Wednesday 28 October 2015

Skrip MC Annual Dinner...

Simpan biar jagan hilang...
Buat masa ni sedang meng'clear'kan pc di hopis... PC hopis yer.. bukan pc sendiri.. bl da berat.. kena delete ler yang tak perlu nie... so simpan dlu yang mana dapat kita share sebagai bahan rujukan.

Dinner ni da  setahun yang lepas.. sebelum serahkan kepada mc yg lebih ber versatile... kita as org yg kijer nk ler approach staf n pengarah yg sudi dtg.. so.. juz a little n simple for me right now...♥

SKRIP
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia

Puan Zaleha binti Abu Bakar (pengarah KSKBJB)

diiringi dif-dif kehormat masuk ke dewan.

Hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing..
Ke Ponderosa  membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Saya bawakan kepada anda “Majlis Annual DInner Kelab Warga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru  2014”
Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T. & Salam Salam Muhibbah

Yang Berusaha
Puan Zaleha binti Abu Bakar.,
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Nabila Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan

Yang Dihormati
En. Yunus Sufaat
(Pengerusi Kelab Warga KSKBJB

Urusetia Kelab Warga KSKBJB, Ahli Kelab Warga
 & Tuan Puan  Hadirin hadirat yang  dikasihi sekalian.

Selamat datang di Ponderosa Golf & Country Resort diucapkan kepada semua tetamu ke  Majlis Annual DInner Kelab Warga KSKBJB 2014.

Majlis bertemakan  Merah Biru Masquerade, Berkilau-kilauan semua tetamu kita pada malam yang indah dan meriah ini rasanya kan.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya di malam yang berbahgia ini dapat kita bersama-sama berkumpul sebagai satu ukhwah  untuk menjayakan Malam Annual Dinner anjuran kelab Warga KSKBJB…

Para hadirin sekalian.


Untuk makluman tuan puan sekalain, Tujuan majlis ini diadakan,

Pertamanya untuk meraikan Hari Jadi Warga Kelab yang lahir pada bulan Julai Hingga Disember 2014.

Selain itu, kita bukan sahaja  meraikan majlis Annual Dinner dan hari Keluarga KSKBJB, tetapi menjadi medan bagi kita untuk beramah mesra mempereratkan silaturrahim antara satusama sebagai suatu keluarga.

Dan juga, kelab warga ingin meraikan seorang ahli kelab yang telah bertukar ke luar iaitu PN. Nur Humaira bt Amaladin yang tidak dapat hadir kerana baru melaporkan diri di Jabatan Kehakiman Putrajaya.

Malam ini sambutan dah macam 3 dalam 1 yer kawan-kawan.


Baiklah. Warga kerja KSKBJB  serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada malam yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En. Mohd Zambri bin Sudarman

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
___________doa____________

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Zambri bin Sudarman atas bacaan doa sebentar  tadi.

Tuan Puan para hadirin sekalian

Tirai majlis Annual Dinner dibuka dengan persembahan multimedia khas, tayangan Multimedia yang menceritakan serba sedikit perjalanan Kelab Warga KSKBJB sepanjang tahun. Majlis meminta tuan puan meminjamkan sebentar mata dan telinga untuk sama-sama kita menyaksikan tayangan sebentar sahaja lagi.
Marilah sama-sama kita saksikan.

Montaj
Itulah tadi sedikit sebanyak tayangan multimedia berkenaan aktiviti-aktivit  yang telah dianjurkan oleh Kelab Warga sepanjang tahun 2014 untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan.

Tuan-tuan dan puan puan.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput, Pengerusi Kelab Warga EN. Yunus Sufaat untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.

Ucapan….

Terima kasih diucapakan kepada En. Yunus Sufaat diatas ucapan beliau sebentar tadi.
Para hadirin yang dikasihi sekalian.

Daun selasih di pekan Sari
Batang jerami rebah ke bumi
Ucapan Puan Pengarah dinanti-nanti
Membuat majlis tambah berseri

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan & menjemput  Yang Dikasihi, Puan Zaleha Abu Bakar, pengarah KSKBJB  untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

                               ---------ucapan Pengarah ---------------

Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada Puan Pengarah ucapan beliau sebentar tadi. DIminta Puan Pengarah terus berada di atas pentas untuk menerima cenderahati dan menyampaikan hadiah kepada ahli kelab warga yang menyambut hari lahir pada Julai hingga Disember 2014 sebentar lagi.

Seterusnya majlis menjemput EN. Yunus Sufaat diiringi Puan Hjh Syarifah Norashikin Syed Hassan untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan pengarah atas kesudiaan beliau memeriahkan majlis ini.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah harijadi kepada Ahli Kelab Warga

Dengan segala hormatnya dipersilakan naik ke pantas untuk menerima hadiah.

______senarai nama-------------------

Para hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN GEMURUH kepada semua tetamu yang kita raikan

Majlis memohon Puan Pengarah agar dapat terus berada di atas pentas sekali lagi untuk meneruskan acara seterusnya.

Majlis sekali lagi menjemput yang diraikan rakan-rakan warga kolej yang menyambut hari jadi pada Julai – Disember 2014 untuk berada di atas pentas bagi acara pemotongan kek sebagai simbolik kepada Majlis hari Jadi dan Malam Annual Dinner Kelab Warga KSKBJB.

Itulah tadi upacara penyampaian hadiah dan sesi pemotongan kek hari jadi khusus untuk Yang Diraikan. Semoga ianya dapat dijadikan kenang-kenangan di masa hadapan.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Annual Dinner Kelab Warga KSKBJB.

Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Penaja kita walaupun diorang tiada di csini.

Terima kasih kepada
v  En. Kamal dari Kedai Serbaneka KSKBJB (berikan tepukan)
v  IB SECURITY SDN. BHD (pak guard pon sponsor ni.. brikan tepukan)
v  MAHMUDAH SUPPLY & TRADING (Kak milah catering kiter)
v  WARISAN IKHSAN (SYKT KEBERSIHAN KSKBJB)
v  & AHLI URUSETIA KELAB WARGA YG TERLIBAT SECARA LANGSUNG &  TIDAK LANGSUNG

Berikan tepukan yang gemuruh kepada diri kita sendiri yang sama-sama hadir memriahkan malam Annual Dinner KSKBJB 2014.

 Tiada kita… xder ler event nie kan… btol x?


Baiklah.
Para hadirin sekalian. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah silap sepanjang saya mengacarakan majlis.

Majlis menjemput Puan Pengarah &semua  tetamu yang diraikan beserta semua ahli keluarga  untuk menjamu selera dengan buffet yang disediakan oleh Catering Ponderosa Golf & Country Resort pada malam ini.



Sambil tuan puan menjamu selera, untuk menghagatkan dan mengegarkan malam Annual Dinner kita pada mlm ini, saya akan menjemput seseorang yang didatangkan khas dari Pulaifornia Jay bee…
En. ROzi..
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Berikan tepukan kepada EN. Rozi kita.

No comments:

Post a Comment