Buat masa ni sedang meng'clear'kan pc di hopis... PC hopis yer.. bukan pc sendiri.. bl da berat.. kena delete ler yang tak perlu nie... so simpan dlu yang mana dapat kita share sebagai bahan rujukan.
Dinner ni da setahun yang lepas.. sebelum serahkan kepada mc yg lebih ber versatile... kita as org yg kijer nk ler approach staf n pengarah yg sudi dtg.. so.. juz a little n simple for me right now...♥
SKRIP
|
Mengumumkan
ketibaan Yang Berbahagia
Puan
Zaleha binti Abu Bakar (pengarah KSKBJB)
diiringi
dif-dif kehormat masuk ke dewan.
Hadirin
dipersilakan mengambil tempat masing-masing..
|
Ke Ponderosa
membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah
Saya
bawakan kepada anda “Majlis Annual DInner Kelab Warga Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu Johor Bahru 2014”
|
Bismillahir
Rahmanir Rahim
Assalamu
`Alaikum W.B.T. & Salam Salam Muhibbah
Yang
Berusaha
Puan
Zaleha binti Abu Bakar.,
Pengarah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru
Pn.
Nabila Al-Muna Binti Mohd Nor
Timbalan
Pengarah Pengurusan
Yang
Dihormati
En.
Yunus Sufaat
(Pengerusi
Kelab Warga KSKBJB
Urusetia
Kelab Warga KSKBJB, Ahli Kelab Warga
& Tuan Puan Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.
Selamat
datang di Ponderosa Golf & Country Resort diucapkan kepada semua tetamu
ke Majlis Annual DInner Kelab Warga
KSKBJB 2014.
Majlis
bertemakan Merah Biru Masquerade,
Berkilau-kilauan semua tetamu kita pada malam yang indah dan meriah ini
rasanya kan.
Alhamdulillah
bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya di malam yang berbahgia ini
dapat kita bersama-sama berkumpul sebagai satu ukhwah untuk menjayakan Malam Annual Dinner
anjuran kelab Warga KSKBJB…
Para
hadirin sekalian.
Untuk
makluman tuan puan sekalain, Tujuan majlis ini diadakan,
Pertamanya
untuk meraikan Hari Jadi Warga Kelab yang lahir pada bulan Julai Hingga
Disember 2014.
Selain
itu, kita bukan sahaja meraikan majlis
Annual Dinner dan hari Keluarga KSKBJB, tetapi menjadi medan bagi kita untuk
beramah mesra mempereratkan silaturrahim antara satusama sebagai suatu
keluarga.
Dan
juga, kelab warga ingin meraikan seorang ahli kelab yang telah bertukar ke
luar iaitu PN. Nur Humaira bt Amaladin yang tidak dapat hadir kerana baru
melaporkan diri di Jabatan Kehakiman Putrajaya.
Malam
ini sambutan dah macam 3 dalam 1 yer kawan-kawan.
|
Baiklah.
Warga kerja KSKBJB serta hadirin dan
hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Bagi
menambah keberkatan Majlis kita pada malam yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
En. Mohd Zambri bin Sudarman
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
___________doa____________
Amin
Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd
Zambri bin Sudarman atas bacaan doa sebentar
tadi.
|
Tuan
Puan para hadirin sekalian
Tirai
majlis Annual Dinner dibuka dengan persembahan multimedia khas, tayangan
Multimedia yang menceritakan serba sedikit perjalanan Kelab Warga KSKBJB
sepanjang tahun. Majlis meminta tuan puan meminjamkan sebentar mata dan
telinga untuk sama-sama kita menyaksikan tayangan sebentar sahaja lagi.
Marilah
sama-sama kita saksikan.
Montaj
|
Itulah
tadi sedikit sebanyak tayangan multimedia berkenaan aktiviti-aktivit yang telah dianjurkan oleh Kelab Warga
sepanjang tahun 2014 untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan.
|
Tuan-tuan
dan puan puan.
Tanpa
melengahkan masa lagi, majlis menjemput, Pengerusi Kelab Warga EN. Yunus
Sufaat untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.
Ucapan….
Terima
kasih diucapakan kepada En. Yunus Sufaat diatas ucapan beliau sebentar tadi.
|
Para
hadirin yang dikasihi sekalian.
Daun selasih di
pekan Sari
Batang jerami rebah
ke bumi
Ucapan Puan
Pengarah dinanti-nanti
Membuat majlis
tambah berseri
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan & menjemput Yang
Dikasihi, Puan Zaleha Abu Bakar, pengarah KSKBJB untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan
hormatnya majlis mempersilakan.
---------ucapan Pengarah ---------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengarah ucapan
beliau sebentar tadi. DIminta Puan Pengarah terus berada di atas pentas untuk
menerima cenderahati dan menyampaikan hadiah kepada ahli kelab warga yang
menyambut hari lahir pada Julai hingga Disember 2014 sebentar lagi.
Seterusnya majlis menjemput EN. Yunus
Sufaat diiringi Puan Hjh Syarifah Norashikin Syed Hassan untuk menyampaikan
cenderahati kepada Puan pengarah atas kesudiaan beliau memeriahkan majlis
ini.
|
Hadirin
dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis
diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah harijadi kepada Ahli Kelab Warga
Dengan
segala hormatnya dipersilakan naik ke pantas untuk menerima hadiah.
______senarai
nama-------------------
Para
hadirin sekalian BERIKAN TEPUKAN GEMURUH kepada semua tetamu yang kita raikan
|
Majlis
memohon Puan Pengarah agar dapat terus berada di atas pentas sekali lagi untuk
meneruskan acara seterusnya.
Majlis
sekali lagi menjemput yang diraikan rakan-rakan warga kolej yang menyambut
hari jadi pada Julai – Disember 2014 untuk berada di atas pentas bagi acara
pemotongan kek sebagai simbolik kepada Majlis hari Jadi dan Malam Annual
Dinner Kelab Warga KSKBJB.
Itulah
tadi upacara penyampaian hadiah dan sesi pemotongan kek hari jadi khusus
untuk Yang Diraikan. Semoga ianya dapat dijadikan kenang-kenangan di masa
hadapan.
|
Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Annual Dinner Kelab
Warga KSKBJB.
Majlis
juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Penaja kita walaupun diorang tiada
di csini.
Terima
kasih kepada
v
En. Kamal dari Kedai Serbaneka KSKBJB (berikan tepukan)
v
IB SECURITY SDN. BHD (pak guard pon sponsor ni.. brikan
tepukan)
v
MAHMUDAH SUPPLY & TRADING (Kak milah catering
kiter)
v
WARISAN IKHSAN (SYKT KEBERSIHAN KSKBJB)
v
& AHLI URUSETIA KELAB WARGA YG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG & TIDAK LANGSUNG
Berikan
tepukan yang gemuruh kepada diri kita sendiri yang sama-sama hadir memriahkan
malam Annual Dinner KSKBJB 2014.
Tiada kita… xder ler event nie kan… btol x?
Baiklah.
Para
hadirin sekalian. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah silap
sepanjang saya mengacarakan majlis.
Majlis
menjemput Puan Pengarah &semua
tetamu yang diraikan beserta semua ahli keluarga untuk menjamu selera dengan buffet yang
disediakan oleh Catering Ponderosa Golf & Country Resort pada malam ini.
Sambil
tuan puan menjamu selera, untuk menghagatkan dan mengegarkan malam Annual
Dinner kita pada mlm ini, saya akan menjemput seseorang yang didatangkan khas
dari Pulaifornia Jay bee…
En.
ROzi..
Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan.
Berikan
tepukan kepada EN. Rozi kita.
|
No comments:
Post a Comment