ps: simpan bio x hilang...♥
BismilLahir Rahmanir Rahim…. Assalamu `Alaikum W.B.T. & Selamat
datang ke majlis Perpisahan Ahli Kelab Warga KSKBJB yang berpindah keluar
pada tengahari ini.
Yang
Berusaha
Pn. Zaleha binti Abu Bakar, Pengarah KSKBJB
Pn. Naein @ Crispina Bt.
Lajwin, Timb. Pengarah Akademik
Pn. Siti Bidah Bt. Ismail, Timbalan Pengarah
HEP
Pn. Nabila Al-Muna binti
Mohd Nor,Timb. Pengarah Pengurusan
Yang
Diraikan
Matron Habsah Binti Ab. Malek , Matron Radziah Bt. Md. Amin &
Pn. Hafizah binti Mat Desa
Yang
Dikasihi
Ketua2 Program,
Ketua2 Unit, Pengajar-pengajar Kanan
Pengajar2
, Staf2 klinikal, Staf2 pengurusan dan warga kerja
KSKBJB , hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
|
Seterusnya, majlis menjemput pula Matron Radziah bt.
Md. Amin bagi menyampaikan ucapan
serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
****************** ucapan.
*********************
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Matron Radziah
Bt. Md. AMin atas ucapan
sebentar tadi.
|
Saya mewakili seluruh warga kolej mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga di atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perpisahan ahli kelab warga
kskbjb yang berpindah pada
tengahari ini.
Alhamdulillah, bersyukur
kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita sekali
lagi bersama-sama berkumpul pada hari
ini bagi meraikan, Pn. Habsah,
Pn. Radziah & Pn. Hafiza yang
kami kasihi , Beliau seperti yang kita , dinaikan pangkat mengikut jawatan
dan berpindah keluar ke tempat baru.
Tahniah saya ucapakan.
|
Para hadirin sekalian.
Seterusnya, majlis menjemput pula yang diraikan Pn.
Hafiza bt. Mat Desa bagi menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
****************** ucapan.
*********************
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Pn. Hafiza binti mat Desa atas ucapan sebentar tadi.
|
Bagi menambah keberkatan
Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ____________________.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
****************** doa
*******************
Amin Amin Ya Rabbal
`Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada ___________________ di atas bacaan doa
sebentar tadi.
|
Seterusnya, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan & menjemput
Yang Dihormati, Pn. Zaleha
binti Abu Bakar, pengarah KSKBJB
untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan hormatnya majlis
mempersilakan .
************* ucapan ************************
Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Pn Zaleha bt Abu Bakar diatas
kata-kata perangsang kepada bukan sahaja yang diraikan, tetapi kepada kita semua hendaknya
|
Tuan Puan para hadirin
yang dikasihi sekalian
Tidak lengkap rasanya jika
kita tidak mendengar ucapan dan kata-kata dari tetamu yang kita raikan pada
tengahari ini.
Tanpa membuang masa saya
dengan rasa sukacitanya menjemput Matron
Habsah bt Ab. Malek bagi
menyampaikan ucapan serta sepatah dua kata beliau.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
****************** ucapan.
*********************
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Diraikan Matron
habsah Bt. Ab. Malek atas ucapan
sebentar tadi.
|
Hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan
upacara penyampaian cenderahati kepada yang diraikan pada hari ini.
Sebelum itu, Majlis
mempersilakan Pn. Zaleha Abu Bakar
dan didiringi oleh ______________ untuk
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu yang kita
raikan.
Dengan
segala hormatnya dipersilakan Pn.
Radziah bt Mohd Amin kehadapan untuk menerima cenderahati
Seterusnya
dijemput pula PN. Habsah Abd Malaek.
Dan
terakhir sekali dijemput Pn. Hafizah bt Mat Desa kedepan untuk menerima
cenderahati
|
Para hadirin sekalian,
kita telah pun berada di hujung acara
Dengan itu, berakhirlah
sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang diraikan Matron Habsah Binti Ab. Malek , Matron Radziah Bt. Md. Amin & Pn.
Hafizah binti Mat Desa kerana sudi
untuk bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar tetamu Yang kita raikan
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Perpisahan pada
hari ini
|
Dikesempatan ini juga,
saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan Majlis ini.
Hadirin & hadirat yang
dihormati sekelian.
Majlis menjemput tetamu
yang diraikan beserta semua warga KSKBJB untuk menjamu selera
.
Sekian sahaja, salam
hormat, & Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Jemput para hadirin &
diraikan menjamu selera
|
No comments:
Post a Comment