Wednesday 28 October 2015

Skrip MC Majlis Perpisahan

Skrip ni sengaja dibuat bentuknya supaya senang nak di potong .. so kunun nye dapat la jadik mcm que kad.. tp.. kekadang bl da kelam kabut & byk adjusment drpd pihak urusetia majlis.. lari2 ler jugak.. pandai2ler adjust.. senang gak.. xder ler org nmpk kite bwk 1 kertas a4 jer manjang...

ps: simpan bio x hilang...♥

     
BismilLahir Rahmanir Rahim….    Assalamu `Alaikum W.B.T. & Selamat datang ke majlis Perpisahan Ahli Kelab Warga KSKBJB yang berpindah keluar pada tengahari ini.
Yang Berusaha            
 Pn. Zaleha binti Abu Bakar,  Pengarah KSKBJB
Pn. Naein @ Crispina Bt. Lajwin, Timb. Pengarah Akademik
 Pn. Siti Bidah Bt. Ismail, Timbalan Pengarah HEP
Pn. Nabila Al-Muna binti Mohd Nor,Timb.  Pengarah Pengurusan
Yang Diraikan
Matron  Habsah Binti Ab. Malek  , Matron Radziah Bt. Md. Amin &
Pn. Hafizah binti Mat Desa
Yang Dikasihi
Ketua2 Program, Ketua2 Unit, Pengajar-pengajar Kanan
Pengajar2 , Staf2 klinikal, Staf2 pengurusan dan warga kerja KSKBJB , hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Seterusnya,  majlis menjemput pula Matron Radziah bt. Md. Amin  bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
******************  ucapan.   *********************
 Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Matron Radziah Bt. Md. AMin  atas ucapan sebentar  tadi.


Saya  mewakili seluruh warga kolej   mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan  ke majlis perpisahan ahli kelab warga kskbjb yang berpindah  pada tengahari  ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita sekali lagi bersama-sama berkumpul pada hari ini  bagi meraikan, Pn. Habsah, Pn. Radziah & Pn. Hafiza  yang kami kasihi , Beliau seperti yang kita , dinaikan pangkat mengikut jawatan dan berpindah keluar ke tempat baru.  Tahniah saya ucapakan.

Para hadirin sekalian.
Seterusnya,  majlis menjemput pula yang diraikan Pn. Hafiza bt. Mat Desa bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
******************  ucapan.   *********************
 Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Hafiza binti mat Desa  atas ucapan sebentar  tadi.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ____________________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

******************   doa    *******************
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ___________________ di atas bacaan doa sebentar  tadi.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan & menjemput  Yang Dihormati, Pn. Zaleha binti Abu Bakar, pengarah KSKBJB  untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan hormatnya majlis mempersilakan .
*************   ucapan ************************
Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada Pn Zaleha bt Abu Bakar diatas kata-kata perangsang kepada bukan sahaja yang diraikan,  tetapi kepada kita semua hendaknya

Tuan Puan para hadirin yang dikasihi sekalian
Tidak lengkap rasanya jika kita tidak mendengar ucapan dan kata-kata dari tetamu yang kita raikan pada tengahari  ini.
Tanpa membuang masa saya dengan rasa sukacitanya  menjemput  Matron Habsah bt Ab. Malek  bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
******************  ucapan.   *********************
 Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Matron habsah Bt. Ab. Malek  atas ucapan sebentar  tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati kepada yang diraikan pada hari ini. 
Sebelum itu, Majlis mempersilakan Pn. Zaleha Abu Bakar dan didiringi oleh ______________ untuk  menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu yang kita raikan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan Pn. Radziah bt Mohd Amin kehadapan untuk menerima cenderahati
Seterusnya dijemput pula PN. Habsah Abd Malaek.
Dan terakhir sekali dijemput Pn. Hafizah bt Mat Desa kedepan untuk menerima cenderahati

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang diraikan Matron  Habsah Binti Ab. Malek  , Matron Radziah Bt. Md. Amin & Pn. Hafizah binti Mat Desa  kerana sudi untuk bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar  tetamu Yang kita raikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Perpisahan pada hari  ini
Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Hadirin & hadirat yang dihormati sekelian.
Majlis menjemput tetamu yang diraikan beserta semua warga KSKBJB untuk menjamu selera
.
Sekian sahaja, salam hormat,  & Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Jemput para hadirin & diraikan menjamu selera

No comments:

Post a Comment