Thursday, 9 June 2016

PERSIAPKAN SKRIP PENGACARA MAJLIS / EMCEE UNTUK KURSUS / BENGKEL

Kata Aluan
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....
ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN...
RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA
SALUTASI
YANG DIHORMATI

PUAN NAEIN @ CRISPINA BINTI LOJIWIN, TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK KSKBJB,

PUAN NABILA AL-MUNA BINTI MOHD NOOR, TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN KSKBJB,

****YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI****
PENCERAMAH JEMPUTAN YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI PN. ______________________________

YANG DIKASIHI
KETUA-KETUA PROGRAM, KETUA-KETUA UNIT, PENGAJAR2, JURURAWAT2  KLINIKAL, STAF PENGURUSAN SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN WARGA KSKBJB SEKALIAN
UCAPAN ALUAN MC
ASSALAMUALAIKUM W.B.T... SELAMAT SEJAHTERA & SALAM MUAFAKAT JOHOR.

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,  KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL PADA PAGI INI.
           
PIHAK URUSETIA BENGKEL  MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH DAN MENGALU-ALUKAN, KEHADIRAN TUAN-TUAN DI AUDITORIUM SRI PERDANA, KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU
 KE
WORKSHOP: CONQUER STRESS ACHIEVE SUCCESS
ATAU DENGAN BAHASA IBUNDA KITA
MENANGANI STRESS MENUJU KEJAYAAN”
DOA




HADIRIN SEKALIAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN BENGKEL KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH EN. UMAR BIN MISNAN.

 MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
--------------------DOA----------------
AMIN AMIN YA RABIBIL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN. UMARBIN MISNAN  DI  ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

SLOT 1 : MENGENALI PERSONALITI STRES

PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

PEMBUKA SLOT PERTAMA KITA PADA PAGI YANG MULIA INI, MAJLIS DENGAN SUKACINTANYAHORMATNYA  MEMPERSILAKAN PN. HJH HAJI BONNISA  BINTI  MD ABDUL KADIR, PEGAWAI PSIKOLOGI, KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU UNTUK MENERUSKAN SLOT PERTAMA BENGKEL KITA PADA HARI INI DENGAN TAJUK MENGENALI PERSONALITI STRES. MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.
SLOT 2: STRESS VS BURNOUT

Biodata Penceramah
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HAJAH HAJIBONNISA DIATAS PERKONGSIAN ILMU MENGENALI PERSONALITI STRES DI SLOT PERTAMA TADI. SAYA PASTI SEMUA DAPAT MENGENALI STRES LEPAS SLOT INI YE.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,

SLOT KEDUA YANG AKAN MENYUSUL DENGAN TAJUK STRESS VERSUS BURNOUT INI KAMI DATANGKAN KHAS PENCERAMAH DARI HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU.

SEBELUM BERMULA,   IZINKAN  SAYA MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PENCERAMAH KITA PADA HARI INI.

NAMA DIBERI   ENCIK MOHD YASIN BIN KAMIS
BELIAU  MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN NEGERI ____________.
BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK) _______________________________________________________

DI (UNVERSITI)_______________________________________  
DAN KINI MENJAWAT JAWATAN  SEBAGAI (JAWATAN) PEGAWAI PSIKOLOGI DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU.
 
TANPA MEMBUANG MASA LAGI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN ENCIK MOHD YASIN BIN KAMIS UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.

REHAT

1
 
10.00 – 10.30 PAGI
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN. MOHD YASIN BIN KAMIS DIATAS SEGALA PENERANGAN DAN PENGETAHUAN BARU YANG DIKONGSIKAN BERSAMA KITA SEBENTAR TADI.

MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT (TUAN/PUAN) ______________________ , (JAWATAN)______________ UNTUK MENYAMPAIKAN CEDERAHATI KEPADA TUAN PENCERAMAH KITA. MAJLIS SEKALI LAGI MENJEMPUT ENCIK MOHD YASIN BIN KAMIS KE ATAS PENTAS. MAJLIS MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH PUAN/TUAN

              PARA HADIRIN SEKALIAN.
BENGKEL  BERHENTI SEKETIKA UNTUK MEMBERI PELUANG SEMUA PESERTA KURSUS BEREHAT SEBENTAR. PIHAK PENGANJUR JUGA MEMOHON MAAF KERANA SAJIAN TIDAK DISEDIAKAN PADA BENGKEL KITA HARI INI BAGI MENGHORMATI BULAN RAMADHAN AL- MUBARAK.

PARA PESERTA KURSUS  DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI AUDITORIUM SRI PERDANA TEPAT JAM 11.00 PAGI BAGI MENERUSKAN SLOT KE-3. KERJASAMA  ANDA AMAT KAMI HARGAI.

SLOT 3: MEMBINA KETAHANAN DIRI (SELF RESILIENCE)
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

BERTEMU KITA SEKALI LAGI UNTUK MENERUSKAN SLOT KE 3 BENGKEL KITA DENGAN TAJUK MEMBINA KETAHANAN DIRI (SELF RESILIENCE).  SAYA SERAHKAN SEMULA MAJLIS KEPADA PUAN HAJAH HAJI BON NISSA BINTI MD ABDUL KADIR, PEGAWAI PSIKOLOGI KITA BAGI ACARA SETERUSNYA.
 MAJLIS MEMPERSILAKAN.
SLOT 4: MINDFULLNESS (MINDA KETARA SEDAR)




2
 
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HAJAH HAJIBON NISSA DENGAN SLOT KETIGA SEBENTAR TADI.

BAIKLAH.PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

BENGKEL KITA DITERUSKAN LAGI DENGAN PENGISIAN SLOT KE -4 PADA PAGI INI. SLOT KE 4 DENGAN TAJUK MINDFULLNESS ATAU MINDA KETARA SEDAR YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN KITA PADA PAGI INI.

SERBA SEDIKIT INFORMASI BELIAU.

NAMA DIBERI   ENCIK BACHAN SINGH
BELIAU MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH (AKEDEMIK) _______________________________________________________

DI (UNVERSITI)_______________________________________  
DAN KINI MENJAWAT JAWATAN  SEBAGAI PENSYARAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTM.
 
TANPA MEMBUANG MASA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN ENCIK BACHAN SINGH UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.
CERAMAH………..
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENCERAMAH KITA EN BACHAN SINGH DIATAS PERKONGSIAN ILMU SEBENTAR TADI.
MAJLIS DENGAN SUKACINTANYA MENJEMPUT __________________ TIMBALAN PENGARAH _________ UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA TUAN PENCERAMAH KITA. DIJEMPUT SEKALI LAGI EN. BACHAN SINGH KE ATAS PENTA UNTUK MENERIMA CENDERAHATI DARI PIHAK KOLEJKSKBJB.
SEBELUM REHAT
PARA HADIRIN SEKALIAN.
BENGKEL KITA BERHENTI SEKALI LAGI UNTUK REHAT TENGAHARI DAN SOLAT ZOHOR.

PESERTA KURSUS  JUGA DIINGATKAN SUPAYA BERADA SEMULA DI AUDITORIUM SRI PERDANA TEPAT JAM 2.00 PETANG UNTUK SLOT SETERUSNYA.

KERJASAMA  DARI SEMUA PESERTA KURSUS AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH
SELEPAS REHAT

SLOT 5:
NEURO LANGUAGE PROGRAMME (NLP) DALAM MENANGANI STRESS
 &
PENYAMPAIAN CENDERAHATI

3
 
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
SELAMAT PETANG DAN SALAM MUAFAKAT JOHOR.

 ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T,  KERANA DENGAN IZINNYA, DAPAT KITA  BERKUMPUL SEKALI LAGI  UNTUK MENERUSKAN BENGKEL KITA PADA PETANG INI.
           
HADIRIN SEKALIAN

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SLOT KE-5 BENGKEL DENGAN TAJUK NEURO LANGUAGE PROGRAMME (NLP) DALAM MENANGANI STRES.

DENGAN INI SAYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PUAN PENCERAMAH KITA  DOKTOR RAHAYU BINTI M. YUSOF PEGAWAI PERUBATAN PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU. MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.

CERAMAH...............

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA DOKTOR RAHAYU BINTI M. YUSOF DIATAS PERKONGSIAN ILMU DI SLOT -5 KITA SEBENTAR TADI.
MAJLIS JUGA INGIN MENJEMPUT (PN/TUAN)______________________ (JAWATAN)________________ UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH KITA PADA PETANG INI. DIJEMPUT DOKTOR RAHAYU UNTUK MENERIMA CENDERAHTI DARI PIHAK KOLEJ.

****TERIMA KASIH PUAN/TUAN.        
SLOT 6:
PERKASAKAN EMOSI, MINDA DAN TUBUH DENGAN HIPNOSIS DIRI

PARA HADIRIN SEKALIAN.

SEPERTI SEMUA SEDIA MAKLUM, TINGGAL 1 LAGI SLOT KITA PADA PETANG INI. SLOT KE – 6 PADA PETANG INI DENGAN TAJUK PERKASAKAN EMOSI, MINDA DAN TUBUH DENGAN HIPNOSIS DIRI PASTI DINANTI-NANTI. DENGAN INI, SAYA TERUS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN TUAN PENCERAMAH KITA, ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN, SEORANG PENSYARAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM UNTUK BERKONGSI ILMU BAGI SLOT KALI INI.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

4
 
PENUTUP:
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PENCERAMAH KITA ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN, DIATAS PERKONGSIAN ILMU YANG AMAT BERMAKNA BUAT PERSERTA KURSUS SEMUANYA PADA PETANG INI.

MAJLIS JUGA INGIN MENJEMPUT (PN/TUAN)______________________ (JAWATAN)________________ UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH KITA PADA PETANG INI. DIJEMPUT ENCIK/CIKGU SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN UNTUK MENERIMA CENDERAHTI DARI PIHAK KOLEJ.

TERIMA KASIH TUAN/ PUAN.***lepas bagi cenderahati*****

PARA HADIRIN SEKALIAN,

DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI SEBENTAR TADI MAKA BENGKEL : CONQUER STRESS ACHIEVE SUCCESS HAMPIR KEPADA PENGHUJUNGNYA.

SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA &  URUSETIA UNIT LATIHAN ANGGOTA  KSKBJB  MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA BENGKEL DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MEMASTIKAN PENGANJURAN BENGKEL BERJALAN DENGAN JAYANYA PADA HARI INI.

MOHON MAAF DARI SAYA SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA, TERLANJUR BICARA SEPANJANG MENGENDALIKAN BENGKEL PADA HARI INI. SESUNGGUHNYA, YANG TERBAIK ITU DATANGYA DARI ALLAH S.W.T. JUA DAN YANG KEKURANGAN ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI.

AKHIR KATA,

SEKIAN. WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH. WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.

MAJLIS BERSURAI



1,2,3,4 : CARI PEGAWAI UNTUK SAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH JEMPUTAN
 
 





                                                                                                                                           

4 comments: