Thursday, 9 April 2015

Skrip Emce Majlis Perpisahan KSKBJB


BISMILLAHIR RAHMANIR RAHI M
ASSALAMU `ALAIKUM W.B.T. SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA

YANG BERUSAHA
PN. ZALEHA BINTI ABU BAKAR,
PENGARAH KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU

YANG BERUSAHA
EN. YUNUS SUFAAT
PENGERUSI KELAB WARGA KSKBJB

YANG DIRAIKAN
PN. HAFIZAH BORHAN
PN. SARIMAH CHAN
PN. LIM CHUEI PENG &
PN. LEE GEIK PENG

SETERUSNYA

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, HADIRIN DAN HADIRAT AHLI KELAB WARGA YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN.

KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

SELAMAT DATANG SEMUA PADA HARI INI.
SAYA   MEWAKILI KELAB WARGA KSKBJB & SELURUH WARGA KOLEJ   MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS KEDATANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN  KE MAJLIS PERPISAHAN WARGA KOLEJ  PADA HARI INI.

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH EN. ZAINAL ABIDIN BIN ABDUL RAHMANENCIK RUZAINI

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

 *******
AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN. ZAINAL ABIDIN BIN ABDUL RAHMANN ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN. MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA  PUAN ZALEHA BINTI ABU BAKAR , PENGARAH KSKBJB  UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN .
---------UCAPAN---------------
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN  TERIMA KASIH KEPADA PUAN PENGARAH DI ATAS UCAPAN YANG SANGAT BERMAKNA UNTUK KITA SEMUA AHLI KELAB WARGA KHUSUSNYA WARGA KSKBJB YANG DIKASIHI SEKALIAN.

SETERUSNYA, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENDENGAR SEPATAH DUA KATA PULA DARIPADA TETAMU YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI. MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT PN. PN. HAFIZAH BORHAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH PUAN DI ATAS UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI

MENGIKUT TERTIB ACARA, KITA DENGARKAN PULA UCAPAN YANG DIRAIKAN PN. SARIMAH CHAN . MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH PUAN DI ATAS UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN SISTER LIM CHUEI PENG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN

TERIMA KASIH SISTER LIM CHUEI PENG DIATAS UCAPAN BELIAU TADI

BAIKLAH. SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG DIRAIKAN PN. LEE GEIK PENG UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN DAN SEPATAH DUA KATA BELIAU. MAJLIS MEMPERSILAKAN

TERIMA KASIH PUAN LEE DI ATAS UCAPAN RINGKAS BELIAU SEBENTAR RADI.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN  PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PUAN PENGARAH PN. ZALEHA BINTI ABU BAKAR DIIRING PN. AZIZAN UNTUK MENYAMPAIKAN  CENDERAMATA KHAS DARIPADA KELAB WARGA BUAT KENANG-KENANGAN KEPADA  TETAMU YANG DIRAIKAN. DIPERSILAKAN

PN. HAFIZAH BORHAN
PN. SARIMAH CHAN
PN. LIM CHUEI PENG &
PN. LEE GEIK PENG

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN. ZALEHA ABU BAKAR DIATAS KESUDIAN BELIAU MENYAMPAIKAN CENDERAMATA  KENANG-KENANGAN KEPADA TETAMU YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

PASTINYA KAMI SEMUA TIDAK AKAN  LUPA DENGAN DAYA USAHA DAN SEMANGAT KERJA YANG KOMITED  TETAMU YANG DIRAIKAN SEPANJANG BERADA DI KSKBJB INI . BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA TETAMU-TETAMU KITA.

TUAN PUAN PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

DENGAN PENYEMPURNAAN PENYAMPAIAN CEDERAMATA KEPADA SEMUA YANG DIRAIKAN SEBENTAR TADI, MAKA MAJLIS KITA PADA HARI  INI NAMPKNYA SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA.

MAJLIS TURUT MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS PERPISAHAN KITA PADA HARI INI  DAN  

TIDAK LUPA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA URUSETIA KELAB WARGA YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJADI TULANG BELAKANG DALAM  MENJAYAKAN MAJLIS PERPISAHAN PADA HARI INI.

DIKESEMPATAN INI JUGA, SAYA INGIN MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN ANDAI ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG SAYA MENGACARAKAN MAJLIS INI.

IKAN HARUAN DIDALAM SIRA
MARI DILEPAS KEDALAM PAYA
SILAKAN TUAN DAN PUAN  MENJAMU SELERA
MAKAN DAN MINUM SUDAH TERSEDIA

DIJEMPUT PUAN ZALEHA ABU BAKAR, TETAMU YANG DIRAIKAN SERTA RAKAN-RAKAN SEPERJUAGAN UNTUK MENJAMU SELERA DENGAN HIDANGAN YANG TELAH TERSEDIA.

SEKIAN SAHAJA AKHIR KATA DARI SAYA, WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH. WSALAMUALIKUM W.B,.T. TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment