Tuesday 18 April 2017

Skrip Pengacaraan Majlis Perhimpunan Bulanan

ni skrip majlis perhimpunan bulanan tempat kerja saya.... so bley ler edit2 ekh.... supaya x hilang... nanti nak cari balik jus google and edit jer sket2... hihhi♥♥♥

Kata Aluan
Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.

Untuk memstikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Selamat pagi, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia…
Vip/
Yang Berusaha

Pn. Zaleha binti Abu Bakar
Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Pn. Naein @  Crispina binti Lojiwin
Timbalan Pengarah  Akademik,

Pn. Nabila Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan

Pn. Dawindar Kaur
Timbalan Pengarah HEP

Barisan Ketua-Ketua Program, Ketua-ketua Unit ,
Pengajar –Pengajar  Kskbjb, Staf-Staf Klinikal, Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja Kskbjb , Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian.

Ucapan Mc & Nyanyian lagu
Bersyukur Kita Pada Pagi Yang Mulia Ini, Kita Semua Dapat Bersama – Sama menghadirkan diri di  Majlis Perhimpunan Pada Hari Ini.
Warga Kskbjb Sekalian,
Majlis Perhimpunan Kita Pada Hari Ini Dimulakan Dengan Nyanyian Lagu Negaraku,  Lagu Negeri Johor , Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu Kami Sedia Membantu.
 Justeru Itu, Majlis Menjemput Dan Mempersilakan Puan Pengarah dan Staf  Kskbjb Sekalian Untuk Berdiri Tegak Bagi Menyanyi Dan Menghormati Lagu Kebangsaan  Kita.
Bacaan Doa
Hadirin Sekalian

Bagi Menambah Keberkatan Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En.  Arifin Junior bin Zainal Arifin.   Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.    Amin Amin Ya Rabibil Alamin.
Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada  En. Sharudin bin Jamin  Di  Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.
Bacaan Ikrar
Hadirin Sekalian

Meneruskan tertib acara Perhimpunan kita pada pgi ini, marilah kita sama-sama melafazkan ikrar aku janji yang akan diketuai oleh En. Amri bin Biman.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
_________ikrar________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ikrar yang telah diketuai oleh En. Amri bin Biman sebentar tadi.
Ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan
(pn. Nabilah)
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput  Yang Dikasihi, Pn. Nabilah Al Muna , Timbalan Pengarah Pengurusan  Kskbjb  Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Puan Nabilah Diatas Amanat & pesanan sebentar tadi.
Ucapan Pengarah
Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput  Yang Dikasihi, Puan Zaleha binti Abu Bakar,  Pengarah Kskbjb  Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Puan Pengarah Diatas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb Yang Dikasihi Sekalian.
Penutup
Kini Kita Telah Sampai Ke Penghujung Majlis Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini. Akhir Jumpa Lagi Pada Perhimpuanan Akan Datang .Majlis Bersurai


No comments:

Post a Comment