Monday 17 July 2017

Sabar

Menarik qoutes ni....
Sebenarnya... dimana-mana tempat sama sahaja... Seorang teman pernah membuat kenyataan macam tu... Semua tempat ada cabaran dan rintangan masing-masing. Setiap tempat kerja mesti ada macam-macam perangai manusia yang menguji kesabaran seseorang. Tidak semestinya seseorang itu meluahkan apa yang dirasa dikatakan emosional atau EMO(perkataan orang sekarang), tapi sebenarnya dia sudah lama bersabar. Walaubagaimanapun sabarlah selagi boleh.

Semoga terus istiqamah dalam bersabar dengan karenah manusia dan kehidupan. Ada juga kawan menyatakan tempat kerjanya memang terbaik tetapi orang nya pula. Nak tak nak kita bekerja dengan manusia, kenalah hadap semua tu. Kalau kerja dengan mesin, lainlah pula cara nak handle nye.

Akhir kalam, semoga kita bersabar dan menjalankan amanah sebaiknya kerana KERJA ADALAH IBADAH. Anggaplah seperti ibadah solat ke, puasa ke, yang membantu kita menjadi insan yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T. bukan pada pandangan manusia. InsyaAllah... Aamin...♥♥♥

No comments:

Post a Comment