Tuesday 25 July 2017

Diet Atkin

Buku tentang diet atkin

Wah... Keep it up...
Try buat & istiqamah...

Monday 17 July 2017

Harini Kita Berduka, Esok Kita Gembira

(Gambar sekadar hiasan kegembiraan ketika Majlis Konvokesyen)

Orang dulu-dulu selalu pesan, jangan gembira sangat nanti berduka. Hehe... Ada masanya kita rasa sangat sedih, orang cakap DOWN sangatlah. Tapi tanpa kita sedari, hidup ini mudah jika kita mengikut landasan Agama Islam yang telah diasyariatkan. Sebenarnya hidup ini ada 3 hari sahaja. SEMALAM, HARI INI dan ESOK. Sedih semalam akan terubat pada hari ini dan esok. Gembira semalam semoga berkekalan hari ini hingga esok. InsyaAllah TIME WILL HEAL. Masa akan mengubati. Biar masa yang akan menentukan. Semoga kita dilimpakan rezki didunia dan rahmat berlipatkali ganda di Akhirat yang kekal abadi kelak.♥♥♥


Sabar

Menarik qoutes ni....
Sebenarnya... dimana-mana tempat sama sahaja... Seorang teman pernah membuat kenyataan macam tu... Semua tempat ada cabaran dan rintangan masing-masing. Setiap tempat kerja mesti ada macam-macam perangai manusia yang menguji kesabaran seseorang. Tidak semestinya seseorang itu meluahkan apa yang dirasa dikatakan emosional atau EMO(perkataan orang sekarang), tapi sebenarnya dia sudah lama bersabar. Walaubagaimanapun sabarlah selagi boleh.

Semoga terus istiqamah dalam bersabar dengan karenah manusia dan kehidupan. Ada juga kawan menyatakan tempat kerjanya memang terbaik tetapi orang nya pula. Nak tak nak kita bekerja dengan manusia, kenalah hadap semua tu. Kalau kerja dengan mesin, lainlah pula cara nak handle nye.

Akhir kalam, semoga kita bersabar dan menjalankan amanah sebaiknya kerana KERJA ADALAH IBADAH. Anggaplah seperti ibadah solat ke, puasa ke, yang membantu kita menjadi insan yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T. bukan pada pandangan manusia. InsyaAllah... Aamin...♥♥♥

Pengarah KSKB Johor Bahru

Kolej Sains kesihatan Bersekutu Johor Bahru mula beroperasi pada Jn 2010 dengan gabungan 2 kolej menjadi satu iaitu Kolej Kejururawatan Johor Bahru dan Kolej Radiografi Johor Bahru yang sebelum ini terletak di kawasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru...

Wah... banyak betul Johor Bahru nyer ni...

Untuk simpanan dan peringatan....
 
Pengarah Pertama KSKBJB
Allahyarham Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Mohd Tahir
Jun 2010 - Jan 2014

Pengarah Kedua KSKBJB
Puan Zaleha binti Abu Bakar
Jan 2014 - Jan 2017

Pengarah terkini
Puan Naien @ Crispina binti Lojiwin
Feb 2017 - kini

Semoga KSKB Johor Bahru terus mantap dan sukses...

Bulat air kerana pembentung....
        Bulat manusia kerana muafakat...

Salam Muafakat Johor

Monday 10 July 2017

Syawal, Keriangan & Air Mata

Sesuci Aidilfitri 2017
Dengan niat yang ikhlas dari hati ingin memohon ampun dan maaf...
Akhirnya niat tinggal niat...
Tidak dapat dizahirkan...

Hanya masa penentu segalanya.