Kata Aluan
|
Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat
mengambil tempat masing-masing.
Untuk memstikan perjalanan majlis berjalan dengan lancer,
mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya
dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.
Assalamualaikum WBT ….dan salam sejahtera…
Kita
mulakan majlis kita pada hari ini dengan Ummul Kitab- Al-Fatihah
|
Vip/
|
Yang
Berusaha
Pn.
Zaleha binti Abu Bakar
Pengarah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru
Pn.
Fauziah Bt Mokhti
Timbalan
Pengarah Akademik,
Pn.
Nabila Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan
Pengarah Pengurusan
Pn.
Hj Rokiah Binti Md Yusuf
Timbalan
Pengarah Hep
Barisan
Pengajar –Pengajar Kskbjb
Staf-Staf
Klinikal, Staf-Staf Sokongan Dan Warga Kerja Kskbjb , Hadirin Dan Hadirat
Yang Dirahmati Allah Sekalian.
|
Ucapan Mc & Nyanyian lagu
|
Bersyukur Kita Pada Pagi Yang Mulia Ini, Kita Semua
Dapat Bersama – Sama menghadirkan diri di Majlis Perhimpunan Pada Hari Ini.
Warga Kskbjb Sekalian,
Majlis Perhimpunan Kita Pada Hari Ini Dimulakan Dengan
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Johor dan Lagu Perkhidmatan Awam .
Justeru Itu,
Majlis Menjemput Dan Mempersilakan Puan Pengarah dan Staf Kskbjb Sekalian Untuk Berdiri Tegak Bagi
Menyanyi Dan Menghormati Lagu Kebangsaan
Kita.
|
Bacaan Doa
|
Hadirin
Sekalian
Bagi Menambah Keberkatan Perhimpunan Kita
Pada Pagi Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan Dibacakan Oleh En. Shaharudin bin Jamin. Majlis Dengan Segala Hormatnya
Mempersilakan. Amin Amin Ya Rabibil
Alamin.
Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih
Kepada En. Sharudin bin Jamin Di
Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.
|
Bacaan Ikrar
|
Hadirin
Sekalian
Meneruskan
tertib acara Perhimpunan kita pada pgi ini, marilah kita sama-sama melafazkan
ikrar aku janji yang akan diketuai oleh En. Ab. Majid bin Kamaldin. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
_________ikrar________
Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih di atas ikrar yang telah diketuai oleh En.
Majid bin Kamaldin sebentar tadi.
|
Ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan
|
Seterusnya,
Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput Yang Dikasihi, Pn. Nabilah Al Muna , Timbalan
Pengarah Pengurusan Kskbjb Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan
Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis
Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan
Nabilah Diatas Amanat & pesanan sebentar tadi.
|
Ucapan Pengarah Baru
|
Seterusnya,
Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput Yang Dikasihi, Puan Zaleha binti Abu
Bakar, Pengarah Kskbjb Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan
Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis
Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan
Pengarah Diatas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua Warga Kskbjb
Yang Dikasihi Sekalian.
|
Penutup
|
Kini
Kita Telah Sampai Ke Penghujung Majlis Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini. Akhir
kalam, izinkan saya membaca petikan hadis.
Hadist
riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar,
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika
berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak akan ditolak”. Sama-samalah kita banyakan berdoa
dan melalakukan amal soleh sepanjang bulan berakah,bulan ramadhan yang mulia ini.
Sekian sahaja dari saya ...Akhir kata Wabillahi
Taufik Wal Hidayah Asalamualaikum W.B.T
Jumpa
Lagi Pada Perhimpuanan Akan Datang .Majlis Bersurai
|
Wednesday, 28 October 2015
TEKS EMCEE / SKRIP MC UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN STAF
Masa ni perhimpunan bulanan pada bulan puasa @ Bulan Ramadhan...♥
Thursday, 21 May 2015
Skrip Pengacara Majlis Perasmian Program Semarak Jawi
|
BIL
|
AGENDA
|
TEKS
|
|
1.
|
Pengumuman Ketibaan
|
Mengumumkan
ketibaan Yang berbahagia Puan Pengarah KSKBJB, dan semua tetamu kehorrmat,
masuk ke dalam auditorium Seri Perdana KSKBJB
Hadirin-hadirat
diminta berdiri.
Bismillahhirrahmannirrahimm….
|
|
2.
|
Ucapan protokol
|
1. Yang Berbahagia
Puan Zaleha binti Abu Bakar, Pengarah
Kolej Sains Kesihatan Bersekut Johor Bahru
2. Yang
berusaha Pn. Nabila Al Muna binti Mohd Nor , Timbalan Pengarah Akademik
3. En/Pn
__________________________________ (Jwtn) ______________ (Jcorp) selaku
penyelaras bersama Pertandingan Jelajah Jawi
4. En/Pn
__________________________________ (Jwtn) ______________ (Utusan) selaku
penyelaras bersama Pertandingan Jelajah Jawi
5. Hakim-hakim
pertandingan Jelajah jawiJcorp Corporation & Utusan Malaysia
6.
Peserta pertandingan jelajah jawi, tetamu-tetamu
jemputan, warga KSKBJB seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang
dihormati sekelian
|
|
3.
|
Ucapan alu-aluan MC 1
|
Assalammualaikum w.b.t , Salam sejahtera & Salam
1 Malaysia
Alhamdullillah…. bersyukur kita ke hadrat Illahi
kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama
berhimpun di Auditorium Sri perdana KSKBJB
bagi meraikan MAJLIS PERASMIAN
PENUTUP SEMARAK JAWI & PENYAMPAIAN
HADIAH PERTANDINGAN JELAJAH JAWI ANJURAN PUSTAKA BISTARI DENGAN
KERJASAMA J.CORP CORPORATION DAN UTUSAN MALAYSIA.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar
hati dan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Puan Zaleha binti Abu
Bakar, Puan Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru,
Pn. ___________________________________ (Jcorp) ,
En. __________________________________ wakil
utusan, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat
sekelian.
Sayang
kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. |
|
BIL
|
AGENDA
|
TEKS
|
|
4.
|
Bacaan
Doa
|
Sebelum
tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama
menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Justeru,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.
__________________________ untuk
memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.
****************************BACAAN
DOA*************************
Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada En.
______________________ Atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini,
diberkati hendaknya, segala hasrat yang direncana...insyaAllah.
|
|
5.
|
Ucapan alu-aluan MC 1 (objektif)
|
Hadirin yang di rahmati sekelian
Pertandingan Jelajah Jawi anjuran Pustaka Bistari
KSKBJB dengan kerjasama bersama J.corp Corporation dan Utusan Malaysia sempena Kempen Semarak
Jawi Pustaka Bistari KSKBJB, julung
kali diadakan di Kolej ini secara objektifnya adalah
·
Untuk menarik minat pelatih KSKBJB mempelajari tulisan
jawi secara amnya dan memperingati sejarah sebagaimana yang telah kita
ketahahui sebelum ini bahawa tulisan Jawi telah wujud di Tanah Melayu bermula
dari abad kesepuluh Masihi lagi.
·
Pernyataan
ini telah dibuktikan dengan penemuan batu nesan di Permatang Pasir, Pekan pada 419Hijriah
/1028Masihi dan juga Batu Bersurat
Terengganu pada 702 Hijirah /1303 Masihi).
|
|
6.
|
Perasmian majlis
|
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Pergi
ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. |
|
BIL
|
AGENDA
|
TEKS
|
|
6.
|
Perasmian majlis
|
Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berbahagia Puan Zaleha binti Abu Bakar, Pengarah KSKBJB untuk memberikan
ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP SEMARAK JAWI & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN
JELAJAH JAWI .
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
***********Ucapan Perasmian Puan Pengarah***********
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang berbahagia Puan Zaleha binti Abu Bakar, Pengarah
KSKBJB atas ucapan dan penyempurnaan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH
Pertandingan Jelajah jawi sebentar tadi
|
|
7.
|
Taklimat hakim pertandingan Ucapan JCORP
|
Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,
Seterusnya sebelum keputusan diumumkan, kita akan
mendengar ulasan tentang pertandingan Jelajah Jawi yang dianjurkan Pustaka
Bistari KSKBJB dengak kerjasama Jcorp Corporation dan Utusan Malaysia.
Dengan itu majlis mempersilakan
Pn.___________________________
selaku ____________________ dari syarikat JCORP CORPORATION untuk memberikan ulasan dan sepatah diua
kata beliau.
dengan segala hormatnya dipersilakan.
**************Ulasan JCORP********************
Demikianlah tadi ulasan Pertandingan Jelajah Jawi yang
telah disampaikan oleh Pn. ________________ .Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
|
|
8.
|
Penyampaian Hadiah Oleh Wakil J-Corp.
Hadiah utk 10
saguhati Jelajah Jawi & pemenang Coretan Jawi
|
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah,
sijil dan cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yg berusaha Pn.
Haminani Abdul Rajab, Penolong Pustakawan KSKBJB untuk menjemput
dan mengiringi Yang Berbahagia (nama)__________________________, wakil JCORP
bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
|
|
BIL
|
AGENDA
|
TEKS
|
|
8.
|
Penyampaian Hadiah Oleh Wakil J-Corp.
Hadiah utk 10
saguhati Jelajah Jawi & pemenang Coretan Jawi
|
Majlis Dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada
pemenang Coretan Jawi. Untuk makluman para hadirin sekalian, pemenang
pertandingan coretan jawi ini dipilih berdasarkan kreativiti dan ketepatan
peserta dalam tulisan jawi. Coretan tersebut telah dipaparkan di Medan
Pelatih KSKBJB.
Tanpa membuang masa lagi dijemput
Tempat Ke-3 Coretan Jawi
En/Pn.___________________________
Tempat Ke-2 Coretan Jawi En/Pn
____________________________
Tempat Pertama Coretan Jawi En/Pn
_____________________________
Naik ke atas pentas untuk meneima hadiah.
Seterusnya, bagi pertandingan Jelajah Jawi yang telah
di adakan pagi tadi, kami menjemput, kumpulan yang mendapat hadiah saguhati.
Dijemput Kumpulan
1.
Kump. ___________________ 6. Kump. ___________________
2.
Kump.____________________ 7. Kump. ___________________
3.
Kump.____________________ 8. kump. ___________________
4.
Kump.____________________ 9.Kump. ____________________
5.
Kump.____________________ 10.Kump. ____________________
Tahniah kepada pemenang saguhati Pertandingan Jelajah
Jawi dan Pemenang coretan Jawi.
Terima kasih di ucapakan kepada Pn. Haminani Abdul Rajab, (nama)__________________________, wakil
JCORP bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.
|
|
9.
|
Hadiah utama Jelajah Jawi 1 – 3
& Cenderamata Utk Urusetia Terlibat oleh Pengarah KSKBJB
|
Pohon ciku pohon bacang
Tumbuh berapit dengan pulasan
Berdegup jantung bertambah kencang
Berdebar hati menunggu keputusan
Hadirin warga dewan bestari sekelian,
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yg berusaha Pn.
Nabila AL Muna binti Muhammad Nor untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia Pengarah KSKBJB, Pn.
Zaleha binti Abu Bakar bagi menyempurnakan penyampaian hadiah yang seterusnya.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
|
|
BIL
|
AGENDA
|
TEKS
|
|
9.
|
Hadiah utama Jelajah Jawi 1 – 3
& Cenderamata Utk Urusetia Terlibat oleh Pengarah KSKBJB
|
Hadirin warga dewan
bestari sekelian,
Kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini
iaitu pengumuman keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang
utama Pertandingan Jelajah Jawi.
Dimulakan
dengan tempat ke 3 diberikan kepada
Kumpulan
- _______________________________________________
Naib
Johan : Kumpulan -_____________________________________
Johan pertandingan
jelajah Jawi anjuran Pustaka Bistari, Jcorp Corporation & Utusan malaysia
di sandang oleh
Kumpulan
: ______________________________________________
Tahniah
diucapkan kepada pemenang.
Seterusnya,
penyampaian cenderamata kepada Uruasetia bersama program Semarak Jawi dan
Pertandingan Jelajah Jawi Pustaka Bistari
Majlis
dengan segala hormatnya menjemput Pn.________________ dari JCORPORATION naik ke pentas untuk
menerima cenderahati daripada Pengarah KSKBJB.
Seterusnya,
dijpersilakan dengan segala hormatnya
EN. __________________ Wakil UTUSAN
MALAYSIA
Seterusnya
dipersilakan EN. __________________________ wakil dari KEMENTERIAN DALAM NEGERI yang turut serta dalam menjayakan
program Semarak Jawi ini.
Akhir Sekali
dipersilakan __________________________________________
Dari____________________
untuk menerima cenderahati
Terima kasih
diucapakan kepada Puan Zaleha Abu Bakar Pengarah KSKBJB dan Pn. Nabila Al-Muna
bt Mohamad Nor diatas kesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang dan uruasetia.
|
|
BIL
|
AGENDA
|
TEKS
|
|
10.
|
Penutup
& Jemput Makan
|
Hadirin-hadirat
yang dikasihi,
Majlis
merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan pelatih yang Berjaya, manakala
yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan kami mendoakan selamat
maju jaya di dalam pertandingan akan datang
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima
kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekelian yang telah sudi
memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya
terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang
menyinggung perasaan.
Bunga
seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.
Seterusnya dijemput yang berusaha Penolong Pustakawan
Pn. Haminani Abdul Rajab untuk mengiringi Puan Pengarah KSKBJB, Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan,
barisan panel urusetia untuk ke bilik
kaca untuk majlis makan tengahari yang telah disediakan….. Majlis
mempersilakan.
Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik
walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)