Monday 11 August 2014

Skrip MC di Majlis Harijadi Staf 2014

Kata Aluan
Indah Berbalam Si Awan Petang
Berarak Di Celah Pepohon Ara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Kami Bawakan Kepada Anda Majlis “Sambutan Hari Jadi Warga Kolej Bagi Bulan Januari – Jun 2014  Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru”

Enna
Vip/
Bismillahir Rahmanir Rahi M
Assalamu `Alaikum W.B.T. & Salam 1 Malaysia

Yang Berusaha

Tn. Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj. Mohd Tahir,
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Fauziah Bt Mokhti
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Nabila Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan

Pn. Hj Rokiah Binti Md Yusuf
Timbalan Pengarah Hep

Yang Diraikan
Warga Kolej Yang Menyambut Hari Jadi Pada Bulan Januari Hingga Jun 2014.

Barisan Pengajar –Pengajar Kskbjb
Staf-Staf Klinikal, Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja Kskbjb , Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian.

En.Enal
Ucapan Mc
Kami  Mewakili Kelab Warga Kskbjb & Seluruh Warga Kolej   Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Kedatangan Tuan-Tuan Dan Puan-Puan  Ke Majlis Sambutan Hari Jadi Warga Kolej  Pada Petang Ini.

Sesungguhnya Majlis Yang Kita Adakan Ini, Adalah Untuk Meraikan Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Januari Hingga Jun. Diharapakan Sambutan Ini Juga Dapat Mengeratkan Lagi Ukhuwah Sesama Kita Agar Dapat Mewujudkan Suasana Keseronokan Bekerja Seperti Saranan Tuan Pengarah Yang Kita Sayangi .



Enna

Hadirin Sekalian

Sarung Ketupat Berisi Inti
Dibawa Budak Sambil Berlari
Kehadiran Semua Sangat Dihargai
Moga Majlis Bertambah Seri         

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada Petang Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En. _______________.

 Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabibil Alamin.

Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada  En. _______________  Di  Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.

En.Enal
Ucapan Pengarah
Puteri Bongsu Cantik Mejelis,
Dari Kayangan Turun Ke Pekan,
Untuk Menambahkan Keserian Majlis,
Ucapan Tuan Pengarah  Kita Dengarkan.

Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput  Yang Dikasihi, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj.Mohd Tahir , Pengarah Kskbjb  Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Tuan Pengarah Diatas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb Yang Dikasihi Sekalian.
Enna
Potong Kek
Majlis Memohon Sekali Lagi  Kepada Tuan Pengarah Untuk Bersama-Sama Warga Kolej Yang Meraikan Hari Jadi Bagi Bulan Januari Hingga Jun. Kepada Warga Kolej Yang Lahir Pada Bulan Januari Hingga Jun Tu, Jemputlah Bersama-Sama Tuan Pengarah Kita Untuk  Meneruskan Acara Seterusnya Iaitu Acara Memotong Kek
Hadirin Yang Dihormati Sekalian Diminta Berdiri Dan Sama-Sama Menyanyikan Lagu  “Selamat Hari Jadi”

♫♫♫♫♫-----Pasang Lagu ----♫♫♫♫
En.Enal
Potong kek
Sampai Habis Potong Kek .

Selesai Sudah Majlis Upacara Sinonim Dengan Hari Jadi Iaitu  Memotong Kek Dari Tuan Pengarah & Warga Kolej Yang Diraikan . Tuan Pengarah Dan Tetamu Diraikan Dipersilakan Untuk Mengambil Tempat Duduk Semula.
Para Hadirin Dipersilakan Duduk.
Enna
Makan
Limau Purut Berbuah Sarat
Dipetik Datuk Simpan Di Para
Makanan Terhidang Tanda Isyarat
Isyarat Untuk Menjamu Selera

Hadirin Warga Kolej Yang Dirahmati Sekelian

Majlis Menjemput Tuan Pengarah Dan Seluruh Warga Kolej Untuk Menjamu Selera Dengan Juadah Yang Disediakan.

En.Enal
Bagi Hadiah Harijadi
Jun & Mei
Para Hadirin Yang Kami Hormati Sekalian.

Sementara Para Hadirin Menjamu Selera, Majlis Diteruskan Lagi Dengan Acara Penyampaian Hadiah Hari Jadi Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Jadi Pada Bulan Ini, Iaitu Bulan Jun.

Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Pn. Nabilah Al-Muna , Timbalan Pengarah Pengurusan Kskbjb Untuk Menyampaikan Hadiah. Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Dijemput Staf Yang Lahir Pada Bulan Jun.


Seterusnya, Dijemput Staf Yang Lahir Pada Bulan Mei 2014.


Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Nabila Al-Muna Diatas Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada Mei Dan Jun. Puan Nabilah Boleh Teruskan Menjamu Selera Yer.
Enna
Bagi Hadiah Harijadi
April & Mac
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Pn. Fauziah Binti Mokhti Timb. Pengarah Akademik Untuk Meneruskan Lagi Upacara Penyampaian Hadiah Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Mac & April.So  Siap Sedia Lah Yer Namanya Untuk Dipaggil.

Senarai Nama April


Senarai Nama Mac


Terima Kasih Diucapkan Kepada Pn. Fauziah Binti Mokhti Diatas Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada April & Mac. Puan Fauziah Pon  Boleh Teruskan Tambah Nasi Lah Yer.
En.Enal
Bagi Hadiah Harijadi
Jan & Feb
Anda Mahu Hadiah Lagi. Ada Siapa Yang Belum Dapat Hadiah Lagi.

Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput  Tuan Pengarah, Tn. Hj. Mohd Zulkifli Bin Mohd Tahir  Untuk Meneruskan Lagi Upacara Penyampaian Hadiah Kepada Warga Kolej Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Januari Dan Februari .

Senarai Nama Feb  & Januari


Terima Kasih Diucapkan Kepada Tuan Hj, Pengarah Kskbjb  Diatas Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Warga Staf Yagn Menyambut Hari Lahir Pada Januari & Feb.. Jemput Makan Lagi Tn. Hj.
Enna
Penutup Majlis
Tuan Puan Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Bak Kata Orang…
Kalau Memanjat, Sudah Sampai Ke Puncak,
Kalau Menurun, Sudah Sampai Ke Lembah,
Kalau Terjun, Sudah Sampai Ke Tanah
Kalau Berenang Sudah Sampai Ke Pantai

Dengan Penyempurnaan Penyampaian Hadiah Kepada Semua Yang Diraikan Sebentar Tadi, Maka Majlis Kita Pada Petang Ini Nampknya Sudah Sampai Ke Penghujungnya.

En. Enal
Penutup
Majlis Turut Merakamkan Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Tetamu Dan Hadirin Yang Sudi Meluangkan Masa Bersama-Sama Memeriahkan Majlis “Sambutan Hari Jadi Warga Kolej” Ini.

Pergi Ke Dusun Memetik Kelapa
Kelapa Muda Si Kelapa Barli
Jari Disusun Maaf Dipinta
Panjang Usia Bersua Kembali

Dikesempatan Ini Juga, Kami Ingin Memohon Ribuan Kemaafan Andai Ada Salah Dan Silap Sepanjang Kami Mengacarakan Majlis Ini
Enna
penutup
Akhir Kata,

Kalau Ada Sumur Diladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah. Wsalamualikum W.B,.T. Terima Kasih.
En. Enal & Enna

No comments:

Post a Comment