Monday 11 August 2014

Skrip Emcee Majlis Persaraan Di tempat Kerjaku...


SKRIP
TURN
PENGUMUMAN
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Yang Berbahagia En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman  & Pn.Hasnah binti Hashim  diiringi dif-dif kehormat masuk ke Auditorium. Semua hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

FAIRUS
INTRO
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu Dikenang  Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru” sempena persaraan staf Kolej yang amat kita hormati.
ENNA
KATA ALUAN
BismilLahir Rahmanir Rahi m
Assalamu `Alaikum W.B.T. & Salam 1 Malaysia

Yang Berusaha

Tn. Hj. Mohd Zulkifli bin Hj. Mohd Tahir,
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Fauziah Bt Mokhti
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Nabila Al-Muna binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan

PN. Hj Rokiah binti Md Yusuf
Timbalan Pengarah HEP

Yang Diraikan
EN. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman 
Pemandu Kenderaan KSKBJB

Dan
Pn. Hasnah binti Hashim
Pembantu Operasi KSKBJB

Barisan Pengajar –pengajar kskbjb
Staf-staf klinikal, staf-staf sokongan dan warga kerja KSKBJB , hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

FAIRUS
KATA ALUAN
Kami  mewakili bahagian pengurusan , KELAB WARGA KSKBJB & seluruh warga kolej   mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan  ke majlis persaraan pada pagi ini.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita sekali lagi bersama-sama berkumpul di auditorium yg megah nan indah ini bagi menemukan semula staf kolej untuk meraikan, bukan 1 tapi 2, warga kolej yang kami kasihi  Beliau seperti yang kita ketahui adalah

Yang Diraikan
En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman  & Pn. Hasnah binti Hashim,
Selamat datang  kembali diucapkan kepada  tuan & puan ke KSKBJB semula.
Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini, tidak mampu rasanya untuk membalas segala keringat dan jasa yang diberikan oleh tuan puan  terhadap kolej ini.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

ENNA
BACAAN DOA
Kalau pergi tanjung keramat
Anak manis jangan diangkat
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis mendapat berkat

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En. Zainal Abidin Bin Abdul Rahman .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
___________doa____________

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Zainal Abidin bin Abdul Rahman atas bacaan doa sebentar  tadi.
FAIRUS












FAIRUS














KATA2 UCAPAN AM
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Baktimu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala keringat dan jasa  yang dilakukan oleh  Tetamu  Yang Diraikan  sepanjang perkhidmatan beliau di kolej ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiada kata secantik bahasa, tiada lafaz semanis bicara yang bisa diungkapkan bagi menggambarkan betapa besarnya pengorbanan serta jasa yang dicurahkan oleh tetamu yang diraikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Tak begitu En. Fairus.

ENNA
Nyayian by Sister Nor Aini

Diminta unit ict bersedia
Betul tu Pn. Ina.
Para hadirin yang dikasihi sekalian.

Tidak lengkap dan moleknya majlis kita pada pagi ini tanpa menyaksikan persembahan daripada warga kolej kita ini.
Marilah kita sama-sama menikmati alunan lunak merdu suara seorang staf kita yang berbakat ni ina.
Majlis dengan sukacitanya menjemput Sister. Noraini binti Ishak  untuk mempersembahkan sebuah yang bertajuk _________________ ditujukan khas sempena Majlis Persaraan Jasamau Dikenang. Majlis mempersilakan.
FAIRUS










FAIRUS
Nyanyian by En. Ngamin

Diminta unit ict bersedia

Terima kasih diucapkan kepada Sister Noraini kita ni. Sungguh hebat dan berbakat sungguh ye En. Fairus. Lepas ni, mana tahu boleh ganti Shila Amzah ye tak.
Hadirin sekalian
Tak lengkap kalau kita hanya dengar nyanyian dari wakil wanita KSKBJB sahaja. Apa kata kita menjemput wakil dari staf lelaki idaman kskbjb pula  untuk mendendangkan lagu,  khas untuk kita semua yang bertuah yang berada di Auditorium pada pagi ini.

Tanpa membuang masa lagi, untuk persembahan seterusnya, persembahan yang amat kita nantikan dari Lelaki IDaman Malaya , saya dengan sukacitanya menjemput En. Ngamin bin Satiman untuk naik ke atas pentas dan menghiburkan kita dengan lagunya ________________________.
Majlis mempersilakan.
ENNA
SHOW MULTIMEDIA & UCAPAN YG DIRAIKAN by unit ict + lagu sedih
Wah… Bukan main hebatnya En. Ngamin kita ye tuan-tuan & puan-puan sekalian.  Lepas ni, Anuar Zain pon tak boleh carik makan. Majli mengucapakn terima kasih kepada En. Ngamin Bin Satiman diatas kesudian beliau menghiburkan kita semua. Berikan tepukan gemuruh untuk beliau sekali lagi.

Para hadirin sekalian.

Meneruskan acara seterusnya , marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang dihasilkan khas untuk “Majlis Jasamu Dikenang Budimu Terbilang”  sempena persaraan Yang Diraikan
En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman  & Pn. Hasnah binti Hashim

---------------tayangan slide------------

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia mengenai serba sedikit tentang tetamu yang diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman & Pn. Hasnah binti Hashim. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan  buat kita semua
Tanpa membuang masa saya dengan rasa bangganya menjemput  insan berjasa yang diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman  bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

--------------------ucapan --------------------

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman atas ucapan itu tadi.

FAIRUS

Tuan Puan para hadirin yang dikasihi sekalian

Tidak lengkap rasanya jika kita tidak mendengar ucapan dan kata-kata dari seorang lagi tetamu yang kita raikan pada pagi ini. Saya percaya ramai yang mempunyai kenangan yang tersendiri dengan beliau  ini. 

Tanpa membuang masa saya dengan rasa sukacitanya  menjemput  yang diraikan Puan Hasnah binti Hashim bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-----------------Puan Hasnah binti Hashim.---------------

 Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hasnah binti Hashim  atas ucapan sebentar  tadi.
ENNA
UCAPAN PENGARAH
Puteri bongsu cantik mejelis,
Dari kayangan turun ke pekan,
Untuk menambahkan keserian majlis,
Ucapan Tuan Pengarah  kita dengarkan.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan & menjemput  Yang Dikasihi, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Bin Hj.Mohd Tahir , pengarah KSKBJB  untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan hormatnya majlis mempersilakan .

---------ucapan---------------

Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada Tuan Pengarah diatas kata-kata perangsang kepada bukan sahaja yang diraikan,  tetapi kepada kita semua hendaknya. Diminta tuan pengarah berada diatas  pentas untuk upacara penyampaian cenderamata kepada tetamu yang diraikan
FAIRUS
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati.
Sebelum itu, Majlis mempersilakan Pn. Fauziah bt mokhti naik ke atas pentas  mengiringi tuan pengarah untuk  memnyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu yang kita raikan

Dengan segala hormatnya dipersilakan naik ke pantas untuk menerima cenderahati.
Dipersilakan    En. Vijeyakumaran A/L Kanjiraman naik ke atas pentas untuk menerima cenderahati dari pihak kolej  ,  para hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN GEMURUH kepada beliau. En. Vijeyakumaran diminta berada terus di atas pentas.

Setrusnya dijemput ~~~~~~~  Pn. HASNAH HASHIM, BERIKAN naik ke atas pentas untuk menerima cenderahati dari pihak kolej  ,  para hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN GEMURUH kepada beliau . Pn. Hasnah Hashim diminta terus berada di atas pentas.

ENNA
 Diminta unit ict pasang lagu ‘kenangan terindah by Samson part yg korus jer…. & masa turun lagu Kau Pergi by Aizat.. (lg dr Sharifah)
♫♫♫

Itulah tadi upacara penyampaian cenderahati kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan. Majlis meminta  kepada tuan pengarah untuk berada di atas pentas bersama-sama tetamu yang diraikan untuk meneruskan acara seterusnya iaitu acara memotong kek sebagai simbolik dan tanda perpisahan kita dan kemuncak majlis kita pada pagi ini.
Hadirin yang dihormati sekalian diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu  “Kenangan Yang Terindah” dari sammson sebagai tanda persahabatan yang kekal abadi.

♫♫♫♫♫-----pasang lagu yang menyentuh perasaan----♫♫♫♫
Sampai Habis potong kek .

Selesai sudah majlis upacara simbolik memotong kek dari Tuan Pengarah & Tetamu Yang diraikan . Tuan Pengarah dan tetamu diraikan dipersilakan untuk mengambil tempat duduk semula.
Para hadirin dipersilakan duduk.

Fairus
KATA AKHIR
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
ENNA
PANTUN AKHIR
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang dirai
EN. VIJEYAKYUMARAN A/L KANJIRAMAN   &
PN. HASNAH HASHIM
kerana sudi untuk bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar  tetamu Yang kita raikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

ENNA

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Jasamu DIkenang” ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Hadirin & hadirat yang dihormati sekelian.
Majlis menjemput Tuan Pengarah & tetamu yang diraikan beserta semua warga kolej untuk menjamu selera di medan pelatih.


ENNA
PENUTUP
Sekian sahaja, salam hormat,  & Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

♫♫♫--------LAGU SEDIH-------♫♫♫
FAIRUS & ENNA

No comments:

Post a Comment