Tuesday, 14 June 2016

Now..Present...Sekarang...

Semalam dengan Alhamdulillah dengan Jayanya dapat jadi mc even {Workshop: Conquer Stress Achieve Success} salah sebut nama yang selalu aku sebut... Pn. Nabila al-Muna binti Mohd Noor.. Masa jadik mc dekat IKWAS dlu guna skrip perhimpunan ni pon, En. Khai suruh betul-betul sebut nama Pn. Nabila tu. Tapi semalam jadik pulak. Tapi aku x perasan... Mayb tercakap laju.. seb bek ade kengkawan yg bgtaw... Mintak maaf sgt-sgt dekat Pn. Nabila AL Muna aku yg betul-betul comel dan baik hati. Sebelum bukak poce aku wasapp dier and mintak maaf atas ketelanjuran kata. Alhamdulillah dier cakap ok jer.. xper..

But... the point is kat sini, yang nak cerita pasal bengkel sehari ni.. sgt penting & best skali yang menangkap dalam mindaku... dari EN. Bachan Singh.. Mcm nama pelakon hindustan...
Dia ckp... You re now... Present.. Nak tau kita ni berada pada masa skrg... Scan diri kita.. Tarik nafas dalam-dalam... hembus perlahan-lahan... Tumpukan pada 1 perkara.. fokus... barulah kita dpt concentrate... x fikir macam2.. Fikiran kita (thought) macam-macam boleh digambarkan dalam kepala ni.. tu yang menyebabkan kita kurang tumpuan dan lebih beri tumpuan kepada benda yang lain...

Nowadays, terutamanya orang asyik enggage dengan smartphone. Tapi jgnlah smartphone menjadikan kita kurang smart.. Bila selalu bersama dengan smarthphone n use it for game or connecting on siber, kita sebenarnya lupa nak disconnect. Maka akan jadiklah kita seperti hanya dengan dunia sendiri.. tu jer yang ingt dan aku ingin simpan disini.

Akhir kata...  DON'T FORGET TO DISCONNECT TO CONNECT TO THE REAL LIFE... Jgn lupe untuk keluar dari alam maya dan berada semula ke alam realiti. Fokus ke alam realiti. NOW. Sekarang. PRESENT.
Wallahualam...♥



Thursday, 9 June 2016

Sabarjelah...♥


So..
Sabar..
Sabar itu indah...
Sabar Allah yang Cipta....

So..
Sabar...
Sabar dalam beribadat...
Sabar dengan orang...
Sabar... sabar.. sabar...

So...
Sabar dan yakin..
InsyaAllah...

So.. Sabar jer lah...
Sabar sampai tak tahan sabar...
Sampai bilakah harus bersabar...

So...
Sabar...


♥♥♥

Latar Belakang KKJB


Saja simpan.. untuk jangan hilang... Hanilas Hellas pernah kerja kat cni (KKJB)satu masa dulu sebelum ditukar kepada (KSKBJB) pada Jun 2010.

1936 Pembinaan Rumah Sakit Umum Johor Bahru Calon-Calon Jururawat Pelatih Diperolehi Melalui Kempen Dan Galakan Serta Kerjasama Guru Besar Sekolah – Sekolah Perempuan Disekitar Johor Bahru 

27 Februari 1936 Skim Latihan Jururawat Pertama Di Malaya Diperkenalkan Di Negeri Johor Di  Rumah Sakit Umum Johor Bahru Seiringan Dengan Pembinaan  Rumah Sakit Umum Johor Bahru,    Sebuah Sekolah Latihan Dan  Asrama Jururawat   Telah Dibina    Di Kawasan Rumah Sakit.

1938 Latihan Jururawat Pertama  Dimulakan Di Rumah Sakit Umum Johor Bahru Matron Miss Scott Sebagai Pengajar Jururawat  Pertama Mengendalikan Latihan Jururawat Tersebut 

1942 Perang Dunia II Meletus.Negara Diistiharkan Darurat Latihan Jururawat Tergendala

1946 Latihan Kejururawatan Diteruskan Semula  Di Sekolah Latihan Jururawat , Rumah Sakit Umum Johor Bahru. Matron Miss Henderson  Mengendalikan Latihan Jururawat Tersebut. Kerajaan British Malaya Memperkenalkan Program   Baru Bagi Meningkatkan Taraf Perkhidmatan Dan Latihan Jururawat Setaraf  Dengan Di England Dan Wales. 

1947 Latihan Pembantu Hospital Dijalankan Bersama Dengan Latihan Jururawat 

1948   Peperiksaan Kemasukan Ke Latihan Jururawat Diadakan Bagi Calon Yang Tidak Mempunyai  Sijil Senior Cambridge 

1951         Latihan Diseragamkan Diseluruh Malaya. Peperiksaan Akhir Jururawat  Diiktiraf Sebagai  Peperiksaan Jabatan Pertama  Bagi Pembantu Hospital  Dan Mereka Layak Berdaftar  Dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

                Latihan Kebidanan (Bhg. II) dilaksanakan di Rumah Sakit Umum Johor Bahru. Sekolah dinamakan D.M.T.C.Domicilliary Midwife Training Centre yang mengendalikan wad bersalin kelas 3.

1952        Lembaga Jururawat , mewajibkan pendaftaran bagi semua Jururawat  dan Bidan. Program Latihan Jururawat  dijalankan selama 3 tahun 4 bulan  dengan kaedah Sistem Blok – 4 blok . Latihan mengandungi 9 bulan sesi teori dikelas dan 2 tahun 7 bulan latihan klinikal 

1956    Sebuah Komiti Pendidikan Jururawat ditubuhkan bagi menetapkan polisi latihan. Sekolah Latihan Jururawat  Pulau Pinang telah dipilih untuk memusatkan latihan jururawat Sekolah Latihan Jururawat   di Johor Bahru dan  Kuala Lumpur  ditutup sementara. 

1959 Latihan kebidanan (Bahagian I) untuk Jururawat terlatih dilaksanakan di Hospital Besar Johor Bahru. Latihan dilaksanakan secara latihan sambil belajar. Kurikulum Latihan berdasarkan kepada    “ Central Midwife Board ” United Kingdom. Latihan dikendalikan oleh Ketua Jururawat dan syarahan diberi oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi.

Februari 1960 Latihan disambung semula di Sekolah Jururawat, Rumah Sakit Johor Bahru 25 orang pelatih yang mengikuti latihan terdiri daripada 19 Jururawat Pelatih  dan 6 Pembantu Hospital Pelatih 

1960 Latihan Jururawat dengan rasmi di bawah kuasa Lembaga Jururawat Latihan Asas Jururawat Bersijil Pelatih sebagai Anggota Perkhidmatan Kesihatan Program latihan mengikut     “ General  Nursing Council ”

1964 Sebuah Sekolah Latihan  Jururawat  siap dibina. Upacara Pembukaan Rasmi Bangunan Ini Telah Disempurnakan Oleh: Inche Bahaman Bin Shamsudin, Menteri Kesihatan Malaysia Pada Sabtu 5 Hb. September 1964 Dan Dirancang Dan Dikelolakan Oleh Jabatan Kerja Raya Johor Kementerian Kerja Raya, Pos Dan Talikom

1964 Era Latihan diuruskan oleh  Pengajar Jururawat .Latihan Jururawat di Johor Bahru  dikendalikan oleh seorang Pengetua,  4 orang Pengajar Jururawat dan 8 orang “ Clinical Sister ”. Pengetua pertama di Sekolah Jururawat Hospital Johor Bahru ialah  Encik M.S.Murthy.

1965 Asrama 4 tingkat untuk  Pembantu Hospital Pelatih  disiapkan bersebelahan Sekolah Latihan  Jururawat  * Perasmian bangunan dilaksanakan pada 15 Februari 1965 oleh Y.B. Inche Bahaman bin Samsudin , Menteri Kesihatan Malaysia. 

1967 Asrama 6 tingkat untuk    Jururawat Pelatih siap dibina  pada 1967. Bangunan dirasmikan    pada 19 Julai 1967 oleh   Inche Bahaman bin Samsudin  Menteri Kesihatan Malaysia.

1970 Asrama Jururawat Pelatih 3 tingkat siap dibina dan dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Lee Siok Yew, Menteri Kesihatan Malaysia pada 28 September 1972.

Latihan Kebidanan diambil alih oleh Pengajar Jururawat Kebidanan di Sekolah Kebidanan Hospital Besar Johor Bahru. Pengajar pertama untuk latihan ini ialah Cik Boey Swee Kam. Pengambilan pelatih ialah 2 kali setahun. Sistem Pembelajaran secara Blok.

1972 Perubahan dalam Pentadbiran  Latihan Jururawat. Pelatih mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Status Pelatih sebagai Pelajar Latihan dipendekkan menjadi hanya 3 tahun saja  33 minggu teori dan 117 minggu latihan klinikal  kaedah penilaiannya secara teori dan praktikal “ Crash Programme ” – pengambilan calon dalam bilangan besar - dilaksanakan bagi memenuhi keperluan negara. 

1992 Taraf Latihan Jururawat dinaikkan dari Sijil ke Diploma. Sekolah Latihan Jururawat dinaiktaraf kepada Kolej Kejururawatan. Jururawat yang lulus sebelum 1992 diwajibkan mengikuti Kursus Peningkatan Kejururawatan selama 2 minggu di Kolej Kejururawatan.

1992 Logo dan Moto Kolej diperkenalkan. Bendera Kolej juga dikibarkan. Lagu Kolej berjudul “Malar Bakti” dicipta dan dinyanyikan. 

1995 Kursus Peralihan Penolong Jururawat ke Jururawat  dilaksanakan di KKJB Kaedah latihan secara Konvensional/ Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Kumpulan pertama pelatih seramai 27 orang pelatih. 

1995 Kursus Pos Basik
1Julai 1995 KKJB mengendalikan kursus pos basik berikut:-
Perawatan Psikiatri – 1 tahun 
Perawatan Rapi – 6 bulan 
Perawatan Koronari – 6 bulan
  KKJB juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia   pelatih kursus pos basik Perawatan Renal secara PJJ  yang mengikuti latihamal di Hospital Sultanah  Aminah Johor Bahru.
Pengetua KKJB :
Mr. M.S. Murthy                   1965 - 1972
Cik Dorothy Khoo S.K.       1972 - 1979
Pn. Asmarani Siddik           1979 - 1985
En. Abd Hadi Hj Hamid       1989 - 2000
Cik Rafiah bt Zakaria         2000 - 2005
Pn. Hjh. Rosnah Abd. Aziz   2005 
Cik Mariah Bt Rejab 2005 -  2008
Cik Ong Lee Hwa 2008 – 2010
2010 Bertukar ke Kempas Johor Bahru dengan nama KSKBJB.
LATIHAN KEBIDANAN
Kolej Kejururawatan Johor Bahru adalah kolej pertama yang menjalankan latihan kejururawatan di Malaysia. Latihan pertama dimulakan pada tahun 1936 hingga 1942 secara on the job training di Hospital Besar Johor bahru. Pada tahun 1942 hingga tahun 1945 latihan dihentikan sementara akibat perang dunia kedua. Latihan diteruskan semula pada tahun 1946 hingga 1956 dimana jangkamasa sesuatu latihan mengambil masa 3 tahun 4 bulan. Pada masa yang sama latihan Bidan bahagian 2 yang mengambil masa 2 tahun setiap satu kursus juga dijalankan.
Pada tahun 1947 laithan Pembantu Perubatan pada mula dijalankan bersama-sama dengan latihan Jururawat dimana latihan dimana latihan ini diiktiraf oleh Lembaga Jururawatat Malaysia pada tahun 1956. Pada tahun 1971 latihan Pembantu Perubatan dipindahkan ke Seremban

SALAM RAMADHAN 2016

Sedar x sedar, da masuk 3 hari Ramadhan pada tahun ini.. Saje nak wish. Google jap ler imej.
Salam Ramadhan 2016. Semoga segala Amal yang kita jalankan mendapat rahmat dan keberketan dari Allah S.W.T. Aamin..♥♥♥

Salam Ramadhan dari Hanilas Hellas

SKRIP PENGACARA MAJLIS / KURSUS YANG SIMPLE

Kata Aluan
INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,
BERARAK DI CELAH POHON CEMARA;
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....
ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN...
RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
VIP/
YANG DIHORMATI

VVIP

YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI
PENCERAMAH JEMPUTAN YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI  PN/ENCIK. ______________________________

YANG DIKASIHI
KETUA-KETUA PROGRAM, PENGAJAR2, JURURAWAT2 KLINIKAL, STAF PENTADBIRAN SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN , PESERTA-PESERTA KURSUS,   WARGA  DEWAN YG DIHORMATI SEKALIAN
Ucapan MC
ASSALAMUALAIKUM  W.B.T... SALAM CERIA. DAN SALAM 1 MALAYSIA

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,  KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL PADA PAGI INI.
           
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH DAN MENGALU-ALUKAN, KEHADIRAN TUAN-TUAN KE KURSUS “______________________________ ” DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU.
Bacaan Doa




HADIRIN SEKALIAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN KURSUS KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH EN. _________________________.

 MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

--------------------DOA----------------

AMIN AMIN YA RABIBIL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA  EN. _________________  DI  ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

Biodata Penceramah
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
SEBELUM TIRAI CERAMAH DIBUKA,SEBELUM KURSUS BERMULA,  SUKA SAYA MEMBACAKAN BIODATA PENCERAMAH KITA PADA HARI INI.

1.     NAMA DIBERI  PN./ ENCIK _____________________ .
2.     BELIAU  MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN NEGERI ____________.
3.    BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK) _______________________________________________________
4.    DI (UNVERSITI)_______________________________________  
5.    DAN KINI MENJAWAT JAWATAN  SEBAGAI (JAWATAN) _______________________________________________.
6.         BELIAU SEMEMANGNYA ARIF DAN BERPENGETAHUAN LUAS DALAM ________________________________. (XDE PON OK)

TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN. / ENCIK ____________________________  UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU.
MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.

REHAT MINUM PAGI

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
KITA BERHENTI SEKETIKA UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA MINUM PAGI. DIJEMPUT TUAN PENCERAMAH KITA DIDIRINGI  ____________________________, SERTA  PESERTA KURSUS JUGA UNTUK MINUM PAGI DI MEDAN PELATIH. PARA PESERTA KURSUS  DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI DEWAN KULIAH TEPAT JAM 11.00 PAGI. KERJASAM ANDA AMAT KAMI HARGAI.


SAMB. LEPAS MINUM PAGI

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

BERTEMU KITA SEKALI LAGI UNTUK MENERUSKAN SESI KEDUA CERAMAH KITA PADA HARI INI SAYA SERAHKAN SEMULA MAJLIS KEPADA PUAN PENCERAMAH KITA,  @ PENCERAMAH LAIN                                                                 PN. /ENCIK ______________________


REHAT MAKAN TENGAHARI



PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

SESI CERAMAH KITA BERHENTI SEKALI LAGI UNTUK MAKAN TENGAHARI & SOLAT. DIJEMPUT TUAN PENCERAMAH  @ PENCERAMAH LAIN                                                           KITA DIIRINGI  _______________ UNTUK JAMUAN MAKAN TENGAHARI DI MEDAN PELATIH. PESERTA KURSUS JUGA DIJEMPUT UNTUK MAKAN TENGAHRI  DAN MOHON KERJASAMA  SUPAYA BERADA DI DEWAN KULAIH TEPAT JAM _____ 11.00 PAGI.
SAMB. MKN TENGAHRI
ASSALAMUALAIKUM W.B.T. SELAMAT PETANG.. DAN SALAM 1 MALAYSIA

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,  KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL SEKALI LAGI  PADA PETANG INI.
           
HADIRIN SEKALIAN

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT SEKALI LAGI TUAN PENCERAMAH KITA  @ PENCERAMAH LAIN UNTUK MENERUSKAN MAJLIS.
PENUTUP MAJLIS
HADIRIN YANG BUDIMAN,
SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA URUSETIA UNIT LATIHAN ANGGOTA  KSKBJB  MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA  PUAN PENCERAMAH KITA PN. _________________ ATAS SEGALA ILMU & NASIHAT YANG AMAT PENTING DAN BERGUNA SEPANJANG CERAMAH KITA PADA HARI INI. HALALKAN SEGALA TUNJUK AJAR DAN ILMU PUAN YER PADA HARI INI.
TIDAK LUPA JUGA MAJLIS JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM  PEGANJURAN “_________________________________________________  HARI INI.
 SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SAYA MENGENDALIKAN MAJLIS INI.
 AKHIR KATA,

SEKIAN, WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH. WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.

PERSIAPKAN SKRIP PENGACARA MAJLIS / EMCEE UNTUK KURSUS / BENGKEL

Kata Aluan
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....
ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN...
RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA
SALUTASI
YANG DIHORMATI

PUAN NAEIN @ CRISPINA BINTI LOJIWIN, TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK KSKBJB,

PUAN NABILA AL-MUNA BINTI MOHD NOOR, TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN KSKBJB,

****YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI****
PENCERAMAH JEMPUTAN YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI PN. ______________________________

YANG DIKASIHI
KETUA-KETUA PROGRAM, KETUA-KETUA UNIT, PENGAJAR2, JURURAWAT2  KLINIKAL, STAF PENGURUSAN SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN WARGA KSKBJB SEKALIAN
UCAPAN ALUAN MC
ASSALAMUALAIKUM W.B.T... SELAMAT SEJAHTERA & SALAM MUAFAKAT JOHOR.

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,  KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL PADA PAGI INI.
           
PIHAK URUSETIA BENGKEL  MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH DAN MENGALU-ALUKAN, KEHADIRAN TUAN-TUAN DI AUDITORIUM SRI PERDANA, KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU
 KE
WORKSHOP: CONQUER STRESS ACHIEVE SUCCESS
ATAU DENGAN BAHASA IBUNDA KITA
MENANGANI STRESS MENUJU KEJAYAAN”
DOA




HADIRIN SEKALIAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN BENGKEL KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH EN. UMAR BIN MISNAN.

 MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
--------------------DOA----------------
AMIN AMIN YA RABIBIL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN. UMARBIN MISNAN  DI  ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

SLOT 1 : MENGENALI PERSONALITI STRES

PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

PEMBUKA SLOT PERTAMA KITA PADA PAGI YANG MULIA INI, MAJLIS DENGAN SUKACINTANYAHORMATNYA  MEMPERSILAKAN PN. HJH HAJI BONNISA  BINTI  MD ABDUL KADIR, PEGAWAI PSIKOLOGI, KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU UNTUK MENERUSKAN SLOT PERTAMA BENGKEL KITA PADA HARI INI DENGAN TAJUK MENGENALI PERSONALITI STRES. MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.
SLOT 2: STRESS VS BURNOUT

Biodata Penceramah
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HAJAH HAJIBONNISA DIATAS PERKONGSIAN ILMU MENGENALI PERSONALITI STRES DI SLOT PERTAMA TADI. SAYA PASTI SEMUA DAPAT MENGENALI STRES LEPAS SLOT INI YE.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,

SLOT KEDUA YANG AKAN MENYUSUL DENGAN TAJUK STRESS VERSUS BURNOUT INI KAMI DATANGKAN KHAS PENCERAMAH DARI HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU.

SEBELUM BERMULA,   IZINKAN  SAYA MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PENCERAMAH KITA PADA HARI INI.

NAMA DIBERI   ENCIK MOHD YASIN BIN KAMIS
BELIAU  MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN NEGERI ____________.
BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK) _______________________________________________________

DI (UNVERSITI)_______________________________________  
DAN KINI MENJAWAT JAWATAN  SEBAGAI (JAWATAN) PEGAWAI PSIKOLOGI DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU.
 
TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN ENCIK MOHD YASIN BIN KAMIS UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.

REHAT

1
 
10.00 – 10.30 PAGI
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN. MOHD YASIN BIN KAMIS DIATAS SEGALA PENERANGAN DAN PENGETAHUAN BARU YANG DIKONGSIKAN BERSAMA KITA SEBENTAR TADI.

MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT (TUAN/PUAN) ______________________ , (JAWATAN)______________ UNTUK MENYAMPAIKAN CEDERAHATI KEPADA TUAN PENCERAMAH KITA. MAJLIS SEKALI LAGI MENJEMPUT ENCIK MOHD YASIN BIN KAMIS KE ATAS PENTAS. MAJLIS MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH PUAN/TUAN

              PARA HADIRIN SEKALIAN.
BENGKEL  BERHENTI SEKETIKA UNTUK MEMBERI PELUANG SEMUA PESERTA KURSUS BEREHAT SEBENTAR. PIHAK PENGANJUR JUGA MEMOHON MAAF KERANA SAJIAN TIDAK DISEDIAKAN PADA BENGKEL KITA HARI INI BAGI MENGHORMATI BULAN RAMADHAN AL- MUBARAK.

PARA PESERTA KURSUS  DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI AUDITORIUM SRI PERDANA TEPAT JAM 11.00 PAGI BAGI MENERUSKAN SLOT KE-3. KERJASAMA  ANDA AMAT KAMI HARGAI.

SLOT 3: MEMBINA KETAHANAN DIRI (SELF RESILIENCE)
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

BERTEMU KITA SEKALI LAGI UNTUK MENERUSKAN SLOT KE 3 BENGKEL KITA DENGAN TAJUK MEMBINA KETAHANAN DIRI (SELF RESILIENCE).  SAYA SERAHKAN SEMULA MAJLIS KEPADA PUAN HAJAH HAJI BON NISSA BINTI MD ABDUL KADIR, PEGAWAI PSIKOLOGI KITA BAGI ACARA SETERUSNYA.
 MAJLIS MEMPERSILAKAN.
SLOT 4: MINDFULLNESS (MINDA KETARA SEDAR)




2
 
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HAJAH HAJIBON NISSA DENGAN SLOT KETIGA SEBENTAR TADI.

BAIKLAH.PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

BENGKEL KITA DITERUSKAN LAGI DENGAN PENGISIAN SLOT KE -4 PADA PAGI INI. SLOT KE 4 DENGAN TAJUK MINDFULLNESS ATAU MINDA KETARA SEDAR YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN KITA PADA PAGI INI.

SERBA SEDIKIT INFORMASI BELIAU.

NAMA DIBERI   ENCIK BACHAN SINGH
BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK) _______________________________________________________

DI (UNVERSITI)_______________________________________  
DAN KINI MENJAWAT JAWATAN  SEBAGAI PENSYARAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTM.
 
TANPA MEMBUANG MASA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN ENCIK BACHAN SINGH UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.
CERAMAH………..
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENCERAMAH KITA EN BACHAN SINGH DIATAS PERKONGSIAN ILMU SEBENTAR TADI.
MAJLIS DENGAN SUKACINTANYA MENJEMPUT __________________ TIMBALAN PENGARAH _________ UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA TUAN PENCERAMAH KITA. DIJEMPUT SEKALI LAGI EN. BACHAN SINGH KE ATAS PENTA UNTUK MENERIMA CENDERAHATI DARI PIHAK KOLEJKSKBJB.
SEBELUM REHAT
PARA HADIRIN SEKALIAN.
BENGKEL KITA BERHENTI SEKALI LAGI UNTUK REHAT TENGAHARI DAN SOLAT ZOHOR.

PESERTA KURSUS  JUGA DIINGATKAN SUPAYA BERADA SEMULA DI AUDITORIUM SRI PERDANA TEPAT JAM 2.00 PETANG UNTUK SLOT SETERUSNYA.

KERJASAMA  DARI SEMUA PESERTA KURSUS AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH
SELEPAS REHAT

SLOT 5:
NEURO LANGUAGE PROGRAMME (NLP) DALAM MENANGANI STRESS
 &
PENYAMPAIAN CENDERAHATI

3
 
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
SELAMAT PETANG DAN SALAM MUAFAKAT JOHOR.

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T,  KERANA DENGAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL SEKALI LAGI  UNTUK MENERUSKAN BENGKEL KITA PADA PETANG INI.
           
HADIRIN SEKALIAN

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SLOT KE-5 BENGKEL DENGAN TAJUK NEURO LANGUAGE PROGRAMME (NLP) DALAM MENANGANI STRES.

DENGAN INI SAYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PUAN PENCERAMAH KITA  DOKTOR RAHAYU BINTI M. YUSOF PEGAWAI PERUBATAN PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU. MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.

CERAMAH...............

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA DOKTOR RAHAYU BINTI M. YUSOF DIATAS PERKONGSIAN ILMU DI SLOT -5 KITA SEBENTAR TADI.
MAJLIS JUGA INGIN MENJEMPUT (PN/TUAN)______________________ (JAWATAN)________________ UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH KITA PADA PETANG INI. DIJEMPUT DOKTOR RAHAYU UNTUK MENERIMA CENDERAHTI DARI PIHAK KOLEJ.

****TERIMA KASIH PUAN/TUAN.        
SLOT 6:
PERKASAKAN EMOSI, MINDA DAN TUBUH DENGAN HIPNOSIS DIRI

PARA HADIRIN SEKALIAN.

SEPERTI SEMUA SEDIA MAKLUM, TINGGAL 1 LAGI SLOT KITA PADA PETANG INI. SLOT KE – 6 PADA PETANG INI DENGAN TAJUK PERKASAKAN EMOSI, MINDA DAN TUBUH DENGAN HIPNOSIS DIRI PASTI DINANTI-NANTI. DENGAN INI, SAYA TERUS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN TUAN PENCERAMAH KITA, ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN, SEORANG PENSYARAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM UNTUK BERKONGSI ILMU BAGI SLOT KALI INI.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

4
 
PENUTUP:
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PENCERAMAH KITA ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN, DIATAS PERKONGSIAN ILMU YANG AMAT BERMAKNA BUAT PERSERTA KURSUS SEMUANYA PADA PETANG INI.

MAJLIS JUGA INGIN MENJEMPUT (PN/TUAN)______________________ (JAWATAN)________________ UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH KITA PADA PETANG INI. DIJEMPUT ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN UNTUK MENERIMA CENDERAHTI DARI PIHAK KOLEJ.

TERIMA KASIH TUAN/ PUAN.***lepas bagi cenderahati*****

PARA HADIRIN SEKALIAN,

DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI SEBENTAR TADI MAKA BENGKEL : CONQUER STRESS ACHIEVE SUCCESS HAMPIR KEPADA PENGHUJUNGNYA.

SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA &  URUSETIA UNIT LATIHAN ANGGOTA  KSKBJB  MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA BENGKEL DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MEMASTIKAN PENGANJURAN BENGKEL BERJALAN DENGAN JAYANYA PADA HARI INI.

MOHON MAAF DARI SAYA SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA, TERLANJUR BICARA SEPANJANG MENGENDALIKAN BENGKEL PADA HARI INI. SESUNGGUHNYA, YANG TERBAIK ITU DATANGYA DARI ALLAH S.W.T. JUA DAN YANG KEKURANGAN ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI.

AKHIR KATA,

SEKIAN. WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH. WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.

MAJLIS BERSURAI



1,2,3,4 : CARI PEGAWAI UNTUK SAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH JEMPUTAN