Thursday 9 June 2016

Latar Belakang KKJB


Saja simpan.. untuk jangan hilang... Hanilas Hellas pernah kerja kat cni (KKJB)satu masa dulu sebelum ditukar kepada (KSKBJB) pada Jun 2010.

1936 Pembinaan Rumah Sakit Umum Johor Bahru Calon-Calon Jururawat Pelatih Diperolehi Melalui Kempen Dan Galakan Serta Kerjasama Guru Besar Sekolah – Sekolah Perempuan Disekitar Johor Bahru 

27 Februari 1936 Skim Latihan Jururawat Pertama Di Malaya Diperkenalkan Di Negeri Johor Di  Rumah Sakit Umum Johor Bahru Seiringan Dengan Pembinaan  Rumah Sakit Umum Johor Bahru,    Sebuah Sekolah Latihan Dan  Asrama Jururawat   Telah Dibina    Di Kawasan Rumah Sakit.

1938 Latihan Jururawat Pertama  Dimulakan Di Rumah Sakit Umum Johor Bahru Matron Miss Scott Sebagai Pengajar Jururawat  Pertama Mengendalikan Latihan Jururawat Tersebut 

1942 Perang Dunia II Meletus.Negara Diistiharkan Darurat Latihan Jururawat Tergendala

1946 Latihan Kejururawatan Diteruskan Semula  Di Sekolah Latihan Jururawat , Rumah Sakit Umum Johor Bahru. Matron Miss Henderson  Mengendalikan Latihan Jururawat Tersebut. Kerajaan British Malaya Memperkenalkan Program   Baru Bagi Meningkatkan Taraf Perkhidmatan Dan Latihan Jururawat Setaraf  Dengan Di England Dan Wales. 

1947 Latihan Pembantu Hospital Dijalankan Bersama Dengan Latihan Jururawat 

1948   Peperiksaan Kemasukan Ke Latihan Jururawat Diadakan Bagi Calon Yang Tidak Mempunyai  Sijil Senior Cambridge 

1951         Latihan Diseragamkan Diseluruh Malaya. Peperiksaan Akhir Jururawat  Diiktiraf Sebagai  Peperiksaan Jabatan Pertama  Bagi Pembantu Hospital  Dan Mereka Layak Berdaftar  Dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

                Latihan Kebidanan (Bhg. II) dilaksanakan di Rumah Sakit Umum Johor Bahru. Sekolah dinamakan D.M.T.C.Domicilliary Midwife Training Centre yang mengendalikan wad bersalin kelas 3.

1952        Lembaga Jururawat , mewajibkan pendaftaran bagi semua Jururawat  dan Bidan. Program Latihan Jururawat  dijalankan selama 3 tahun 4 bulan  dengan kaedah Sistem Blok – 4 blok . Latihan mengandungi 9 bulan sesi teori dikelas dan 2 tahun 7 bulan latihan klinikal 

1956    Sebuah Komiti Pendidikan Jururawat ditubuhkan bagi menetapkan polisi latihan. Sekolah Latihan Jururawat  Pulau Pinang telah dipilih untuk memusatkan latihan jururawat Sekolah Latihan Jururawat   di Johor Bahru dan  Kuala Lumpur  ditutup sementara. 

1959 Latihan kebidanan (Bahagian I) untuk Jururawat terlatih dilaksanakan di Hospital Besar Johor Bahru. Latihan dilaksanakan secara latihan sambil belajar. Kurikulum Latihan berdasarkan kepada    “ Central Midwife Board ” United Kingdom. Latihan dikendalikan oleh Ketua Jururawat dan syarahan diberi oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi.

Februari 1960 Latihan disambung semula di Sekolah Jururawat, Rumah Sakit Johor Bahru 25 orang pelatih yang mengikuti latihan terdiri daripada 19 Jururawat Pelatih  dan 6 Pembantu Hospital Pelatih 

1960 Latihan Jururawat dengan rasmi di bawah kuasa Lembaga Jururawat Latihan Asas Jururawat Bersijil Pelatih sebagai Anggota Perkhidmatan Kesihatan Program latihan mengikut     “ General  Nursing Council ”

1964 Sebuah Sekolah Latihan  Jururawat  siap dibina. Upacara Pembukaan Rasmi Bangunan Ini Telah Disempurnakan Oleh: Inche Bahaman Bin Shamsudin, Menteri Kesihatan Malaysia Pada Sabtu 5 Hb. September 1964 Dan Dirancang Dan Dikelolakan Oleh Jabatan Kerja Raya Johor Kementerian Kerja Raya, Pos Dan Talikom

1964 Era Latihan diuruskan oleh  Pengajar Jururawat .Latihan Jururawat di Johor Bahru  dikendalikan oleh seorang Pengetua,  4 orang Pengajar Jururawat dan 8 orang “ Clinical Sister ”. Pengetua pertama di Sekolah Jururawat Hospital Johor Bahru ialah  Encik M.S.Murthy.

1965 Asrama 4 tingkat untuk  Pembantu Hospital Pelatih  disiapkan bersebelahan Sekolah Latihan  Jururawat  * Perasmian bangunan dilaksanakan pada 15 Februari 1965 oleh Y.B. Inche Bahaman bin Samsudin , Menteri Kesihatan Malaysia. 

1967 Asrama 6 tingkat untuk    Jururawat Pelatih siap dibina  pada 1967. Bangunan dirasmikan    pada 19 Julai 1967 oleh   Inche Bahaman bin Samsudin  Menteri Kesihatan Malaysia.

1970 Asrama Jururawat Pelatih 3 tingkat siap dibina dan dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Lee Siok Yew, Menteri Kesihatan Malaysia pada 28 September 1972.

Latihan Kebidanan diambil alih oleh Pengajar Jururawat Kebidanan di Sekolah Kebidanan Hospital Besar Johor Bahru. Pengajar pertama untuk latihan ini ialah Cik Boey Swee Kam. Pengambilan pelatih ialah 2 kali setahun. Sistem Pembelajaran secara Blok.

1972 Perubahan dalam Pentadbiran  Latihan Jururawat. Pelatih mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Status Pelatih sebagai Pelajar Latihan dipendekkan menjadi hanya 3 tahun saja  33 minggu teori dan 117 minggu latihan klinikal  kaedah penilaiannya secara teori dan praktikal “ Crash Programme ” – pengambilan calon dalam bilangan besar - dilaksanakan bagi memenuhi keperluan negara. 

1992 Taraf Latihan Jururawat dinaikkan dari Sijil ke Diploma. Sekolah Latihan Jururawat dinaiktaraf kepada Kolej Kejururawatan. Jururawat yang lulus sebelum 1992 diwajibkan mengikuti Kursus Peningkatan Kejururawatan selama 2 minggu di Kolej Kejururawatan.

1992 Logo dan Moto Kolej diperkenalkan. Bendera Kolej juga dikibarkan. Lagu Kolej berjudul “Malar Bakti” dicipta dan dinyanyikan. 

1995 Kursus Peralihan Penolong Jururawat ke Jururawat  dilaksanakan di KKJB Kaedah latihan secara Konvensional/ Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Kumpulan pertama pelatih seramai 27 orang pelatih. 

1995 Kursus Pos Basik
1Julai 1995 KKJB mengendalikan kursus pos basik berikut:-
Perawatan Psikiatri – 1 tahun 
Perawatan Rapi – 6 bulan 
Perawatan Koronari – 6 bulan
  KKJB juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia   pelatih kursus pos basik Perawatan Renal secara PJJ  yang mengikuti latihamal di Hospital Sultanah  Aminah Johor Bahru.
Pengetua KKJB :
Mr. M.S. Murthy                   1965 - 1972
Cik Dorothy Khoo S.K.       1972 - 1979
Pn. Asmarani Siddik           1979 - 1985
En. Abd Hadi Hj Hamid       1989 - 2000
Cik Rafiah bt Zakaria         2000 - 2005
Pn. Hjh. Rosnah Abd. Aziz   2005 
Cik Mariah Bt Rejab 2005 -  2008
Cik Ong Lee Hwa 2008 – 2010
2010 Bertukar ke Kempas Johor Bahru dengan nama KSKBJB.
LATIHAN KEBIDANAN
Kolej Kejururawatan Johor Bahru adalah kolej pertama yang menjalankan latihan kejururawatan di Malaysia. Latihan pertama dimulakan pada tahun 1936 hingga 1942 secara on the job training di Hospital Besar Johor bahru. Pada tahun 1942 hingga tahun 1945 latihan dihentikan sementara akibat perang dunia kedua. Latihan diteruskan semula pada tahun 1946 hingga 1956 dimana jangkamasa sesuatu latihan mengambil masa 3 tahun 4 bulan. Pada masa yang sama latihan Bidan bahagian 2 yang mengambil masa 2 tahun setiap satu kursus juga dijalankan.
Pada tahun 1947 laithan Pembantu Perubatan pada mula dijalankan bersama-sama dengan latihan Jururawat dimana latihan dimana latihan ini diiktiraf oleh Lembaga Jururawatat Malaysia pada tahun 1956. Pada tahun 1971 latihan Pembantu Perubatan dipindahkan ke Seremban

No comments:

Post a Comment