA. DAN SALAM 1 MALAYSIA

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,  KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL PADA PAGI INI.
           
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH DAN MENGALU-ALUKAN, KEHADIRAN TUAN-TUAN KE KURSUS “PELUPUSAN REKOD AWAM BERDASARKAN JADUAL PELUPUSAN REKOD” DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU.

Bacaan Doa





HADIRIN SEKALIAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN KURSUS KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH EN. UMAR BIN MISNAN.

 MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

DOA

AMIN AMIN YA RABIBIL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA  EN. UMAR BIN MISNAN DI  ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.


Biodata Penceramah
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
SEBELUM TIRAI CERAMAH DIBUKA,SEBELUM KURSUS BERMULA,  SUKA SAYA MEMBACAKAN BIODATA PENCERAMAH KITA PADA HARI INI. NAMA DIBERI  PN. ________________________ . BELIAU  MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN NEGERI _________. BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK) _________________________________________ DI (UNVERSITI)______________________  DAN KINI MENJAWAT JAWATAN  SEBAGAI (JAWATAN) _______________________________________________. BELIAU SEMEMANGNYA ARIF DAN BERPENGETAHUAN LUAS DALAM


TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN. ______________  UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU DAN TATACARA YANG SEBENARNYA TENTANG PROSES PELUPUSAN REKOD ITU SENDIRI.
MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.
REHAT MINUM PAGI
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
KITA BERHENTI SEKETIKA UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA MINUM PAGI. DIJEMPUT TUAN PENCERAMAH KITA DIDIRINGI  PN. NORULHUDA,SERTA  PESERTA KURSUS JUGA DIJEMPUT UNTUK MINUM PAGI DI MEDAN PELATIH. PARA PESERTA KURSUS  DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI DEWAN KULIAH TEPAT JAM 11.00 PAGI. KERJASAM ANDA AMAT KAMI HARGAI.

SAMB. LEPAS MINUM PAGI
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

BERTEMU KITA SEKALI LAGI UNTUK MENERUSKAN SESI KEDUA CERAMAH KITA PADA HARI INI SAYA SERAHKAN SEMULA MAJLIS KEPADA PUAN PENCERAMAH KITA, PN.______________________

REHAT MAKAN TENGAHARI




PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

SESI CERAMAH KITA BERHENTI SEKALI LAGI UNTUK MAKAN TENGAHARI & SOLAT. DIJEMPUT TUAN PENCERAMAH KITA DIDIRINGI  _______________ UNTUK JAMAUN MAKAN TENGAHARI DI MEDAN PELATIH. PESERTA KURSUS JUGA DIJEMPUT UNTUK MAKAN TENGAHRI  DAN MOHON KERJASAMA  SUPAYA BERADA DI DEWAN KULAIH TEPAT JAM _____ 11.00 PAGI.



SAMB. MKN TENGAHRI
ASSALAMUALAIKUM W.B.T. SELAMAT PETANG.. DAN SALAM 1 MALAYSIA

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,  KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL SEKALI LAGI  PADA PETANG INI.
           
HADIRIN SEKALIAN

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT SEKALI LAGI TUAN PENCERAMAH KITA UNTUK MENERUSKAN MAJLIS.

PENUTUP MAJLIS
HADIRIN YANG BUDIMAN,
SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA URUSETIA UNIT LATIHAN ANGGOTA  KSKBJB  MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA
PUAN PENCERAMAH KITA PN. _________________ ATAS SEGALA ILMU & NASIHAT YANG AMAT PENTING DAN BERGUNA SEPANJANG CERAMAH SEHARI SUNTUK KITA PADA HARI INI. HALALKAN SEGALA TUNJUK AJAR DAN ILMU PUAN YER PADA HARI INI.
TIDAK LUPA JUGA MAJLIS JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM  PEGANJURAN “KURSUS PELUPUSAN REKOD AWAM BERDASARKAN JADUAL PELUPUSAN REKOD”  HARI INI.
 SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SAYA MENGENDALIKAN MAJLIS INI.

 AKHIR KATA,

DARI KEDAH KE PEKAN SARI,
BELI SUASA DI KOTA TINGGI,
SELESAI SUDAH TUGAS DIBERI,
DI LAIN MASA BERSUA LAGI.

SEKIAN, WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH. WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.

Salam 15 Syawal 1435

Salam Lebaran...
Salam Maaf Zahir & Batin...
Semoga Syawal 2014 memberikan seribu makna.
Ilmu yang baik dapat dikongsikan...
Aamiin Ya-Rabb... Atas segala limpahan rahmat-Mu...
Catatan... Ogos 2014

Skrip MC di Majlis Harijadi Staf 2014

Kata Aluan
Indah Berbalam Si Awan Petang
Berarak Di Celah Pepohon Ara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Kami Bawakan Kepada Anda Majlis “Sambutan Hari Jadi Warga Kolej Bagi Bulan Januari – Jun 2014  Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru”

Enna
Vip/
Bismillahir Rahmanir Rahi M
Assalamu `Alaikum W.B.T. & Salam 1 Malaysia

Yang Berusaha

Tn. Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj. Mohd Tahir,
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Fauziah Bt Mokhti
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Nabila Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan

Pn. Hj Rokiah Binti Md Yusuf
Timbalan Pengarah Hep

Yang Diraikan
Warga Kolej Yang Menyambut Hari Jadi Pada Bulan Januari Hingga Jun 2014.

Barisan Pengajar –Pengajar Kskbjb
Staf-Staf Klinikal, Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja Kskbjb , Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian.

En.Enal
Ucapan Mc
Kami  Mewakili Kelab Warga Kskbjb & Seluruh Warga Kolej   Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Kedatangan Tuan-Tuan Dan Puan-Puan  Ke Majlis Sambutan Hari Jadi Warga Kolej  Pada Petang Ini.

Sesungguhnya Majlis Yang Kita Adakan Ini, Adalah Untuk Meraikan Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Januari Hingga Jun. Diharapakan Sambutan Ini Juga Dapat Mengeratkan Lagi Ukhuwah Sesama Kita Agar Dapat Mewujudkan Suasana Keseronokan Bekerja Seperti Saranan Tuan Pengarah Yang Kita Sayangi .



Enna

Hadirin Sekalian

Sarung Ketupat Berisi Inti
Dibawa Budak Sambil Berlari
Kehadiran Semua Sangat Dihargai
Moga Majlis Bertambah Seri         

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada Petang Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En. _______________.

 Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabibil Alamin.

Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada  En. _______________  Di  Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.

En.Enal
Ucapan Pengarah
Puteri Bongsu Cantik Mejelis,
Dari Kayangan Turun Ke Pekan,
Untuk Menambahkan Keserian Majlis,
Ucapan Tuan Pengarah  Kita Dengarkan.

Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput  Yang Dikasihi, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj.Mohd Tahir , Pengarah Kskbjb  Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Tuan Pengarah Diatas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb Yang Dikasihi Sekalian.
Enna
Potong Kek
Majlis Memohon Sekali Lagi  Kepada Tuan Pengarah Untuk Bersama-Sama Warga Kolej Yang Meraikan Hari Jadi Bagi Bulan Januari Hingga Jun. Kepada Warga Kolej Yang Lahir Pada Bulan Januari Hingga Jun Tu, Jemputlah Bersama-Sama Tuan Pengarah Kita Untuk  Meneruskan Acara Seterusnya Iaitu Acara Memotong Kek
Hadirin Yang Dihormati Sekalian Diminta Berdiri Dan Sama-Sama Menyanyikan Lagu  “Selamat Hari Jadi”

♫♫♫♫♫-----Pasang Lagu ----♫♫♫♫
En.Enal
Potong kek
Sampai Habis Potong Kek .

Selesai Sudah Majlis Upacara Sinonim Dengan Hari Jadi Iaitu  Memotong Kek Dari Tuan Pengarah & Warga Kolej Yang Diraikan . Tuan Pengarah Dan Tetamu Diraikan Dipersilakan Untuk Mengambil Tempat Duduk Semula.
Para Hadirin Dipersilakan Duduk.
Enna
Makan
Limau Purut Berbuah Sarat
Dipetik Datuk Simpan Di Para
Makanan Terhidang Tanda Isyarat
Isyarat Untuk Menjamu Selera

Hadirin Warga Kolej Yang Dirahmati Sekelian

Majlis Menjemput Tuan Pengarah Dan Seluruh Warga Kolej Untuk Menjamu Selera Dengan Juadah Yang Disediakan.

En.Enal
Bagi Hadiah Harijadi
Jun & Mei
Para Hadirin Yang Kami Hormati Sekalian.

Sementara Para Hadirin Menjamu Selera, Majlis Diteruskan Lagi Dengan Acara Penyampaian Hadiah Hari Jadi Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Jadi Pada Bulan Ini, Iaitu Bulan Jun.

Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Pn. Nabilah Al-Muna , Timbalan Pengarah Pengurusan Kskbjb Untuk Menyampaikan Hadiah. Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Dijemput Staf Yang Lahir Pada Bulan Jun.


Seterusnya, Dijemput Staf Yang Lahir Pada Bulan Mei 2014.


Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Nabila Al-Muna Diatas Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada Mei Dan Jun. Puan Nabilah Boleh Teruskan Menjamu Selera Yer.
Enna
Bagi Hadiah Harijadi
April & Mac
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Pn. Fauziah Binti Mokhti Timb. Pengarah Akademik Untuk Meneruskan Lagi Upacara Penyampaian Hadiah Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Mac & April.So  Siap Sedia Lah Yer Namanya Untuk Dipaggil.

Senarai Nama April


Senarai Nama Mac


Terima Kasih Diucapkan Kepada Pn. Fauziah Binti Mokhti Diatas Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada April & Mac. Puan Fauziah Pon  Boleh Teruskan Tambah Nasi Lah Yer.
En.Enal
Bagi Hadiah Harijadi
Jan & Feb
Anda Mahu Hadiah Lagi. Ada Siapa Yang Belum Dapat Hadiah Lagi.

Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput  Tuan Pengarah, Tn. Hj. Mohd Zulkifli Bin Mohd Tahir  Untuk Meneruskan Lagi Upacara Penyampaian Hadiah Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Januari Dan Februari .

Senarai Nama Feb  & Januari


Terima Kasih Diucapkan Kepada Tuan Hj, Pengarah Kskbjb  Diatas Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada Januari & Feb.. Jemput Makan Lagi Tn. Hj.
Enna
Penutup Majlis
Tuan Puan Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Bak Kata Orang…
Kalau Memanjat, Sudah Sampai Ke Puncak,
Kalau Menurun, Sudah Sampai Ke Lembah,
Kalau Terjun, Sudah Sampai Ke Tanah
Kalau Berenang Sudah Sampai Ke Pantai

Dengan Penyempurnaan Penyampaian Hadiah Kepada Semua Yang Diraikan Sebentar Tadi, Maka Majlis Kita Pada Petang Ini Nampknya Sudah Sampai Ke Penghujungnya.

En. Enal
Penutup
Majlis Turut Merakamkan Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Tetamu Dan Hadirin Yang Sudi Meluangkan Masa Bersama-Sama Memeriahkan Majlis “Sambutan Hari Jadi Warga Kolej” Ini.

Pergi Ke Dusun Memetik Kelapa
Kelapa Muda Si Kelapa Barli
Jari Disusun Maaf Dipinta
Panjang Usia Bersua Kembali

Dikesempatan Ini Juga, Kami Ingin Memohon Ribuan Kemaafan Andai Ada Salah Dan Silap Sepanjang Kami Mengacarakan Majlis Ini
Enna
penutup
Akhir Kata,

Kalau Ada Sumur Diladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah. Wsalamualikum W.B,.T. Terima Kasih.
En. Enal & Enna

Skrip Emcee Majlis Persaraan Di tempat Kerjaku...


SKRIP
TURN
PENGUMUMAN
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Yang Berbahagia En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman  & Pn.Hasnah binti Hashim  diiringi dif-dif kehormat masuk ke Auditorium. Semua hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

FAIRUS
INTRO
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu Dikenang  Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru” sempena persaraan staf Kolej yang amat kita hormati.
ENNA
KATA ALUAN
BismilLahir Rahmanir Rahi m
Assalamu `Alaikum W.B.T. & Salam 1 Malaysia

Yang Berusaha

Tn. Hj. Mohd Zulkifli bin Hj. Mohd Tahir,
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Fauziah Bt Mokhti
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Nabila Al-Muna binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan

PN. Hj Rokiah binti Md Yusuf
Timbalan Pengarah HEP

Yang Diraikan
EN. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman 
Pemandu Kenderaan KSKBJB

Dan
Pn. Hasnah binti Hashim
Pembantu Operasi KSKBJB

Barisan Pengajar –pengajar kskbjb
Staf-staf klinikal, staf-staf sokongan dan warga kerja KSKBJB , hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

FAIRUS
KATA ALUAN
Kami  mewakili bahagian pengurusan , KELAB WARGA KSKBJB & seluruh warga kolej   mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan  ke majlis persaraan pada pagi ini.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita sekali lagi bersama-sama berkumpul di auditorium yg megah nan indah ini bagi menemukan semula staf kolej untuk meraikan, bukan 1 tapi 2, warga kolej yang kami kasihi  Beliau seperti yang kita ketahui adalah

Yang Diraikan
En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman  & Pn. Hasnah binti Hashim,
Selamat datang  kembali diucapkan kepada  tuan & puan ke KSKBJB semula.
Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini, tidak mampu rasanya untuk membalas segala keringat dan jasa yang diberikan oleh tuan puan  terhadap kolej ini.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

ENNA
BACAAN DOA
Kalau pergi tanjung keramat
Anak manis jangan diangkat
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis mendapat berkat

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En. Zainal Abidin Bin Abdul Rahman .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
___________doa____________

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Zainal Abidin bin Abdul Rahman atas bacaan doa sebentar  tadi.
FAIRUS












FAIRUS














KATA2 UCAPAN AM
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Baktimu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala keringat dan jasa  yang dilakukan oleh  Tetamu  Yang Diraikan  sepanjang perkhidmatan beliau di kolej ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiada kata secantik bahasa, tiada lafaz semanis bicara yang bisa diungkapkan bagi menggambarkan betapa besarnya pengorbanan serta jasa yang dicurahkan oleh tetamu yang diraikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Tak begitu En. Fairus.

ENNA
Nyayian by Sister Nor Aini

Diminta unit ict bersedia
Betul tu Pn. Ina.
Para hadirin yang dikasihi sekalian.

Tidak lengkap dan moleknya majlis kita pada pagi ini tanpa menyaksikan persembahan daripada warga kolej kita ini.
Marilah kita sama-sama menikmati alunan lunak merdu suara seorang staf kita yang berbakat ni ina.
Majlis dengan sukacitanya menjemput Sister. Noraini binti Ishak  untuk mempersembahkan sebuah yang bertajuk _________________ ditujukan khas sempena Majlis Persaraan Jasamau Dikenang. Majlis mempersilakan.
FAIRUS










FAIRUS
Nyanyian by En. Ngamin

Diminta unit ict bersedia

Terima kasih diucapkan kepada Sister Noraini kita ni. Sungguh hebat dan berbakat sungguh ye En. Fairus. Lepas ni, mana tahu boleh ganti Shila Amzah ye tak.
Hadirin sekalian
Tak lengkap kalau kita hanya dengar nyanyian dari wakil wanita KSKBJB sahaja. Apa kata kita menjemput wakil dari staf lelaki idaman kskbjb pula  untuk mendendangkan lagu,  khas untuk kita semua yang bertuah yang berada di Auditorium pada pagi ini.

Tanpa membuang masa lagi, untuk persembahan seterusnya, persembahan yang amat kita nantikan dari Lelaki IDaman Malaya , saya dengan sukacitanya menjemput En. Ngamin bin Satiman untuk naik ke atas pentas dan menghiburkan kita dengan lagunya ________________________.
Majlis mempersilakan.
ENNA
SHOW MULTIMEDIA & UCAPAN YG DIRAIKAN by unit ict + lagu sedih
Wah… Bukan main hebatnya En. Ngamin kita ye tuan-tuan & puan-puan sekalian.  Lepas ni, Anuar Zain pon tak boleh carik makan. Majli mengucapakn terima kasih kepada En. Ngamin Bin Satiman diatas kesudian beliau menghiburkan kita semua. Berikan tepukan gemuruh untuk beliau sekali lagi.

Para hadirin sekalian.

Meneruskan acara seterusnya , marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang dihasilkan khas untuk “Majlis Jasamu Dikenang Budimu Terbilang”  sempena persaraan Yang Diraikan
En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman  & Pn. Hasnah binti Hashim

---------------tayangan slide------------

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia mengenai serba sedikit tentang tetamu yang diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman & Pn. Hasnah binti Hashim. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan  buat kita semua
Tanpa membuang masa saya dengan rasa bangganya menjemput  insan berjasa yang diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman  bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

--------------------ucapan --------------------

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman atas ucapan itu tadi.

FAIRUS

Tuan Puan para hadirin yang dikasihi sekalian

Tidak lengkap rasanya jika kita tidak mendengar ucapan dan kata-kata dari seorang lagi tetamu yang kita raikan pada pagi ini. Saya percaya ramai yang mempunyai kenangan yang tersendiri dengan beliau  ini. 

Tanpa membuang masa saya dengan rasa sukacitanya  menjemput  yang diraikan Puan Hasnah binti Hashim bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-----------------Puan Hasnah binti Hashim.---------------

 Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hasnah binti Hashim  atas ucapan sebentar  tadi.
ENNA
UCAPAN PENGARAH
Puteri bongsu cantik mejelis,
Dari kayangan turun ke pekan,
Untuk menambahkan keserian majlis,
Ucapan Tuan Pengarah  kita dengarkan.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan & menjemput  Yang Dikasihi, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj.Mohd Tahir , pengarah KSKBJB  untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan hormatnya majlis mempersilakan .

---------ucapan---------------

Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada Tuan Pengarah diatas kata-kata perangsang kepada bukan sahaja yang diraikan,  tetapi kepada kita semua hendaknya. Diminta tuan pengarah berada diatas  pentas untuk upacara penyampaian cenderamata kepada tetamu yang diraikan
FAIRUS
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati.
Sebelum itu, Majlis mempersilakan Pn. Fauziah bt mokhti naik ke atas pentas  mengiringi tuan pengarah untuk  memnyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu yang kita raikan

Dengan segala hormatnya dipersilakan naik ke pantas untuk menerima cenderahati.
Dipersilakan    En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman naik ke atas pentas untuk menerima cenderahati dari pihak kolej  ,  para hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN GEMURUH kepada beliau. En. Vijeyakumaran diminta berada terus di atas pentas.

Setrusnya dijemput ~~~~~~~  Pn. HASNAH HASHIM, BERIKAN naik ke atas pentas untuk menerima cenderahati dari pihak kolej  ,  para hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN GEMURUH kepada beliau . Pn. Hasnah Hashim diminta terus berada di atas pentas.

ENNA
 Diminta unit ict pasang lagu ‘kenangan terindah by Samson part yg korus jer…. & masa turun lagu Kau Pergi by Aizat.. (lg dr Sharifah)
♫♫♫

Itulah tadi upacara penyampaian cenderahati kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan. Majlis meminta  kepada tuan pengarah untuk berada di atas pentas bersama-sama tetamu yang diraikan untuk meneruskan acara seterusnya iaitu acara memotong kek sebagai simbolik dan tanda perpisahan kita dan kemuncak majlis kita pada pagi ini.
Hadirin yang dihormati sekalian diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu  “Kenangan Yang Terindah” dari sammson sebagai tanda persahabatan yang kekal abadi.

♫♫♫♫♫-----pasang lagu yang menyentuh perasaan----♫♫♫♫
Sampai Habis potong kek .

Selesai sudah majlis upacara simbolik memotong kek dari Tuan Pengarah & Tetamu Yang diraikan . Tuan Pengarah dan tetamu diraikan dipersilakan untuk mengambil tempat duduk semula.
Para hadirin dipersilakan duduk.

Fairus
KATA AKHIR
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
ENNA
PANTUN AKHIR
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang dirai
EN. VIJEYAKYUMARAN A/L KANJIRAMAN   &
PN. HASNAH HASHIM
kerana sudi untuk bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar  tetamu Yang kita raikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

ENNA

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Jasamu DIkenang” ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Hadirin & hadirat yang dihormati sekelian.
Majlis menjemput Tuan Pengarah & tetamu yang diraikan beserta semua warga kolej untuk menjamu selera di medan pelatih.


ENNA
PENUTUP
Sekian sahaja, salam hormat,  & Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

♫♫♫--------LAGU SEDIH-------♫♫♫
FAIRUS & ENNA